Mak memetik cili, aku mencabut kacang. Tak banyak yang aku cabut, cabut setakat yang aku mampu nak kopek dalam masa sesehari dua aje. Aku rasa yang buat aku semakin malas nih pasal aku saja kerja ikut mood, lagipun kacang yang dicabut tuh bukannya untuk dijual, so tak ada lah aku kena buat cepat-cepat.
By noon dapatlah another setengah kilo benih, dan aku tak pun berniat nak mula menanam, balik dari KL nanti lah kot, itupun kalau benih yang aku sediakan tuh tak diambik orang. Manalah tahu kan, either AdikDin atau mak ambik dan tanam nanti tuh.
Biasanya lepas Asar Long dah sampai tapi tak ada berita apa pun harinih. Aku malaslah beria-ia talipun, bukannya Long tak tahu yang aku nak ke KL, dulu tuh dah elok janjinya. Sepatutnya pagi tadi dah aku berangkat ke KL. Inilah susahnya berjanji ikut sedap mulut.
Aku tengah mengopek kacang bila Long talipun, rupanya (menurut kata Long lah kan?) Long sekeluara tak sihat, semuanya demam, ada yang dah 2 minggu dah demamnya. So Long tak tahu bila akan dapat balik, dan esok Long nak ke KL (sihat pulak tuh nak ke KL), Sunday aje lah paling awal Long dapat balik nya pun. Since "tak sihat" alasan yang dikasi, aku tak ada pilihan lainlah, terpaksa menurut aje lah. Aku talipun Kak Teh, beritahu dia yang kemungkinan besar aku tak dapat ada di Bandar Tasik Puteri hari Isnin.
Silap-silap aku cuma pergi ke sana Sunday 24 Nov, hari Concert Day tuh nanti. Sebab kalau aku tak datang Isnin, Kak Teh sure dah cari solution lain, yang mulanya dia harapkan aku. Dan member aku kat Bangsar ada kursus pulak kat Melaka, sampai 20/11, tak best pulak rasanya kalau aku ke sana masa dia tak ada. Tengoklah macamana nanti.
Ituhari aku ada kata yang kalau Long (atau sapa-sapa lah) tak balik, aku akan tetap jugak ke KL, kan? Tak lah, aku cakap jer gitu, biar nampak macam garang sikit ekekekek. Tak kan lah aku nak tinggalkan mak sorang-sorang, kan? Itulah, aku nih, bunyi aje garang tapi baik hati sebenarnya.
Mak bawak nasi impit ke masjid malam nih, untuk jamuan lepas Isyak. Aku perasan yang dah dua kali minggu nih mak buat nasi impit, sekali tuh untuk dibawak ke surau. Yang peliknya, mak tak tinggalkan sesikit nasi impit tuh kat rumah, mak bawak semuanya (lebihan kuah nasi impit ada lah mak tinggalkan dalam frdige) so kalau aku nak merasa makan nasi impit mak, terpaksalah makan kat masjid. Mungkin sebab mak ingatkan aku tak suka nasi impit kot, atau mungkin dulu ada mak tinggalkan apa-apa makanan (yang mak bawak ke surau) tapi aku tak makan, so mak tentu fikir yang aku tak suka. Apa-apalah.
Ada kematian petang nih, jenazah dibawak dari Hospital Temerloh untuk dimandikan kat masjid, lepas Isyak. Lama jugak menunggunya. Lagi satu benda aku pelik, mak, lepas aje makan, terus ke kereta. Aku tunggulah jugak, tolong-tolong angkat jenazah, tak sempat nak tunggu semua nya (mandi, kafan, sembahyang) sebab mak dah lama tunggu. Biasanya aku yang tunggu mak, kan?