Friday

Khamis - 21112013

"Jauh termenung?", tanya Samad, masa aku breakfast pagi nih.

"Bosan gila, dah sampai tahap mana pun tak tahu dah nih. Ni makan kuih jer nih, bosan dah makan nasi lemak, mee, laksam", aku kata gitu sambil gelak-gelak.

Mak mula memetik cili, dan aku pun terus aje lah sambung kerja semalam. Buat itu sikit, ini sikit, lama-lama banyak jugak kerja yang siap. Aku meleraikan kacang, aku mencabut kacang yang lain, aku clearkan kawasan, aku menyangkul buat batas, then aku menanam. 

Lepas Asar pun aku buat benda yang sama, walaupun cuma sejam aje aku kerja. Sejam yang betul-betul kerja tuh lebih baik baik dari 5 jam tak betul-betul kerja. 

"Uko habih nyer makan der tikerh", kata mak, merefer kat kacang yang tumbuh sendiri, yang dalam semak samun tuh.

"Minggu depan rame yang balik, nak suruh deme nyer cabert kesemer (kesemua) nyer", kata mak lagi. 

Anak-anak sedara aku ramai yang nak balik minggu depan nih, nak duduk di kampung dalam 2 minggu. Haruslah aku kerah diaorang jadi hamba sahaya aku nanti, once aku balik dari KL nanti.

Kitaorang nak ke masjid for Maghrib, hujan turun, lebat. Laaa, aku ingatkan habis dah musim hujan pasal tadi panas terik, so Alhamdulillah.

Ada Kuliah Maghrib malam nih, bagus kuliah nya tapi meleret-leret sampai sejam lebih. Jamuan malam nih makan lontong, siap aku bertambah, aku suka lontong yang panas dan pedas, dan yang tak ada tempe. Aku tak suka tempe, tak pernah makan pun, sebab aku selalu terbayang macam makan telapak kaki kucing. 

Balik dari masjid, ada SMS dari Long, tak pernah-pernah Long hantar SMS, biasanya dia akan call aje. Long kata dia akan balik sama AdikDin lepas Jumaat esok, dan semalam AdikDin ke Kuantan, pergi interview.

Dang, so what about me? Di manakah janji manis mu nak suruh AdikDin duduk di kampung temankan mak so that aku boleh duduk KL semula?