Thursday

Wednesday13012016

Dang, aku terlepas Subuh kat surau pagi nih. Aku terjaga dah sepuluh minit sebelum alarm berbunyi pukul 5 tuh. Tapi aku rileks lagi sebab nak tunggu alarm tuh betul-betul berbunyi. Tertidur akhirnya, sedar-sedar orang dah Azan, dah tak sempat nak pergi surau.

Since harinih aku "off", banyaklah masa free. Aku tak breakfast kat kedai-kedai di persekitaran site, takut terserempak dengan geng-geng Auditors, manalah tahu, kan? Aku ke kedai yang dekat masjid, tokaynya Ustaz. Tak start memasak lagi gayanya sebab semua makanan yang ada, semuanya layu, tak berseri, tak bertenaga. Sahih lah makanan semalam yang direcycle. Since aku nih tak banyak cekadak orangnya, aku makan jugaklah, after all aku makan tak banyak mana pun. 

Dah tak tau nak ke mana, aku balik rumah aje lah. Every single word kat The Star dan Harian Metro yang aku baca, untuk buang masa. Kisah Datok Vida pun aku baca.

Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Putih......muah!!!

Pttuuiiihhhhh!!!!!

Lepas tuh barulah timbul rasa guilty sebab tak memanafaatkan masa yang Tuhan bagi. Aku sebenarnya banyak hutang baca Quran. Sepatutnya aku dah mula baca untuk khatam sebelum Puasa, tapi yang aku mula baca lepas Puasa dulu masih belum khatam. I read somewhere yang kita digalakkan sekurang-kurangnya khatam Quran 2 kali setahun, itu yang aku jadi terpelahan baca tuh (aku nih memang tak nak menyalahkan siri sendiri, semuanya nak salahkan orang). Awal tahun sampai ke Puasa khatam sekali, bulan Puasa khatam sekali, lepas Puasa sampai akhir tahun, khatam sekali. Itu jer yang aku mampu buat. 

Right lepas Zohor dapat call yang kata audit dah selesai for today, sambung esok pulak. Dulu, sampai pukul 5 auditnya, apa pasal kali nih sekejap jer? So aku ke kedai makan, meeting dengan Kontraktor, jugak staff yang gantikan aku for audit. Gila sakan kitaorang bergossip. 

Aku beritahu diaorang yang kalau masalah gaji aku tak selesai by this weekend, aku tak akan datang meeting Selasa nanti. Aku nak ajar sikit, bukan aje Boss aku tapi orang lain yang berkenaan. 

Lepas tuh masuk office untuk buat report sebab Audit tuh nak, selewat-lewatnya esok pagi. Benda-benda gitu aku kena buat sebab member tuh tak reti komputer, orang lama. 

Malam nih tak makan kat luar lagi sebab kat surau ada jamuan, rupanya kelas mengaji tuh diadakan setiap malam kecuali malam Jumaat. 

*tak ada mood aku harinih, tu pasal entry pun macam nak tak nak aje. esok mungkin mood elok sikit pasal ada a few good news*