Dah syok pulak pergi kerja lambat, harinih pun dekat pukul 10 baru aku ke office, terus aje pergi warung tapi makanan dah kehabisan so minum jer lah. Then ke site sekejap tengok apa aktivities, laju jer diaorang kerja buat mana yang boleh dibuat. True yang drawings, plans, memang tak cukup tapi setakat untuk but kerja tuh memang boleh. Most of the activities concentrated kat Beach Club dan VIP Chalet.
Kontraktor terus aje buat kerja dan bila aku remind diaorang yang tanggung sendiri consequences nya kalau MPK datang ke site, diaorang kata yang diaorang tak dapat official instruction dari S O, the Architect.
Vaya con dios aje lah, mis amigos!
Dah puas kitaorang bertiga (aku sama Kontarktor punya Project Manager dan Construction Manager) tanya kat WhatsApp group tapi most of them diamkan aje. Yang berani jawab pun cuma Boss aku but this guys always ada answers, last-last dia yang kena balik.
Masing-masing semuanya "threaten" tak nak masuk meeting, mintak biar meeting diposponed sebab tak ada point pun nak buat meeting kalau begini keadaaannya.
Kat sebelah nih contoh - powerful kan English diaorang?
Aku ralat jugak nih sebab GM Hotel nih tak ada kat Malaysia, dia kat London for a month, menguruskan hotel kat sana. Kalau dia ada, tak jadi macam nih, sebab dia nih yang banyak settlekan issues. Orang lain biasanya akan sembunyikan semua issues dari dia tapi dia pandai, he's always in constant touch with me. Aku nih kan ker jenis tak reti menipu, aku transparent punya orang. Aku akan ceritakan kat dia apa masalah, apa punca masalah, dan apa excuse orang yang buat masalah. Kadang tuh macam aku kerja dengan Kontraktor pulak, itu yang Boss aku pernah smashed aku, dia kata, "Are you working for the Contractor now?"
Simple jer aku jawab, "No I'm not, I'm working with them..."
"Always say positive things to the Client, they get panicky easily.....", itu jer lah yang Boss aku selalu remind aku.
Kereta aku penuh dengn Bangla lagi Jumaat nih, diaorang tumpang. Aku tak kisah cuma nya aku tak tahan bau badan diaorang, aku off kan aircond, bukak semua window screens tapi baunya tetap menusuk kalbu.
harum baunya si bungalah tanjung
harumnya sampai, harumnya sampai melintasi gunung
tuan ku harap umpamalah payung
hujan dan panas, hujan dan panas tempat berlindung
Badan aku rasa macam nak demam jer petang nih, so aku balik awal sikit. Tak ke pantai untuk kesekian kalinya. Kaki dengan tangan aku gatal-gatal benarnya, bila aku garu, kulit terkopak. So ada a few macam tompokan kudis kat tangan dan kaki aku. Aku tak tahu apa sebabnya, I have the feeling yang mungkin sebab aku tiap hari mandi laut, kulit jadi lembut gitu, mudah terkupas.
Tu pasal tidur awal sikit malam nih, right after dinner. Esok nak ke KL.
Tu pasal tidur awal sikit malam nih, right after dinner. Esok nak ke KL.