Friday

Thursday14012016

Aku tengah sedap sambung tidur lepas Subuh, bila ada orang call. Call untuk interview appointment kat KL, Monday 18/1/2016. Projek buat resort jugak, kat Pahang jugak, tapi nun jauh di hujung sana. 

Aku berbelah bagi samada nak pergi atau tidak tapi bila difikirkan yang I have nothing to lose pun kalau pergi, aku pun bersetuju nak attend. Kebetulan pulak interview tuh Isnin, aku punya meeting hari Selasa. Yang buat tak bestnya, projek tuh dah jalan, sure diaorang nak kan staff immediately kan? Aku cuma nak buat persediaan jer, manalah tahu Boss aku buat tak tahu aje pasal gaji aku yang lama kelamaan aku tak tahan sendiri, pastuh blah. He's capable of doing that sebab mengikut sejarah, dia pernah kenakan staff yang sebelum aku. Aku nih Resident Engineer yang ke 5 atau 6 kat projek nih, dan aku hold record sebagai R E yang paling lama bertahan. 

Ingat dak yang masa aku mula masuk sini dulu, masing-masing bet yang aku cuma boleh bertahan paling lama pun 2 bulan. Sekarang nih aku tonggeng bontot jer kat diaorang site staff yang bet dulu tuh. Kalau lah bukan pasal gaji, aku rasa aku memang boleh tahan kerja kat projek nih, even sampai Fasa ke3, yang will take years to complete. Infact semua Consultant site staff suka kat sini, working holidays, tak ada sapa kacau, datang kerja ikut suka masing-masing. Lagipun diaorang ada R E yang rajin, R E cap 7 Eleven, R E yang dipercayai segenap lapisan masyarakat. R E yang can raise to the ocassion.

Akulah R E ittew.

And so terus aku beritahu Boss aku, dan yang lain-lain kat KL, yang aku ada kat site dan will take day off on Monday instead. My threat untuk tak datang meeting kalau gaji tak settle by weekend pun masih stay. 

Aku tengah melepak kat kedai for breakfast bila aku ternampak one of the Auditors lalu, dia tak perasan kot. Aku siap pergi menyorok kat kedai sebelah, menyorok celah-celah baju, takut-takut kalau yang lain pun ada datang makan kat kedai tuh. 

Then aku decided nak ke pantai, nak melepak dalam kereta tepi pantai. Nak buat apa lagi, kan? Elok aje aku nak belok ke pantai, nampak Auditor tuh menyeberang jalan ke kereta dia. Teruslah aku pecut balik rumah. Singgah jap kat surau sebab semalam aku janji nak bersihkan surau, nak vacuum etc. Tapi, tak ada pulak diaorang hantarkan vacuum macam yang dijanjikan.

Hujan turun sekejap, tak lebat mana pun. Aku nak sangat kalau hujan lebat selebat-lebatnya sebab nak tengok apa akan jadi with all remedial works yang Kontraktor dah buat tuh. Ada yang tirih ker, ada yang bocor ker, air kotor mengalir ke laut lagi ker. Tapi yang pentingnya aku nak tengok samada banjir air tanah yang disebabkan projek tarah bukit yang kat depan Residence Inn tuh akan berlaku lagi ker. Aku sama tokay Residence Inn dah berpakat yang kalau banjir lagi sekali, kitaorang nak buat report.

Lepas Zohor, macam semalam jugak, aku ke kedai, discuss dengan Kontraktor punya Contract Manager, kitaorang buat havoc kat WhatsApp group. Sekali dengan Project Manager diaorang yang ada turun dari KL. Memang macam tuh kitaorang bertiga, kalau ada apa-apa issue, akan ada 2 orang yang tolong kasi kipas, kasi hangat. Tak kalu, diaorang lain tuh buat senyap jer, tak berani bersuara. 

Diaorang pun ada mintak aku berlakun sikit esok petang kalau-kalau payments diaorang belum dapat by then. Diaorang akan kosongkan site, hentikan semua activities all together. 

Boss aku ada hantar message kata yang dia dah masukkan separuh gaji aku kat account aku, balance nya Isnin depan. Dia dapatkan duit dari other sources, kata dia. "Whatever", itu jer jawapan aku. 

Tak ke pantai lagi aku petang nih. Aku joined diaorang minum/makan kat warung Kak Long Janda Baby. Aku tapau nasi air sebab malam nih tak payah keluar dah, malam Jumaat, kan? Lagipun hari macam nak hujan jer.

Pulun diaorang mengenakan aku, bila dah ramai-ramai tuh, tak kira Melayu, Cina, tua ker muda, semuanya buat lawak lucah. Ditambah pulak ada response semulajadi, besar kemaluan aku jadinya.