Tuesday

Isnin - 11112013

Lepas breakfast tadi aku sempat memetik cili sekejap (cili besar pun dah ada yang masak dan boleh dipetik), tak sempat sepuluh minit, hujan turun renyai-renyai. Terus lah aku berhenti, tunggu sekejap bawah garaj, dan bila gaya macam nak hujan lagi, aku pun terus aje lah mandi, masuk rumah. Tak tidur, aku online jer, entah apa-a lah aku surf pun aku tak tahu, sampai bosan aku dibuatnya. Tapi the thought yang aku patut bersyukur bila mengenangkan yang orang lain terpaksa bertungkus lumus kerja sedangkan aku bertungkus lumus santai, itu buat aku rasa lega sikit tuh.

UstazM ada tengahari nih, mak bawak roti selek margerin jer ke surau. Aku memang sentiasa make sure bekalan roti tak putus, sebab mak suka bawak sandwich (or at least roti selek kaya) aje, kadang-kadang aje mak beli kuih kat kedai.

Nampak sangat geng-geng mak tuh lebih pentingkan pasal makan sebab masa aku tengah mengaji, lentung lentang bunyi pinggan mangkuk, bunyi diaorang menyiapkan jamuan.

Banyak salah bacaan aku kali nih, asyik kena tegur aje. Biasanya macam tu lah, first page tuh banyak salah, then bila page ke2, ke2, laju jer aku baca,

Syukur Alhamdulillah, nak waktu Asar aje, hujan turun. Lebat. Lama dah hujan lebat tak turun. And so tak ke kebun lah aku petang nih. Gila bosan seharian tak ke ebun, kan? Tapi bila difikirkan yang aku patut banyak bersyukur, rasa tenanglah sikit. Iyalah kan, nasib baik harinih bukan weekend, kalau tak, sure lebih bosan rasanya. At least aku bersyukur yang aku tak macam orang lain yang terpaksa bekerja keras kat pejabat, sedangkan aku rileks aje sambil baring-baring.

Lepas Maghrib ada ceramah sempena Awal Muharram/Maal Hijrah, ImamUstazSH yang bagi syarahan. Jamuan malam nih nasi lemak, kuih, aku tak berapa berkenan kalau jamuan nasi lemak, mee, sebab sure mak ada tapau bawak balik.

Esok pagi sure mak akan kata, "Awak tak payah minum di kedai lah, nasi lemak semalam tuh ada...."