Lama aku melepak kat kedai Samad pagi nih, sesambil menengok orang lalu lalang ke Pekan Sehari. Sesambil baca paper. Tahap kebosanan yang melampau lah tuh.
Aku sempat mencabut kacang, dapatlah dalam 3 kilo, untuk dibawak ke KL nanti, teacher-teacher kat Tadika tuh ada yang hantar message suruh bawak ole-ole, so kacang jer lah yang aku boleh bawak. Tak kan nak bawak kelapa, atau pisang pulak, kan? Kampung sungguhlah kalau naik bas bawak kelapa, pisang ekekeke
Lepas Zohor ada khenduri kesyukuran (ada jemaah yang baru balik dari Mekah), jemputan untuk kaum wanita pukul 3. So mak suruh aku terus aje lah ke rumah khenduri tuh, mak balik ke rumah Makcik Rempit yang hantar. Apasal mak suka naik motor hah?
Banyak Air Zam-Zam yang aku minum kat rumah khenduri tuh, sebab berjug-jug yang diletak atas meja, dan tak ramai pulak yang minum. Kitaorang dapat sejada dari Mekah sorang satu. Mak pergi ke rumah khenduri tuh sama kawan mak, so aku melepak aje lah, cuba-cuba tidur tapi tak dapat lena.
And so aku online, the whole petang (sejak dua tiga hari lepas jugak) aku belajar, cari info pasal bitcoins. Aku banyak baca forum-forum, sekodeng sana sini, semata-mata nak dapatkan ilmu pasal bitcoins tuh. Sapa-sapa nak derma bitcoins kat aku, ini address bitcoins aku:
12t7pL7mGh7qGcDQiwXfgmo5K5XhvoHh2L
Hujan turun waktu Asar, so tak ke kebun lah aku, walaupun turunnya tak selebat mana. Lagipun aku sibuk menegebitcoinskan diri so tak terasa sangat yang harinih Saturday, salah satu dari 2 hari yang selalunya membosankan hidup aku.
UstazM tak ada malam nih, dan hujan turun renyai-renyai, aku melepak kat masjid aje lah sementara tunggu Isyak. Ada dua jemputan khenduri malam nih tapi kitaorang tak pergi pun.
Long ada talipun, kalau dia sihat, dia akan balik ke sini esok, dan aku mungkin ke KL Isnin. On second thought, kalau Long balik lambat ke sini pun tak apa sebab tak payah aku ke Bandar Tasik Puteri awal-awal. Bukan apa, aku tak ada transport nanti tuh, kat sana tuh susah hidupnya kalau tak ada kenderaan.