Aku ingatkan Kontraktor akan slow down lah sikit buat kerja sebab semalam dah dapat confirmation pasal status projek. Tapi, diaorang selamba jer. Aku tak ada pilihan, aku took a few photos then hantar kat group orang di KL. Caption aku, "don't say I didn't tell you guys", maknanya aku dah beritahu diaorang so up to them lah untuk comment, kasi instruction.
Senyap jer masing-masing, kecuali Boss aku yang tetap suruh proceed. Bengap, kan semalam S O, the Architect, dah kasi instruction? Then again, patutnya S O kasi official instruction gitu, bukannya setakat selitkan dalam email. See, masing-masing nak jaga bontot masing-masing dari disontot.
Aku baru terperasan yang besok sama lusa ada audit Jabatan Alam Sekitar, by a third party appointed by the Client. Aku ingatkan Khamis and Jumaat. So terus aku contact sesiapa yang berkenaan, jugak beritahu kat WhatsApp group, yang aku cuti for 3 days, I won't be at the site from tomorrow onwards.
Selamba jer aku kata yang aku nak pergi intai peluang kat tempat lain, nak pergi interview. The grass is always greener on the other side, aku kata macam tuh. Then baru aku message Boss aku, kata aku cuti sampai Sunday. "Yes, ok", pendek jer jawapan dia. Dia tak tanya pun pasal "interview" punya cerita yang aku made up tuh.
Client punya Project Manager (orang di KL) macam sindir aku sebab dia kata dah lama dah beritahu Auditors nak datang, apa pasal aku nak cuti. Terus aku kata nak ke KL for an interview. Then dia tanya, apa pasal pulak nak pergi interview, aku katalah yang aku kena stand by sebab kat sini gaji tak dapat lagi.
"Adeh, ye ke?", dia tanya aku. Aku tahu dia buat-buat tak tahu sebab orang lain semua dah tahu. Lagipun dia yang lambat keluarkan cek yang Client dah signed. Banyak nominated sub contractors lain yang dah menggelupur sebab payments lambat dapat.
Tengah tekun berwhatsapp dengan one of the Ketua Bahagians of MPK, ada call pulak dari department lain. Ish, macam orang penting jer aku nih? Diaorang nak datang site one of these days, kalau Kontraktor masih jugak buat kerja, machineries akan disita, etc. That's music to my ears.
Mulanya aku cadang nak senyapkan aje, nak buat-buat tak tahu aje tapi sebagai seorang yang bertanggungjawab, aku war-war kan berita tuh kat semua orang. Biar diaorang ada masa untuk bertindak, buat apa-apa yang patut. I don't want to see them being caught with their pants down, at least dengan aku warning diaorang awal-awal, sempat lagi mana-mana yang nak cabut condom kat kote, kan?
Letih aku harinih, tau dak? Sebab banyak pots yang aku stirred. Oooppssss
Laaa, aku lupa nak cerita pasal audit. Apa pasal aku nak lari dari Auditors tuh?
Ok, pertamanya, aku nak ambik kesempatan yang Auditors nak datang tuh untuk protes aku, protes sebab masalah kecik, masalah gaji, itu pun tak settle-settle. Boss aku buat tak tahu jer, yang mengeluarkan cek pun buat-buat tak tahu kononnya. Aku pun sekali jer tanya Boss aku pasal gaji. He takes things for granted Boss aku nih, aku masak sangat dah. He always have answers, yang berbeza-beza setiap kali ada masalah.
Keduanya, aku tak suka Auditors tuh. Orangnya pakai ketayap tapi sarcastic sangat ayat dia, karakter dia, cara dia. Aku ingat lagi audit yang lepas, 4 months ago, punyalah bosannya aku. Sepanjang masa aku fikir, dia nih tak sedar ker yang cara dia cakap, cara dia explain tuh semuanya menyakitkan hati orang. Ditambah pulak dengan courtesy smirk dia yang setiap kali dia smirk, aku rasa macam nak tampar jer dia, sambil kata, "sedar sikit yang ko tuh pakai ketayap".
Aku tahu yang no matter how rough someone’s life is, it is never an excuse to be mean tapi I can't help it lah. Selama ini aku pandang tinggi pada orang yang pakai ketayap, dan aku expect budi pekerti diaorang tinggi, setinggi ketayap kat kepala. "Memang dia macam tu", kata one of the guys yang mengiringi Auditor tuh. "Tapi kan dia pakai ketayap?....", aku jawab gitu.
Aku pun tak suka auditing sampai 2 hari. Look, we have a project to complete, tapi dia keeps on harping on small issues like "strong smell of urine kat existing villa".
Daripada office membawak ke kedai makan, kitaorang bersembang. I let the other Consultant staff tahu what's going on sebab diaorang tak ada dalam WhatsApp group (orang bawahan hehehe). Aku beritahu jugak what my plan is, I need to teach someone a lesson or two. Aku excel kalau bab-bab gitu tuh.
Then aku teringat kat this one Architect yang dulunya kerja kat sini, dia S O. Dah lama berhenti, dalam setengah tahun dah rasanya. Again, aku sorang jer masih berinteraksi dengan dia, dan walaupun aku tak pernah tanya dia kat mana dia sekarang, tapi tiap kali kitaorang bergossip kat WhatsApp, memang happening.
Aku ceritakan latest developments pasal projek nih, terkejut dia. Tapi dia kata memang dia dah expect, itu pasal dia blah awal-awal. Very rare lah Architect sebagai S O akan berhenti sebelum projek siap tapi I guess yang dia nih smart, itu pasal dia blah awal-awal.
Dan dari dia jugak aku dapat tahu yang "Architect" sekarang nih bukannya Architect, tapi "cuma" draftsman/designer.
O my freaking son of a gun!
So that explains everythinglah, kitaorang kat site dah lama wonder apalah yang those Consultants kat office buat, rupanya ada yang tak reti dan tak layak buat. Ditambah pulak dengan Boss aku yang terlebih layak, yang macam aku kata tadi, takes things for granted, gini akhirnya projek nih.
Rupanya projek nih cuma dapat "blanket approval" dari MPK. And that was 3 years ago, untuk kerja-kerja earthworks dan infrastructures.
OK, so besok, dan the day after (dan mungkin jugak sampai Sunday) aku tak ada kat site. Aku sepatutnya di KL, kalau mengikut jalan cerita aku, kan? Mulanya member aku suggest pergi lepak Kuantan aje tapi aku kata aku tak nak ke mana-mana, nak lepak rumah aje. Dan yang akan represent aku, ada sorang staff nih yang "tak ada meja kat office" sebab tak pernah lekat kat office tuh.
Aku ke pantai jugak petang nih tapi aku tak jogging. Infact aku tak tukar pakaian pun, aku pakai pakaian kerja. Kebetulan harinih aku pakai slack sama kemeja, biasanya aku pakai tshirt sama jeans. Aku melepak kat pantai jer lah, nampak macam orang luar aje rasanya. Terfikir jugak aku yang selalu aku kata fikiran aku tenang, tapi sekarang aku macam ada masalah. Itu yang aku buat macam tenang menghadapi masalah tuh. Aku fikir dan buat perancangan apa yang patut.
Malam nih ada Tahlil arwah kat surau, so dapat makan free. Daif sungguhlah keadaannya kat sini. Sejak aku duduk sini, baru dua tiga kali jer ada khenduri. Kalau kat kampung aku, hampir setiap hari, kalau weekends pulak, lagi hebat. Tapi kat sini, jangan nak haraplah ada makan free.