Monday

Jumaat - 22112013

"Awak beli nasi lemak, Pui nak balik terh", kata mak masa aku nak ke kedai for breakfast.

Pui nih memang gitu, kalau nak balik, tak pernah beritahu awal-awal, dah nak sampai, masa tuh baru dia talipun. Buatnya tak ada orang kat rumah, sapa yang susah?

Aku tengah bersembang dengan S (lama dah S tak datang, dia datang sebab banyak jugak pisang yang dah boleh ditebang) bila Pui sampai. Seronok jugak sembang pasal bitcoins dengan Pui, dia nak join aku, nak suruh aku ajar dia pasal bitcoins nih. 

Then kawan dia datang, budak Tabligh. Rupanya Pui dah contact kawan dia nih awal-awal lagi, aku dengar jer lah diaorang bersembang pasal benda-benda Tabligh, then diaorang ke surau, kalau tak salah aku. Aku suka, dan aku tak kisah kalau Pui "kuat" Tabligh. Itu jauh lagi baik dari dia join BN ker apa ker, harus aku lempang jer.

"Mak awak tanya kawaih baru nih, masa jumpa kawaih di Pekan Sari. Dia tanya, lama ker awak nak ke Kolumpo?", kata S.

"Awak jawab mende?", aku tanya S.

"Kawaih kata lah awak nak pergi sesari dua jer, kang kalau kawaih kabor awak nak pergi lama, kesian pulak menengok mak awak terh. Dia risau awak nak pergi terh", kata S lagi.

So lepas tuh kitaorang bersembang pasal itu lah, buruk baiknya menggaji Bibik untuk temankan mak, dan yang pentingnya, sanggup ker aku amanahkan Bibik untuk duduk dan temankan mak? 

Oh Dear Diary, aku rasa aku dah tahu ke mana arahtuju aku tahun depan. Tiada arah untuk dituju.

"Mak jangan campur kan kacang nih dengan yang lain", aku kata gitu kat mak lepas aku cuci kacang yang dah aku leraikan tuh. Mak pun tengah mencuci kacang yang mak cabut.

"Mengapanya?", mak tanya aku.

"Yang ni nak bawak ke rumah Teh", aku jawb gitu.

"Banyaknya?", kata mak.

Aku senyapkan aje, memanglah banyak, ada dalam 6 kilo, tapi aku bukannya nak bawak kesemua, selebihnya aku nak buat benih.

"Mak ingatkan nak campur dengan yang ini jer, "ramai" orang nak kacang", kata mak lagi.

"Sapa?", aku tanya mak, sepatutnya mak beritahu aku kalau-kalau ada orang nak beli kacang, bolehlah aku cabutkan. 

"(Makcik) Lijah nak 5 kilo, kawan mak nak 3 kilo", kata mak lagi. 

"Tak dapatlah, kalau mak beritahu awal-awal boleh saya cabut", aku jawab gitu.

Mak macam terkilan jer sebab mak punya plan nak jual kacang tuh kat orang, tapi aku pulak dah ada plan aku sendiri, nak bawak kacang tuh ke KL, selebihnya nak buat benih (tapi aku tak beritahu yang aku nak buat benih, sebab kalau tidak, sure mak akan ambik kacang tuh untuk di top up kat kacang yang mak ada sikit tuh)

And so bila mak masuk ke dalam rumah, aku asingkan kacang aku tuh, bungkus siap-siap, satu bag untuk dibawak ke KL (dalam 3 kilo) dan satu bag lagi aku sorok dalam bonet kereta, kalau aku tak buat macam tuh, haruslah "hilang" kacang tuh.

Pukul 11 setengah aku pergi khenduri Tahlil, aku pergi sorang jer sebab mak tak nak pergi. Maksud aku, mak ada alasan tak dapat pergi. Biasanya kalau mak tak pergi, aku pun tak pergi, kan? Tapi khenduri tuh aku kena pergi sebab aku respek kat Abang tuh, setiap waktu dia berjemaah kat masjid, dan dia penyokong PAS yang tegar walaupun dia tak tunjukkan sangat. I don't know tapi there's something about him yang buat aku respek, buat aku suka. Dan aku pun happy dan bersyukur bila tengok yang dia nih walaupun kaya tapi humble dan bersyukur orangnya. One of the things (or rather the only thing kot? ekekek) yang buat aku happy duduk di kampung nih, aku boleh diterima-pakai (ekekeke) kat majlis Tahlil/khenduri, Imam-imam, geng-geng masjid ok jer melawak sama aku. 

"Awak pergi ke bank (Raub) lah, keluar kan duit", kata mak masa aku balik dari sembahyang Jumaat.

"Nak buat mende nyer (duit tuh)?", aku tanya mak.

"Lah, awak nak ke Kuala Lumpur, tentu nak pakai duit", kata mak gitu.

"Tak, saya dah pinjam duit Teh, Teh dah masuk kan dalam bank", aku terpaksa beritahu mak gitu.

"Mak nak bayar ke Haji Ramli, minggu depan nak buat khenduri arwah", kata mak lagi.

So terpaksalah aku ke bandar Raub, keluarkan duit. Terfikir jugak aku, macamana aku nak duduk KL nanti sedangkan aku yang tukang keluarkan duit mak kat bank? Ada jer sebab yang mentidakbolehkan aku tinggalkan kampung.

"Awak ambiklah tiga raterh (ratus)", kata mak sambil letak kan duit atas meja kat bilik aku. Sebab berkali-kali aku kata aku tak nak, aku dah ada duit yang aku pinjam dari Teh.

Bukan lah aku sombong (atau merajuk, macam yang korang fikir ekekeke) tapi aku fikir yang dulu-dulu, seseringgit pun mak berkira sangat so I'm used to untuk tak berharap duit dari mak. Infact, memelikkan jugak bagi aku bila mak berkeras suruh aku ambik duit tuh. Sampaikan aku terfikir, kalau lah mak macam nih sedari dulu, tak ada lah hasrat aku untuk memboloskan diri, kan? 

Oooppsss

"Long tak bertolak pun dari Jerantut", kata Pui bila aku mengeluh sebab Long masih belum sampai. Kalau boleh aku nak lah beritahu dan tunjukkan apa-apa yang kena dibuat sepeninggalan aku nanti, kacang yang kat mana yang boleh dicabut etc.

"Awak pergi interview di Kuantan baru ni ker, tapi kan ker awak janji dengan Pak Itam yang awak nak duduk di sini jaga wan?", aku tanya AdikDin, sambil bergurau.

"Doa kan lah biar tak dapat", kata AdikDin, melawak.

"Betul ker?", aku tanya dia.

Apa yang aku pelik, Long macam tak tegur pun aku, biasanya Long akan bercerita pasal cili etc tapi harinih Long senyap jer, even nak ke masjid pun aku pergi dengan mak aje sebab Long lambat bersiap. Pui balik lepas Maghrib, so kitaorang tak join Kuliah Maghrib sebab nak balik ke rumah. 


Aku tertanya-tanya jugak apa pasal Long macam tak nak jer aku ke KL tumpang dia esok pagi. Dia sama AdikDin ada kursus kat Segambut, so aku nak tumpang sampai KL.