Pukul 9 setengah aku masih kat kedai Samad, tengah ralit baca paper. Balik jer, aku nampak mak tengah memetik cili, teruslah aku mencabut a few perdus kacang. Tiap hari gitulah aku, aku cabut kacang sesikit, leraikan, dan jemur. The rest of the morning tuh aku mengopek kacang aje lah kerjanya. Punyalah bosan kerjanya, hampir tertidur aku dibuatnya. Mana tak nya, aku cari port baik bawah pokok pisang, yang kalau mak intai dari dalam rumah sure tak nampanya lah, then beralaskan daun pisang, duduklah mengadap longgokan kacang tuh. Nak mendapatkan setengah kilo punyalah susah.
"Awak tak pergi khenduri di sekolah tu ker? Awak tak dapat jemputan?", mak tanya masa aku tengah mengelearkan garaj, kan ker semalam aku buat sampah kat situ?
"Tak", aku jawab gitu. Itu jawapan untuk soalan pertama jer.
"Dah lah, petang kang lah pulak petik lada hak belah sana terh, letih ngat", mak cakap sorang-sorang.
"Ada dalam sesekilo ni agaknya", kata mak lagi, sambil menimbang cili yang mak petik.
Sempat jugak aku jeling, sebelum aku blah sambung buat kerja. Tak sampai setengah kilo pun, itupun mak timbang sekali dengan bekas plastik tempat isi cili ekekekke.
Aku berbelah bagi samada nak pergi khenduri kat sekolah tu atau tidak tapi bila difikirkan yang aku kena siapkan bekalan benih sebanyak mungkin (sebab lusa atau tulat aku nak ke KL), so aku buat keputusan tak nak pergi. Tak kisahlah aku kena makan kat kedai sebab mak tak memasak harinih, mak Puasa, dan malam nanti ada jamuan kat masjid.
Petang nih aku terralit baca blog member lama (sebab aku tak tahu nak buat apa, dan tersuka pulak aku baca kisah dia, "budak" Kuantan, duduk Bangi), ada a few things yang buat aku terfikir. Sampaikan terbawak-bawak, aku cuba-cuba tidur pun tak dapat. Itulah, aku kalau baca blog orang, aku selalu comparekan diaorang dengan aku. Tu pasal aku jarang sangat baca personal blog orang yang aku kenal (kenal kat internet), aku selalu rasa "dekat" dengan penulis. Yang kalaulah aku cerita kat dia, sure dia akan gelakkan aku sambil kata, "Uish, sampai gitu sekali ko nih..." Aku tak kenal husband dia (dia tak pernah cerita details) tapi kalau jumpa, aku rasa nak pat him on the back sebab dia seorang husband yang bagus.
Lepas Asar, buat benda yang sama, cabut dan leraikan kacang, then kopek kacang yang aku jemur tadi. Dapat another half kilo, so dah ada 2 kilo benih yang ready nih. Round lepas, dalam 10 kilo benih aku guna, so far aku baru tanam about 3 kilo benih, so aku masih banyak kerja nih.
Bagus kuliah Maghrib malam nih (bukanlah maksudnya kuliah sebelum-sebelum nih tak bagus), banyak benda yang masuk kat kepala otak aku, asyik mengangguk jer aku, mengiyakan apa yang Ustaz tuh sampaikan. Baguslah, so far aku rasa minggu nih minggu keinsafan, minggu kesedaran. Minggu lepas, dan minggu sebelum tuh, aku rasa macam minggu kelekaan, sampaikan aku jadi risau, pasal aku jadi macam tak tenang gitu.