Friday

Khamis - 07112013

Dah a few pagis masa aku breakfast, aku akan bertembung dengan this one guy yang "baru" selalu berjemaah kat masjid, so sembang-sembang gitu lah. Dia tanya aku buat apa, so aku kata lah aku berkebun, tanam kacang, cili. 

"Baik awak bagi free jer korang (kat orang) kacang terh, daripada awak juei nang (enam) ringgit sekilo. Itu harga tahern (tahun) beraper terh?", dia gelak kat aku.

Terasa hati aku. Esok-esok aku tak nak dah bayar breakfast dia ekekeke

Siap akhirnya aku menanam kacang (untuk satu plot), dah tak ada dah tempat lain untuk bertanam, kena tunggu kacang dicabut dulu then baru boleh ditanam semula. Aku tengah berkira nih, samada nak cabut kacang sebelum aku ke KL atau lepas aku balik dari KL nanti. Kalau aku tak cabut sebelum aku ke KL, besar kemungkinan (sepeninggalan aku nanti) kacang tuh akan dicabut oleh tangan lain, mungkin AdikDin cabut, atas arahan mak. Tapi kalau nak tunggu sampai lepas aku balik dari KL, tua sangat kacang tuh nanti, walaupun elok untuk dibuat benih. Tengoklah macamana, entah-entah esok lusa aku cabut.

Since mak Puasa harinih, aku makan kat luar. Kat kedai Samad, lepas Zohor. Bini dia kasi aku sup sepcial, too bad aku tak suka makan masakan/sup kaki ayam, aku rasa terkilan jugak sebab dia buat tuh khas untuk aku. Lepas tuh ke Sungai Ruan, hajat nak potong rambut tapi ramai pulak orang kat both kedais. 

Since tak ada apa sangat nak buat, aku meround menengok pokok-pokok cili, pelik aku apa pasal banyak yang kering daunnya, walaupun kebanyakan pokok cili dah berbuah. Sure moyok jer Long nanti nih kalau dia tengok pokok-pokok cili yang tak berapa elok tuh. 

Aku rasa sikit pelik dengan aku nih, true yang dulu aku ada rasa macam tak best jer bila tengok pokok-pokok cili tak lah secantik yang diharapkan, tapi generally aku macam tak kisah langsung, tak ada lah sampai hilang mood nak bekerja. Aku punya prinsip senang jer, mudah redha. Itu agaknya.

The rest of the evening aku melepak aje lah kat kebun, sesambil mencabut rerumput, tapi itu cuma nak habiskan masa aje, tambah-tambah aku bawak satu jug jus mangga, so macam berpiknik bawah pokok pisang aje lah gayanya. 

"Awak hantar mak ke masjid dulu lah, mak Puasa. Lepas tu baru jempert (jemput) Chu, dia lambat terh sebak (sebab) nak bungkerh (bungkus) lauk nak bawak ke masjid", kata mak masa kitaorang nak ke masjid for Maghrib.

Kalau mak kata macam tuh sesepuluh minit lebih awal, haruslah aku hantar mak ke masjid first then patah balik ambik Chu. Masalahnya, cuma tinggal dalam a few minutes sebelum masuk waktu, so on our way to the masjid, aku terus aje lah singgah rumah Chu. 

Laaa, Chu masih berkemban. 

"Minung (minum) jer lah air terh, tak payah nak terkejar-kejar", kata Chu bila nampak mak berlari nak masuk masjid sebab dah azan. True, mak berlari!

Seriously, aku tak terfikir yang mak akan berlari ke masjid sebab nak berbuka. Apa lah salahnya minum jer air yang mak bawak tuh, kalau pun nak berbuka ikut waktu sangat. Tak kan mak tak tahu yang kat mana-mana boleh berbuka, tak kan nak ke masjid baru "boleh" berbuka? 

"Biasalah tu Chu", aku kata gitu.

"Mudah ngat keri", kata Chu. Kitaorang gelak. See Dear Diary, adik mak sendiri pun kata mak mudah ngat keri.

Masa jamuan, aku duduk selantai sama Haji Ta, Bendahari masjid, jiran terdekat kitaorang. Dia nih macam father figure gitulah, dulu nya orang besar gomen kot, he no speak the Inglis (he speaks English) as opposed to he no speak the Inglish (he doesn't speak English). So kitaorang sembang-sembang gitu lah.

"Tahun depan saya tak duduk sini dah, balik sekali-sekala jer agaknya....", aku kata gitu. 

Then aku beritahulah yang rasa nya dah sampai masa aku fikir pasal diri aku sendiri lah pulak.

"Betul, awak kena lah pikir pasal diri awak sendiri. Sampe bila nak harap orang support jer", kata Haji Ta.

Adusss, rupanya orang kampung ingat aku nih hidupnya makan tanggung. Oh nggak!