Lepas Subuh kitaorang bertolak ke KL, so tinggallah mak sengsorang. Long sama AdikDin akan balik semula petang nih, diaorang akan jemput anak Ida, anak Pui, anak Akak The jugak. Aku tahu mak ada banyak program harinih, salah satu nya, nak ke rumah UstazIs di Raub, ada khenduri. Aku memang perasan yang dengan UstazIs tuh mak "lain" sikit, mak kasi kacang, mak selalu tanya apa-apa (kemusykilan lah kot), mak memang baik dengan UstazIs tuh.
Laju gila Long bawak kereta, aku tak boleh nak tidur pun, dah lah tadi mak kejutkan aku way sebelum pukul 5, aku ingatkan jam yang salah.
Masa singgah breakfast kat R&R Gombak, aku tanya Long, apa pasal Long sama AdikDin sanggup selalu turun ke KL (dari Jerantut) semata-mata untuk pergi kursus Faraid/Wasiat.
"Mengapa?", Long tanya aku.
"Iyalah, banyak lagi ilmu-ilmu lain yang patut belajar, mengapa Faraid?", aku jawab gitu.
"Ilmu, penting tuh", kata Long.
"Lepas tuh boleh buat business ker?", aku tanya Long, aku macam tak "puas hati dengan jawapan Long (yang jawap macam nak tak nak jer tuh).
"Ha ah, lepas nih kome (Long sama AdikDin) nak jadi Perunding/Consultant pasal benda nih. Letih dah buat MLM", kata Long.
Aku agak dah, kalau tak ada sebab lain, memang susah nak percaya apa pasal diaorang sanaggup turun KL every few days semata-mata nak belajar, nak mencari ilmu.
"Habis, kata lah saya join under Long, Long dapat komisyen lah kan?", aku tanya Long lagi.
"Ha ah, kome cadang lepas nih nak aja syarikat tu bagi penerangan ke sekolah-sekolah, ke masjid-masjid", kata Long lagi.
Asalkan jangan jadi macam Ustaz penjual ubat mata, atau Tabib Bekam ituhari dah lah kan?
Diaorang turunkan aku kat Stesyen Titiwangsa, then aku ke Komuter Putra, sebab aku nak terus ke Rawang aje, bag aku berat penuh dengan kacang, malaslah aku melepak kat Bangsar malam nih.
Aku terserempak dengan Kak Teh kat Sek Keb Tasik Puteri 2, tempat event tuh dibuat, tak ada kerja yang nak dibuat pun sangat sebab semua kerusi meja, semua persiapan dah siap. Aku datang tuh sebab cadangnya nak tolong-tolong mana yang patut, last year kelam kabut sungguh kerjanya.
Tak lama lepas tuh, Cikgu-cikgu Tadika yang baik dengan aku tuh, ajak aku makan sebab nak sembang-sembang. Kitaorang berlima, sakan kitaorang bersembang, aku tak sangka yang sampai ke petang kitaorang melepak, bercerita, aku ok jer dengan 4 orang mak budak tuh, aku ngam. Diaorang suruh aku lepak dua tiga hari kat Bandar Tasik Puteri nih sebab nak sambung bersembang tapi aku kata yang esok, lepas event tuh, aku nak balik KL.
Aku tak melepak kat rumah Teh/Kak Teh, instead aku melepak kat rumah tempat tusyen, tempat aku melepak tahun lepas. Tapau makanan siap-siap sebab nak keluar dah susah, lagipun aku nak tidur jer adangnya, password wifi pun aku tak mintak kat Teh.
Bodoh jer aku melepak kat beranda dalam gelap sorang-sorang, sembahyang pun sendiri-sendiri, tak berjemaah, sebab masjid jauh. Lepas Isyak jer terus tidur.