Susah jugak nak kerja bila lepas hujan nih, tanah lembik, nak mencabut kacang, nak menyangkul, semuanya susah. Tapi aku kena buat jugak. So lepas hantar mak ke masjid (ada khenduri Asyura), aku pun mulalah fikir apa yang nak buat, so aku deided nak mencabut kacang aje lah, nak buat benih. Since aku tak dapat nak ke KL sesehari dua nih, kacang yang aku cabut semalam tuh aku jemurkan aje lah, nak dijadikan benih. Terpaksa cabut yang lain nanti, untuk dibawak ke KL.
Tengah aku bersih-bersih dan kemaskan kawasan kat garaj (kalau dibiarkan berselerak, sure mak yang akan kemaskan nanti) tuh, aku checked container isi benih yang ada dalam 3 kilo lebih tuh. Terkejut aku bila tengok yang banyak benih-benih tuh tumbuh, ada macam urat terjulur keluar dari kebanyakan benih, jadi macam taugeh yang baru nak tumbuh. Terpanik aku sekejap, then teruslah aku pisahkan mana-mana yang dah tumbuh panjang tuh, selebihnya aku masukkan dalam containers yang lain.
Terfikir jugak aku, nasib baik jugak aku tak pergi KL lagi sebab kalau tak, sure habis benih-benih kacang aku tumbuh dengan sendirinya kat dalam container tuh, sure akan rosak semuanya, akan sia-sia ajelah kerja aku selama ini.
So, apa aku buat next? Terpaksalah aku menanam benih yang dah tumbuh tunas tuh. Adoilah, nak tanam kat mana? Terpaksalah aku menyangkul, buat batas, dan dapatlah tanam dalam sesepuluh baris. Selebihnya aku biarkan aje lah, esok lusa aku kena sediakan kawasan lain dan mula menanam. Tiba-tiba terbanyak pulak kerja yang aku kena buat, dah lah aku masih dalam mood malas, yang aku rasa akan berterusan sampai akhir tahun.
Lepas Zohor, aku hantar mak ke rumah Chu sebab Chu nak suruh aku hantar dia ke rumah orang jual kambing, dia nak beli 2 ekor untuk Akikah cucu dia. So mak temankan anak Chu yang baru bersalin, dan aku sama Chu ke rumah tokay kambing. Nun jauh dalam hutan rumahnya, orang kaya, suaminya Datuk, kereta berbaris kat garaj, semuanya single digit punya plate numbers.
Balik dari tuh teruslah ke surau, mak suruh aku pergi awal sikit sebab UstazM datang awal, mak pergi sendiri aje, jalan kaki. Boleh tahanlah bacaan aku kali ih, tak banyak yang salahnya. Mungkin sebab aku baca slow and steady jer, tak tergesa-gesa sangat.
Lepas Asar ada Tahlil tapi aku, as usual, tak pergi. Payah kalau khenduri lepas Asar nih, khenduri sebelum Zohor biasanya aku pergi.
Aku mula menyangkul untuk buat batas, then mak kata Makcik Esah nak beli kacang, terpaksalah aku cabut sesikit lagi, buat penambah kacang yang aku jemur untuk dibuat benih mulanya tuh. Mak pun tolong jugak mencabut sesikit.
Tak ada kelas mengaji malam nih tapi aku tak ke mana-mana, melepak kat masjid jer buat hal aku. Lepas Isyak ada jamuan bubur Asyura tapi aku minum jer, memang sedari dulu, tekak aku tak dapat terima bubur/kuih Asyura.