Monday

Ahad - 17112013

Tak ke kebun pun pagi nih sebab lepas aje breakfast, mak suruh hantar ke rumah orang khenduri, so balik dari tuh terus lah aku melepak aje sesambil baca papers. Dalam pukul 11 setengah aku pulak pergi khenduri tuh, jemput mak sekali.

Long ada talipun, mintak maaf dengan aku sebab tak dapat balik secepat mungkin. Aku tak kisah, bila-bila Long balik pun aku tak kisah, asalkan sebelum weekend nih. Kalau boleh aku nak ke KL sebelum Jumaat sebab aku ada hal nak selesaikan kat KL, mungkin aku ke Bandar Tasik Puteri pagi Ahad aje lah kot, majlis graduation tuh petang Ahad, sampai ke malam. 

Hujan turun lebat just before Asar, angin pun kuat. Patah riuk lah pokok cili aku, dan pokok kacang pun terlentok-lentok ditimpa hujan. Banyak jugak yang terkeluar isinya sebab hampir setiap hari dihakis oleh air hujan. Pasrah aje lah, nak buat macamana kan? Aku lebih bersyukur hujan turun sebenarnya sebab aku tak payah nak menyiram.

Tak ada kelas mengaji malam nih, Nasir kata yang kalau malam minggu memang "entah ke mana" imam-imam, aku perasan pasal tuh sejak dulu lagi. Kitaorang pergi mengeteh sesambil tunggu Isyak. Lepas Isyak ada Tahlil, ada jamuan jugak.