Terasa macam lama jer nak menunggu siang, sebab dah terbiasa bangun awal pagi. Nak sambung tidur pun rasa macam tak best jer sebab itu aktiviti kalau duduk kat kampung, duduk KL nak buat macam tuh kalu, memanglah namanya seorang yang pemalas, kan?
And so awal lah aku keluar, ada a few things nak diuruskan, semuanya di peringkat "persediaan", benda-benda yang aku harus utamakan. Andaikata selesai, akan datang nih senanglah aku nak berurusan, dan kalaulah aku "terpaksa" duduk kat kampung pun, aku dah tak ada masalah dah. I'm talking about penyetting-uppan dokumen-dokumen untuk trade online nanti.
Aku terpaksa ke a few tempat, ke bank pun jugak. Aku tak tahu apa pasal tapi aku rasa macam "bertambun" dosa yang aku dapat sejak aku di KL nih, so aku keluar tuh pakai Baju Melayu dan berketayap. Bukan apa, dengan berpakaian macam tuh aku akan "sedar" dan sentiasa beringat yang aku harus "jaga tata tertib" aku. Iyalah, di KL nih dosa bergelimpangan di mana-mana, di sana sini. Dibandingkan dengan duduk di kampung, memang jauh bezanya.
Selesai urusan -urusan aku, aku balik kejap, tidur. Keletihan sebab jalan tengah-tengah panas. Tak ada pokok pisang tempat nak berteduh kat KL nih rupanya.
Lepas tuh aku keluar lagi, tapi kali ini aku pakai lain pulak, tak berketayap bagai, sebab aku cadang nak ke area Bukit Bintang (Patutnya kat area situ lah kena berketayap kan? ekekekk). Aku pakai simple, macam orang kampung, macam pakaian aku sehari-hari, t-shirt, jeans dan selipar Jepun. Terfikir jugak aku, kalau terjumpa sapa-sapa (manalah tahu, kan ker sekarang nih musim cuti sekolah?), sure diaorang malu nak tegur aku.
Dari Low Yatt ke Sungai Wang Plaza, ke Lot 10, ke Fahrenheit, ke Starhill, akhirnya sampai ke Pavilion. Bukan apa, saja jer nak masuk tempat-tempat tuh sebab aku enjoy dengar lagu-lagu Krismas, lagu-lagu musim perayaan di akhir tahun.
Nak masuk jer Pavilion, aku ternampak seseorang, yang aku macam tak sangka. Anak Makcik Milah tokay kedai kat kampung. What a small world lah kan? Lee kalau tak salah aku, nama dia. Dia nih hampir setiap Saturday balik kampung, tolong mak dia jaga kedai, masa Pekan Sehari. Aku jarang tegur dia nih bukan apa, dia nih jenis lembut, bukan lembut yang terkulai layu tuh tapi lembut-lembut biasa aje. Orangnya besar teguh dan peramah tapi kelembutannya terserlah lah sangat.
And so aku panggil dia, aku jerit, "Yo!" (sebab aku tak tahu nama dia). Satu yang aku tahu, geng-geng lembut nih, diaorang mudah ditegur. Korang cuba, korang pergi tempat yang ramai orang, lepas tuh korang teriak, "YO!, semua yang menoleh tuh, semuanya geng-geng lembut. Mungkin sebab diaorang nih mudah perasan kot? Itu aku tak tahu tapi itulah hakikatnya.
Aku tegur dia gitu-gitu aje lah pasal aku rasa dia nak cepat, nak pergi makan, dia kerja kat Pavilion tuh, aku tak terkejutlah kalau dia kerja jadi Salesman kat Marc Jacobs ker, Michael Korrs ker.
Jauh jugak aku merayau nak cari tempat nak makan, sampai KLCC aku pergi, last-last makan salad kat Subway kat Avenue K sebab Brazilian Samba Steakhouse tempat aku nak pergi tuh, tutup. Aku nih, dalam tak ada duit tuh pun nak makan kat tempat bagus-bagus. Memang itu style aku, masa ada duit sesikit aku buat macam aku banyak duit. Masa tak ada duit, aku buatlah cara tak ada duit, aku tak buat apa-apa, tak ke mana-mana. Sebab tak ada duit.
Balik sekejap, then tidur. Then lepas Asar aku merempit lagi. Magrib kat masjid lain, Isyak pun kat masjid lain. Esok malam aku bermalam kat Bangsar lah pulak.