Dapatlah jugak seround merumput kat kawasan cili, ada lah dalam sesetengah jam gitu. Itu pun aku macam forced diri aku, semak sangat dah kat situ, lagipun Long mungkin balik weeekend nih, kalau dia tengok macam tak terurus jer kawasan cili tuh, lagilah dia tension. Dah lah banyak pokok-pokok cili yang mysteriously mati. Mana yang dah berbuah tuh ok lah, dan aku tengok pun, elok-elok buahnya, tak ada pun yang terencat. Cili besar dah ada yang masak pun, dah elok untuk dipetik.
Lepas tuh aku heret cangkul, kat kawasan yang baru aku tanam kacang tuh, kebetulan S pun ada, mencantas daun pisang, so sembang-sembang gitu aje lah dengan dia.Dalam hari-hari aku malas, pagi aku rasa paling malas sekali (and I'm sure esok, rekod nih akan aku pecahkan pulak), aku tak buat apa pun, aku duduk jer atas cangkul, kadang tuh korek-korek kuku, belek-belek cellphone, kuis-kuis tanah. Agaknya sure S pelik tengok aku, macam ada masalah besar aje sampaikan tak buat kerja apa pun, just duduk sorang-sorang tanpa hiraukan keadaan sekeliling.
"Kawaih tunggu awak habih cabert (cabut) kacang jer nih, lepas tuh nak meracern (meracun), nok tanang sampe ke senoho terh", kata S, sambil tunjukkan kawasan kacang Zone 3.
Lantak kau lah, kata aku dalam hati. Aku tahu sure Long tak setuju kalau S "mencerobohi" sampai jauh ke sana tuh sebab walaupun hasilnya nanti dibahagi dua tapi S tuh kan ker kuat menipu, dia jual 10 tandan pisang, tapi dia kata cuma jual dua tiga tandan aje.
Masa waktu Asar tadi, punyalah gelap sekeliling, macam nak hujan lebat sangat, masing-masing macam bekejar nak balik. And so aku tak ke kebun lah. Tapi itulah, selalu macam tuh, gaya macam nak hujan sangat tapi tak hujan pun. Dan aku tetaplah tak ke kebun, sebab dah lewat sangat dah.
Tak ada pulak jamuan malam nih walaupun ada Kuliah Maghrib, instead pihak masjid bawak Ustaz tuh makan kat kedai aje.