Wednesday

Selasa - 12112013

Aku terlambat bangun pagi nih, pukul 8 setengah baru tersedar. Lepas Subuh tadi aku cadangnya tak nak sambung tidur dah tapi entah macamana terlanding pulak kat katil.

Pagi nih pagi yang rajin, aku cabut kacang, leraikan buahnya, dan jemur. Then aku mula menyangkul, aku cangkul, gembur tanah dalam-dalam pasal kalau tak dibuat gitu, kacang tak banyak hasil. Tambah pulak kalau hujan turun tak henti-henti, tanah jadi mampat. Kacang yang aku cabut tuh macam tak berbaloi aje, seluas itu cuma dapat dalam 3 kilo aje. Tapi tak apa, 3 kilo tuh banyak jugaklah benih yang dapat. 

Harinih Kwix Card yang aku applied minggu lepas tuh sampai, dari CIMB. Aku tak ada credit card, so Kwix Card tuh macam Debit Card lah jugak kegunaannya, dan aku boleh beli barang online, boleh gunakan untuk buat deposit kat Forex Broker pun jugak. Aku tahu yang akan datang aku akan banyak guna card tuh so aku rasa macam upbeat jer sebab sikit demi sikit masalah aku selesai. 

Lepas Asar pun aku masih rajin, mulanya aku kat kawasan cili, baiki mana-mana yang perlu dibaiki, dah banyak cili yang masak rupanya. Malas lah pulak aku memetik cili pasal aku ada terdengar mak bersembang sama Long kat phone, mak kata yang setiap Khamis, Jumaat, mak akan petik cili untuk dihantar kat makcik Lijah, so biarlah mak uruskan pasal memetik cili. Kalau dah banyak nanti barulah aku tolong petik.

Then aku sambung mengopek kacang, santai jer kerjanya, dapatlah setengah kilo akhirnya. Sebelum masuk rumah aku cabut-cabut rerumput sesikit.

Aku berbelah bagi sungguhlah malam nih, rasa macam nak ke kedai sebab aku lapar sangat (sampai menggeletar lutut masa sembahyang) tapi bila diingatkan ceramah semalam yang kata, kita kena lawan nafsu tak baik kita, teruslah aku melepak aje kat masjid, buat apa-apa yang patut. 

Aku masih belum tahu bila aku nak ke KL nih, cadangnya nak pergi Jumaat (so dapatlah 2 hari melepak kat Bangsar sebelum aku ke Bandar Tasik Puteri) tapi AdikDin belum datang sini lagi. Dulu Long ada kata yang dia nak suruh AdikDin datang/balik sini awal sikit sebelum aku ke KL. Memang tak boleh pakai sungguhlah janji Long nih, dah berapa kali dah macam tuh. Rasanya Sabtu lah kot baru aku dapat pergi KL, provided Long balik sini Friday evening. Aku malaslah beria sangat sebab aku dah beritahu dulu tuh yang aku nak ke KL, cakap sekali dah lah. 

Kalau Long tak balik weekend nih, aku tetap jugak ke KL. Aku peduli apa.