Friday

Isnin27Ogos2018

Kalau tak disebabkan tanaman tak bersiram, kalau tak disebabkan aku dah janji dengan Mak yang aku akan balik harinih, harus aku extend my stay for another day. Seronok melayan keseronokan tak buat apa-apa kat KL nih. Kat kampung, aku kena buat something, berkebun. Kalau diikutkan hati aku nak memorex aje tapi takut pulak orang kata kepala aku masuk air, tu pasal memerap kat rumah aje kerja nya.

Sempat lagi ke Bukit Bintang pagi nih sebelum check out, last-last naik monorail ke KL Sentral, breakfast kat situ. Tak pernah lah dapat bas awal nak balik Raub, bas pukul 1-30 tu ajelah biasanya. Tapi tak kisah, aku kan ada tab, ada cellphones, aku pergi this one restaurant dan memorex kat situ. Tak bukak laptop pun sebab tak nak nanti orang ingat aku online sebab nak chatting, nak update status, nak bukak FB. Sure tak terjangkau kat otak orang yang aku dengan pembawakan yang sempoi gini nih, ada buat trading, cryptocurrencies lagi tuh.

Long ada kat rumah masa aku sampai, tengah terkial-kial membersihkan ayam, nak ditinggalkan kat aku sikit, selebihnya bawak balik. Terus aku suruh bawak balik semuanya, so tak perlulah nak dibersihkan . Aku tak nak memasak minggu depan, lagipun aku akan tension nak menghabiskan ayam macam a few weeks lepas, kan, punyalah siksa nak habiskan seekor ayam, masak banyak pun masih banyak yang tinggal.


Sebelum sembahyang Asar ada pengemuman, memberitahu yang malam nih Ustaz tak dapat datang so kelas mengaji dibatalkan. Yay!!! Ooppssss. 


Cepat-cepat aku bersiap ke kebun, nak menengok keadaan tanaman aku sepeninggalan aku tuh, masa ke masjid tadi aku jeling-jeling gitu, not looking good, kata aku dalam hati. Tak ada lah banyak yang mati kering tapi daun-daun tanaman semua mengerekot layu. Dan tanah mereka-rekah. Hati aku pun jadi merekah-rekah gitu. Oklah, aku cuba selamatkan mana yang boleh diselamatkan, mana yang mati kering tuh, aku nak buat macamana, kan? So aku siram dan siram, dan basahkan tanah yang bila aku cuba cangkul, keras membatu. Tanah kat sini, bila hujan, bila basah, memang cantik tapi kalau kering, keras macam batu. Itu yang aku kena pastikan tanah sentiasa lembut, dengan menyiram 2 kali sehari.

Since malam nih tak ada majlis, aku melepak aje lah kat masjid, sesambil tuh aku bukak cellphone, nak monitor Forex aku. Aku tak buat apa-apa transactions sebab semua my positions tuh menguntungkan, on paper (on screen). Aku bersyukur yang kali ini "macam senang jer" memorex, tiap kali aku masuk positions, end results nya semua to my advantage.. Walau macamana pun aku kena sentiasa berhati-hati, jangan tamak sangat dan jangan terlalu ikut emosi dan berharap. 

"Tu ada bubur lambuk, bawak balik, boleh makan esok", kata jiran aku masa bersalam lepas sembahyang. Syukur lah ada makanan, aku malas sangat ke Sungai Ruan for dinner. Tok Siak tuh dah siap bungkuskan aku bubur lambuk untuk dibawak balik walaupun aku dah makan semangkuk.

Dan sepanjang aku memorex malam nih, habis aku makan, memang sedap bubur lambuk jiran aku tuh. Aku ingat lagi yang dulu masa aku duduk kampung, 4 tahun lepas, masa Mak baru mula memondok, setiap hari di bulan Puasa, aku berbuka dan Sahur dengan bubur lambuk aje. Zaman aku zuhud dulu tuh.

Thursday

Ahad26Ogos2018

Aku keluar lepas Subuh, destinasi aku, Pasar Karat kat area Chinatown. Itu salah satu tempat favorite aku, dan aku pernah terserempak dengan a few friends yang rupanya minat jugak dengan barang-barang antik dan rare, jugak yang minat fotografi. Dulu-dulu aku beli coins lama kat Pasar Karat nih tapi sekarang aku dah tak singgah tempat tuh. Problem with me, kat mana tempat aku singgah, sure ada benda yang aku beli. Harinih aku tak beli apa-apa walaupun hati aku meronta-ronta nak beli a few items yang aku terjumpa, dua tiga kali aku berlegar kat kawasan tuh namun aku tak memberhentikan diri. Alasan aku, bag aku dah penuh barang.

Dari Pasar Karat aku menapak ke Bukit Bintang, hajatnya nak breakfast tapi tak tahu nak minum kat mana. And so aku masuk ke Low Yatt Plaza, kat bawah tuh ada food court yang tak berapa sibuk, tambah-tambah lagi di awal pagi, Sunday pulak tuh.

Aku terlalu depan kedai Samsung. Tersinggah. Tertengok tab. Terbekenan. Tak nak cakap banyaklah tapi aku terbeli tab sebijik. Sikit pun tak ada niat nak beli sebenarnya, aku nak buat apa dengan tab, aku ada 2 cellphones, 2 laptops, apa nak lagi? Tapi, aku terus teringat yang dulu ada kawan aku suggest aku beli tab, dia kata yang hidup aku tak lengkap kalau tak ada tab. Betul ker dia ada cakap gitu, ker aku saja tambah-tambah? ekekekek Malu kat diri sendiri sebenarnya sebab itu pun kena ada orang nak suggest,, apa aku tak reti bawak diri ker, tak tahu nak melengkapkan diri ker sampaikan orang lain terperasan?

Keluar dari Low Yatt Plaza barulah aku rasa tension, apa ke jadahnya beli tab? Nak buat apa? Menghabiskan duit aje kerja nya aku nih. Itulah aku dah kata, aku saspen kalau jalan-jalan kat area Bukit Bintang nih, iman aku jadi nipis.

Dengan perasaan penuh keinsafan, ditambah dengan rasa guilty yang tak terperi-peri, aku terus lupakan hajat untuk breakfast. Aku terus balik hotel, on my way back to aku tapau nasi. Aku nak memerap kat bilik the whole day, aku nak menggroundedkan diri sendiri.

Sibuklah jadinya mengdownload apps yang wajib, Bitcoin wallets Coinbase, Blockchain, Coinomi, Mycelium. Turun sekali aje, nak beli sim card, member aku kata DiGi laju kat Raub so aku tambah koleksi simcard aku dengan beli DiGi. Harap-harap hidup aku akan lebih ceria bila internet laju. Ya ampun, nasib baik lah aku terbeli tab tuh tadi, kalau tak tuh menderitalah aku bersendirian dengan internet yang slow.

Since ini malam terakhir aku di KL, aku merayau awal sikit, lepas Maghrib. Then ke Royale Chulan di Jalan Conlay, tak ada sapa yang aku kenal so aku jalan-jalan kat area situ, ke Jalan Stonor etc. Tempat tuh pernah jadi my playground suatu masa dulu, dekat 2 tahun jugak, masa buat Pusat Kraftangan tuh. Masa tuh aku duduk kat one of those colonial bungalows (yang sekarang nih dah tak ada), berjirankan Anuar Musa.

Aku rasa masa tuh lah zaman permulaan aku menuju kegemilangan ekekekek. Hari-hari aku masa tuh sentiasa sibuk dan padat dengan aktiviti, pagi kerja, malam pulak either mengajar kat ITM atau ke Goethe Institut (dekat jer, Jalan Langgak Golf) belajar German, atau ke Alliance Francaise Jalan Gourney, belajar French. Habis kelas, melepak Shangri La atau Hotel Istana. Kelas gila aku masa tuh, zaman-zaman pakai jam Tag Heuer, mandi pun pakai sabun Polo. 

Those were the days. Been there, done that gituh.

Sabtu25Ogos2018

Sedap pulak tidur kat hotel nih, lepas Subuh aku sambung semula tidur, sedar-sedar dah lapan lebih. Jadi serba salah pulak samada nak breakfast atau tidak sebab in about 3 hours aku nak makan khenduri pulak. And so mengopi aje lah sesambil online.

Kalau tak salah aku, jamuan mula pukul 11 so aku nak datang awallah sikit, lagipun dah terbiasa kat kampung, makan khenduri pukul 12. Aku naik LRT ke Dato Keramat sebab aku rasa itu stesyen paling dekat ke Taman Keramat. Perkataan "Keramat" tuh. Dari LRT naik teksi, susah sangat nak dapatkan Grab. Tak jauh rupanya, dan stesyen paling dekat, Jelatek.

Walaupun macam awal sampai tapi kerusi meja semua penuh, saspen jer aku menanya tetamu lain, aku peratikan yang tetamu perempuan kat khenduri tuh macam sefesyen jer, cara make up diaorang. Tak lama pun aku di khenduri anak kawan aku, kawan seinternetan, kawan yang aku kenal di alam maya. Dah berbelas tahun dah kenalnya Too bad kawan-kawan lain (yang kenal kat internet jugak, group kitaorang Rebanamaya, nama glamer Reban Ayam) diaorang nak datang lewat sikit, kalau tak sure boleh bergebang. Diaorang tuh, di mana-mana kalau jumpa, bergebangnya sampai kena halau lah baru berhentinya.

Sedap makanannya, aku biasanya tak makan banyak di rumah orang khenduri so aku ambik sikit jer lah, macam biasa. Tapi berselera pulak aku kali ini, nak tambah, malu pulak. Aku jalan kaki jer dari rumah pengantin ke LRT Jelatek, then singgah kat KLCC, pergi Village Grocer nak beli a few items yang tak ada jual kat Raub, kat kedai-kedai biasa even. Terserlah keclassyan aku kan?

Aku melepak kat bilik seround, lepas Asar aku merempit kat area Sogo, Jalan TAR, aku tak heran merempit area-area tuh sebab aku tak akan terbeli apa-apa nya lah. Merempit kat area Bukit Bintang yang aku saspen sikitnya sebab aku selalu nak terbeli something. Again, keclassyan aku ada terselit di situ.

Lepas Isyak aku ke area Bukit Bintang, menyusur jalan sampailah ke Pavilion, makan kat Subway macam biasa, kat situ jer lah aku rasa comfortable nya sebab tak ramai orang yang dine in, tempat lain tuh too crowded.Pelik aku, tak ada pulak orang-orang busking malam nih, aku biasanya akan terralit jugak tengok gelagat crowd yang layan street performers tuh. And so aku balik bilik aje lah, layan internet seround, pukul 1 lebih rasanya baru aku tidur.

Wednesday

Jumaat24Ogos2018

Lepas Subuh aku terus kemas-kemas apa yang patut, then dalam kegelapan tuh aku ke kebun. Mak sambung tidur kot, tak kalu sure Mak pelik, sure ingat yang aku dah tak sabar-sabar nak ke KL.

Dua rounds aku menyiram, harap-harap tak adalah tanaman aku yang mati kering sepeninggalan aku nanti, petang Isnin baru aku balik. Lebihkurang 3 hari tanaman aku tak jumpa air nanti nih, lantaklah, nak buat macamana, kan? Ini yang susahnya kalau menanam kat tanah, kalau tanaman ditanam dalam polybags, boleh tahan seminggu tak bersiram.

Since Mak tak nak aku belikan apa-apa for breakfast (nasi impit, lemang masih banyak), aku mengeteh kat kedai. Biasanya aku belikan Mak nasi kerabu, her favorite.

And so pukul 9 aku keluar tunggu bas. Mak akan tinggal sorang-sorang sehinggalah Pui sampai,sebelum Maghrib agaknya sebab Pui akan hanya dapat bertolak balik ke Raub after 4.

Aku sampai Citin Hotel pukul 12-30, kerani front desk tuh nak charge aku RM130 macam guest lain jugak, diaorang nih tak kan masih belum ingat muka aku? Aku beritahu yang Manager hotel tuh suruh aku mention his name, or the owner's name, so aku akan dapat special price which is RM100 a night.

"Is Valentino (owner) here, or can I see the Manager, please?", aku kata gitu bila that 2 bitches refuse to listen to my explaination. 

"Which Manager, there are 3  Managers here (at this hotel)", kata that Indian bitch.

"Never mind, I'll check in at some other place then", aku kata gitu.

Aku dah nak blah then ternampak that Manager, rupanya dia ternampak aku dulu, itu yang dia macam terkejar-kejar tuh. Tak lama tuh Valentino pulak ada datang kat front office, so aku mintak bilik kat Level 12, my favorite floor.

Lepas Sembahyang Jumaat kat Surau Pudu Sentral, aku memerap kat bilik, online. Internet laju so aku jadi sibuk surf sana sini. Banyak masa yang aku dapat save, kalau kat kampung, nak buka satu website, aku sempat mandi dulu.

Itu yang aku pelik apa pasal aku masih boleh bersabar dan redha hidup dengan internet yang slow sedangkan aku buat online trading, kan? That's so very not me, kan? Ker aku nih dah berubah? Dah jadi penyabar dan redha aje dengan apa yang ada? Kalau aku yang dulu-dulu, mati kutu dah kalau internet slow, aku akan bermati-matian berusaha untuk dapatkan internet yang laju, bermalam di luar library for example. Internet kat library kampung nih boleh tahan laju nya. 

Lepas Asar baru lah aku merempit sekejap, tak jauh rempitan aku setakat ke The Robertson aje. Then balik ke hotel, lepak-lepak online sampai Isyak. Aku rasa productive gitu, online, memerap kat bilik, sunyi sepi, tak pasang tv pun.

Then menapak ke Royale Chulan Bukit Bintang, saja nak sembang-sembang dengan DatukK, orang besar rangkaian hotel Royale Chulan. Kitaorang melepak kat coffe house hotel, terkejut jugak a few pekerja situ yang aku kenal, yang pernah dipinjamkan sekejap masa soft opening Royale Chulan Cherating dulu tuh. DatukK kata yang banyak timbul isu-isu dalaman sejak PH memerintah nih.

Dekat pukul 12 baru aku balik ke hotel. Kalau kat kampung, aku tengah lena diulit mimpi (atau tengah merangkak ke laptop) tapi bila di KL aku tak rasa the need to tidur awal.

Tuesday

Khamis23Ogos2018

Masing-masing ke luar rumah pagi nih, ada jer benda yang nak dibuat. Aku tak ke kebun, tak menyiram, semalam kan ker hujan? Most of my ahli keluarga memetik, ada yang memanjat, rambutan. Ada 2 pokok yang besar dan 3 pokok kecik. Puas hati lah dengan hasil petikan, cuma tinggal buah-buah yang nun tinggi kat hujung.

Aku nak mengeteh sebab bosan akhirnya asyik kat luar rumah aje, nak masuk ke dalam rumah, pakaian kotor, ramai orang. Biasanya kalau aku sorang-sorang, memang aku keluar masuk rumah walaupun berpakaian kotor, tapi harinih aku kenalah menghormati masyarakat setempat, kan? ekekeke

Tak ada satu pun kedai yang bukak, aku pun jalan kaki, kalau berbasikal, mungkin boleh ke kedai lain. Then terserempak dengan Tok Siak masjid, aku tanya dia kalau-kalau dia nak kangkung, dulu pernah kasi kat dia. Mula-mula dia macam tak nak, dia tahu yang ramai keluarga aku yang ada kat rumah, kan? Aku tipu dia, aku kata kitaorang dah jenuh makan kangkung tuh. Truth is tak ada siapa yang nak, or at least berminat untuk cabut.

Banyak aku kasi, aku cabut semua yang dah boleh dicabut, hampir sepemeluk kangkung aku kasi kat dia. Mungkin boleh dimasak untuk jamuan masjid malam nih, itu yang aku fikir, sebab memang banyak pun, dekat seguni.

"Kangkung habis dah, jual kat orang", aku kata gitu kat Ida, sesambil memetik rambutan.

"Laaaa, ngapa jual semua? Kome nak sikit", Ida kata gitu.

Laaa, semalam tuh macam tak berminat, bila dah "jual" kat orang, baru lah kata nak.

Long, Teh, Ani, Ida, Ipin, Pui, Lan, dan keluarga masing-masing balik harinih, ada yang balik ke tempat masing-masing dan ada yang meneruskan perjalanan. Keluarga Ngah, Akak De pulak yang sampai. Raya kali ini lebih meriah dari Raya Puasa sebab semua ada balik, kecuali Nuar yang beraya di Perlis.

Panik jugak aku bila nak ke masjid for Asar, aku tengok basikal aku macam rosak, tak boleh dikayuh. So aku berkereta ke masjid akhirnya. Lepas menyiram baru aku godek-godek basikal tuh, rupanya rantai tercabut.

Bila semuanya dah balik, tinggallah aku sama Mak. 

Kitaorang tak expect pun Ustaz akan ada datang malam nih bagi Kuliah sebab ini kan ke minggu Raya, tapi lepas Maghrib, Ustaz tuh kasi ceramah, yang berkaitan dengan ibadat Haji dan Kurban. 

"Pelik, mengapa tak ada jamuan malam ni?", aku cakap kat Mak masa nak balik.

"AJK masjid tak tahu Ustaz nak datang, itu sebabnya deme nya tak sediakan makanan", kata Mak.

Rabu22Ogos2018

Aku pergi Subuh tadi pun sorang-sorang, sebab aku keluar cepat, Mak, Long dan adik ipar aku, 5 minit sebelum Azan baru diaorang pergi masjid. Macam tak meriah jer, tak ada pun suasana Raya, kat masjid pun tak ramai jemaah, sepatutnya ramai orang lah kan?

Awal pagi aku dah bersiap untuk ke surau for Sembahyang Raya, sebab masalah air. Kat rumah nih ada  2 bilik air dan 3 tandas tapi masalahnya, kalau sorang bukak paip air, paip air kat tempat lain tak keluar air. Dari dulu lagi masalah air kat Raub nih, pressure tak cukup kot sebab kawasan tanah tinggi. Nasib baiklah aku dah penuhkan kolah, tak kalu, adalah yang tak dapat mandi.

Sembahyang Raya dibuat pukul 8-20 pagi, kat masjid pun sama, walaupun Jabatan Ugama Islam Pahang dah tetapkan pukul 8-30 pagi. Alasannya, tak cukup masa sebab nak buat korban kat a few places.

Walau macamana pun tak jugak mula pukul 8-20 sebab Imam tuh bagi penerangan cara Sembahyang Raya etc. Entah Imam dari mana tapi rasanya macam pernah tengok Imam tuh, mungkin Imam dari kampung berdekatan kot? Not only bagi penerangan tapi Imam tuh ajar "cara yang betul" ( his words) yang Imam patut buat, cara Sembahyang yang sepatutnya dipraktikkan ( again, his words). Cara mengimami yang dibuat sejak zaman Rasulullah dan para Sahabat lagi, Imam tuh siap kasi petikan dari Kitab Imam apa tah. Dia kata, sepatutnya selepas Imam baca AlFatihah, Imam kena pause, jangan terus baca Surah, sebab takut nanti makmum terkejar-kejar nak habiskan AlFatihah. 

Fine,that makes sense. 

"Kalau saya mengimamkan sembahyang, memang gitu lah saya buat, saya berhenti sekejap untuk bagi peluang kepada Makmum untuk sempurnakan baca AlFatihah. Itu cara yang sepatutnya dibuat", Imam tuh kata gitu.

Ok, dari pemahaman aku, kebanyakan Imam lain tak buat gitu, lepas baca AlFatihah, terus baca Surah. 3 kali dia guna perkataan-perkataan "sepatutnya, yang sebetulnya".

And so 8-30 jugak lah akhirnya Sembahyang dimulakan. Memang lama Imam tuh pause lepas baca AlFatihah, tak adalah aku kira tapi rasanya selama 3 kali baca AlFatihah, selama itu dia pause. Then dia baca Surah, Surah A'la. Laaa, kan ker itu surah panjang, apa perlunya pause lama-lama tadi tuh kalau nak baca Surah panjang, kan? Makes no sense, kan? Aku ingatkan kalau nak baca Surah ringkas, barulah dipause sekejap. Ini tak, pause, pause jugak tapi baca Surah panjang. Rakaat kedua pun sama, pause lama dan baca surah panjang.

Ok, masa khutbah pulak. Ada lah this one Tabligh guy, agaknya baru dapat cellphone, sakan dia merakam video clip masa Imam baca Khutbah, diletak kat sana sini untuk dapatkan angle yang baik. Tension aku menengoknya.

Mata aku terperati kat Imam yang tadinya mengimamkan sembahyang, dia duduk kat lorong sebelah mimbar, aku nampak dia macam tunduk jer, laaaa rupanya dia sakan main cellphone, laju jer slide atas bawah. Aku hampir hilang concentration intikata khutbah tapi mata aku tetap tengok Imam tuh. Then dia letak cellphone tuh kat tepi. Sekejap jer lah, pastuh dia ambik balik dan laju semula jari jemari dia mengecheck cellphone tuh. I mean what's goin on? Entahlah, mungkin Imam tuh "terlepas pandang" adab-adab semasa Imam berkhutbah kot?

Imam tuh terlepas pandang, aku pulak terlebih pandang ekekekekeke

Lepas sembahyang aku terus balik rumah, nak tukar pakaian. Ahli keluarga aku yang lain nak ke rumah Pak Sedara aku yang sakit tuh (adik arwah Pak), dalam 20 km dari sini.

Aku ke rumah Haji R, naik basikal aje, sambil bawak parang. Rasa macam pendekar aje ekekeke Buat syarat jer parang tuh yang aku tak ikat kat pinggang (sebab takut tertusuk badan maklumlah aku naik basikal) pun, aku just pegang, nampaklah sikit yang I am not a real orang kampung.

Aku memang lemah semangat kalau pasal sembelih-semebelih nih so aku memang tak join pun diaorang, setakat tengok dari kejauhan. Lepas majlis Tahlil, aku terus ke surau, tak sempat nak makan pun. Belum mula lagi majlis korban di surau so aku balik dulu untuk menyiram tanaman aku . Lepas tuh barulah aku ke perkarangan surau dan balairaya, ramai betul orang. Again, aku setakat tengok dari kejauhan aje lah, sesambil pegang leher tiap kali penyembelihan nak dibuat. 6 ekor lembu dikorbankan dan 6 kali jugak airmata aku keluar seslow. Mixed feelings gituh, perasaan yang becampur baur. 

Apapun aku respect habis kat semua yang bertungkus lumus dalam majlis tuh, kebanyakannya aku tak pernah nampak pun, semuanya muka-muka baru tapi memang hebat. Aku respect tuh sebab aku tak sanggup buat macam diaorang, samada diaorang dapat upah, itu aku tak tahu tapi memang hebat diaorang. Never mind dengan lawak-lawak lucah yang selalu sangat diselit sana sini, itu biasalah kan, kat mana-mana gotong royong ker, majlis keramaian ke, sexual inuendo memang penyeri majlis.

Aku sembahyang Zohor kat surau aje sebab nak ambik daging korban, sedih pulak bila yang turut sembahyang cuma 7 orang sedangkan kat luar tuh ramai orang. Bila diajak sama sembahyang, alasan "pakaian kotor" aje lah yang diberi.

Then aku ke rumah another Haji, nak ambik daging korban bahagian Chu, dia di KL, sejak semalam entah berapa kali menalipun aku suruh tolong ambikkan daging bahagian dia.

Syukur, petang nih hujan turun, tak lebat tapi at least bumi basah after a few weeks yang kering kontang. So petang nih tak menyiram lah aku, melayan anak-anak sedara aje lah kerjanya. Tak ada siapa pun yang macam berminat nak tour kebun aku, diaorang tak minat ker nak tengok sayur-sayuran aku, tembikai aku yang buahnya dah sebesar tetek lembu baka New Zealand?

Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing, ada yang memanjat, memetik rambutan, ada yang ralit melayan drone, ada yang main basikal, ada yang memetik cempedak. 

KN ada datang lewat petang nih untuk ambik duit deposit untuk kerja-kerja renovate rumah, aku yang suruh dia datang ambik. Aku nak Ida yang kasi duit tuh, iyalah, manalah tahu kalau terjadi apa-apa nanti, aku pulak dituduh kuat kelentong, kan?



Sunday

Selasa 21Ogos2018

Balik aje dari masjid aku terus mengemas rumah, menyesal jugak tunggu last minute baru nak menyental sana sini. Apasal lah tak buat semalam? Itulah aku, semuanya tunggu saat-saat akhir. Mana nak menyental bilik air, nak buang sampah, nak lap sana-sini, itu yang macam tercungap-cungap aku dibuatnya.

Bila semuanya dah settled dan aku tak nak sentuh lagi dah, barulah aku keluar, pergi Pekan Sari Sungai Ruan. Beli lemang, ayam, dan benda-benda lain yang aku rasa perlu. Sempat jugak lagi tuh singgah kedai peralatan pertanian, beli benih, untuk makanan ayam ekekekek

Lama aku kat kebun, sesambil menunggu ahli keluarga aku sampai. Ingatkan Long yang paling awal tapi Teh sekeluarga dari Rawang yang tiba dulu. Balik dari Zohor, tengok-tengok keluarga Ida, Puii, Ani, Long dan Mak dah ada kat rumah. Letih aje aku membersihkan rumah elok-elok sebab aku ingatkan Mak yang akan mula tiba, 

Biasa duduk sorang-sorang, rasa rimas jugak bila reramai kat rumah. Aku jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Masuk bilik ini, ada orang. Pergi beranda, ada orang. Kat living, bergelimpangan yang berihat.

"Abang Tam, awak tak beli beras ker, kan ker dah pesan?"Ida tanya gitu masa aku siap mandi untuk ke masjid for Asar.

"Tak cukup ker nih?", aku tunjuk beras yang ada sebalang.

"Laaa, mana nya cukup", jawab Ida. "Matnyer awak tak beli, kan ker dah pesan?", Ida tanya lagi.

"Tak cukup duit tadi tuh", saja aku jawab menipu gitu. Banyak barang yang aku beli tadi tuh, letih nak mengusungnya so itu yang aku letak semula sekampit beras 10kg yang aku dah ambik mulanya. Ala, kedai dekat, kalau tak cukup, anytime boleh pergi beli. Lagipun aku ingatkan cukup beras yang ada, tak nak lah membazir beli bebanyak, nak kasi ayam jiran makan pun, diaorang lebih suka makan benih-benih yang aku semai/tanam, kan? Lagipun aku ingatkan ada adik beradik yang bawak balik beras. Tak ada pulak kali ini.

"Awak list kan lah perbelanjaan, benda-benda yang awak beli. Claim lah", kata Ida.

Ish, tak kan lah itu pun nak claim. Lagipun, kalau aku claim, banyaklah pulak songehnya, tanya itu ini as if aku kelentong. Pernah 2 kali dulu tuh aku cuba nak claim barang yang aku beli guna duit aku, anak-anak pokok dan durian. Tak dapat pun sebab aku tercepat sentapz bila Ida tanya itu ini dan bergurau kata aku kelentong. Sampaikan aku dah nak leave group keluarga dah, tapi nasib baiklah aku nih penyabar orangnya. 

"Alaaa, claim pun bukannya dapat", aku jawab gitu. "Haaa, dapat sebijik, you asked for it", kata aku dalam hati.

Agaknya Mak nak melawak, Mak kata, "Ida kata Abang Tam kuat kelentong". Pastuh Mak tambah lagi, "Ida kata ke Mak....... Mak, kalau Abang Tam cakap pasal duit, berapa harga benda-benda yang dia beli, Mak jangan percaya, dia kuat kelentong", seolah-olah mengajuk apa yang Ida cakap kat Mak. 

Kakak-kakak ipar aku, adik-adik perempuan aku, anak-anak sedara aku yang semuanya anak-anak dara, diaorang gelak dengan lawakan Mak tuh tapi aku SENTAPZ  yang teramat sangat. SENTAPZ with fricking big capital letters. 

"Ida, masa bila aku kelentong? Ada pernah aku kelentong awak pasal duit?  Tak pernah, kan?", aku tanya Ida sambil tunjuk jari  kat dia. 

Masing-masing terus senyap. Awkward silence gituh.

"Mak........masa bila saya cakap gitu, Mak?" Ida tanya Mak.

"Deme nih suka sangat buat-buat cerita", tak ada sapa pun dengar aku merungut gitu, dan aku pun terus ke luar rumah, menunggu Long untuk sama-sama ke masjid. Sesambil memetik rambutan. Sesambil nyanyi lagu Madonna ekekekeke

I close my eyes, oh God, I think I'm falling
Out of the sky. I close my eyes
Heaven help me.

(Like A Prayer -Madonna)

Tak lama tuh Ida datang kat aku, mata merah, berair, menangis, sambil kata, "Bila masa saya kata Abang Tam kuat kelentong?".

Aku tak ada pun rasa marah kat Ida (walaupun I swear to god yang dulu dia pernah kata aku kelentong, pasal beli durian ituhari. Boleh check WA ekekeke) dan mungkin apa yang Mak kata tuh betul, so aku macam confused gitu. Apa yang aku tahu, one of them is lying. Or maybe both of them are.

"Mak balik ke Pondok, bila? Saya nak ke KL Jumaat nih", aku kata gitu kat Long masa dalam kereta untuk ke masjid. Sentapz lah tuh sampai nak membawak diri ekekekekeke

"Long nak ke Kelantan lusa, balik hari Jumaat. Kena patah balik lah ambik Mak, Jumaat tuh. Sabtu baru balik Jerantut, lusa tu baru hantar Mak. Berat jugak" , kata Long.

"Deme bincanglah sesama deme, saya pergi pagi Jumaat tuh", aku kata gitu.

Kalau dua tiga hari lepas aku tak terfikir pun yang aku akan dapat pergi KL weekend nih (sebab nak temankan Mak), lain pulak cerita nya harinih. Aku jadi tak heran langsung pasal tanaman aku yang akan tak bersiram for a few days, yang akhirnya akan menemui ajalnya masing-masing. Ada aku kisah? Aku tanam semula nanti tuh, apa susahnya kan? 

I have a life too, aku nak pergi wedding anak kawan aku.

Langsung tak aman aku masa sembahyang Asar petang nih, jugak masa di kebun. Aku asyik analyse apa pasal aku SENTAPZ sangat tuh. So rumusannya macam nih.

1. Aku rasa malu teramat sangat sebab adik beradik, kakak-kakak ipar, adik ipar, anak-anak sedara aku semuanya ada masa tuh, tentu diaorang akan fikir yang "oooooo, suka kelentong dia nih rupanya, baru kome tahu". 

2. I'm sick and tired of always being the butt of the jokes. My mom, she keeps picking on me, that I do not understand at all. Aku pelik, dalam 11 adik beradik, aku jer yang selalu dilawakkan? Sebab aku tak kawin-kawin lagi belum kawin, sebab aku tak pernah tunjuk aku terasa hati hence orang tak tahu dan diaorang terus menerus buat lawak yang revolve around making fun of me? C'mon larrr, aku dah tua bangka, aku ada perasaan jugak. I don't mind a joke, honestly, but it's a regular pattern I've got fed up of laughing off. Kalau nak buat lawak pun, buatlah lawak yang tak menjatuhkan kredibility seseorang.

3. Aku kena tukar karakter aku ker, buat serious, buat macam adik beradik lelaki aku yang lain, yang 6 orang tuh? Aku selalu pelik apa pasal adik beradik aku yang lain rileks aje, tak dilawakkan depan-depan macam yang aku selalu kena. Now you know apa pasal aku "macam takut" jer bila Mak nak balik.

Oklah, oklah, I don't feel I need to share each and every thought that crosses my mind. It's not all that interesting ekekekekeeke

Biasanya kalau Long, Mak ada balik, aku ke masjid naik kereta Long tapi malam nih aku pergi awal, pergi asing-asing sebab rasanya aku nak balik lambat sikit. Semalam Pengerusi Masjid ada jemput aku ajak join jamuan khas sempena Raya.

Aku pergi masjid sendiri-sendiri tuh bukan sebab aku sentapz, hokay? ekekekeke

Lepas Isyak aku tolong a few AJK masjid yang hampar carpet, kemaskan masjid for tomorrow punya Sembahyang Raya yang akan dibuat sepuluh minit lebih awal dari kebiasaan sebab esok akan sibuk untuk korban. 

Ingatkan jamuan dikansel tapi sebenarnya ada cuma persiapan nya lama sangat, kitaorang dah siap bentang sejadah etc, barulah makanan sampai, barulah nak susun kerusi meja, yang by that time aku macam dah termalu nak tunggu untuk makan. So aku balik aje lah, lagipun, kalau aku tak makan kat rumah, nanti tentu keluarga aku ingatkan yang aku merajuk or something kan, sampaikan tak nak makan.

Keputusan telah dicapai, Puii akan balik semula (dari KL) ke rumah petang Jumaat nanti untuk temankan Mak, sampailah Long tiba Sabtu tuh, untuk bawak Mak balik ke Pondok on Sunday.

Saturday

Isnin20Ogos2018

Biasalah, mula-mula memang slow, macam tak ada pergerakan jer Forex market. Tapi semakin lama semakin rancak, aku ada a few open positions, semuanya pair USD/JPY, ada yang rugi dan ada yang untung. Aku biarkan aje sebab total semuanya masih ada floating profits. I'lll make sure buat masa ini yang aku tak nak trade more than 0.15 lots untuk suatu masa. 0.15 lots tuh maksimumnya 15 position kalau setiap position 0.01 lot.

Since harinih hari terakhir sebelum ahli keluarga balik, aku memulun membersihkan rumah. Lepas menyiram terus aku menyapu, mengelap, menggilap apa yang patut. Then mengemop. Kat dalam rumah tak teruk sangat tapi kat beranda, kat luar rumah, ya ampunlah, letih mengikis taik burung. Sampai dekat waktu Zohor barulah selesai kerja aku, aku puas hati, tak pernah aku membersihkan rumah sebersih itu. Kereta pun aku cuci jugak, memang rare betul sebab dalam hidup aku cuma beberapa kali aje aku cuci kereta. Baru aku terperasan yang apa pasal aku nih banyak waktu, sebab aku banyak tak buat benda yang sepatutnya aku buat, mencuci kereta for example. Aku malas. 

Kalau aku nampak orang yang beria-ia mencuci kereta, aku selalu terfikir yang how sayangnya dia kat kereta dia. Petang-petang masa aku berfatbike, aku selalu ternampak this one brader yang asyik dengan kereta dia, entah apa yang dibuatnya aku pun tak tahu tapi dia sentiasa working on his car, sayang amat kat kereta dia tuh. Aku selalu bersyukur yang aku tak jadi macam dia, tak ada hobby macam dia. 

Macam-macam barang yang  Ida pesan suruh beli, macamlah akan sibuk sangat. Pelik aku, besok bila sampai rumah, tak kan tak boleh check apa barang yang nak dibeli, kan? Suruh beli beras lah, ayam lah, and at the same time suruh adik beradik lain bawak barang-barang lain. Biasanya adik beradik akan bawak balik banyak barang-barang, yang akhirnya dibawak balik semula oleh yang lain sebab kalau ditinggalkan kat rumah tak ada siapa nak guna. Aku pun tak guna sangat pun sebab aku makan kat luar. Diaorang tak tahu pun yang aku memasak jugak kadang tuh sebab aku kata aku makan kat luar aje dan bila diaorang balik, tak ada pun tanda-tanda yang aku memasak. Diaorang tak tahu yang aku hapuskan semua traces dan tanda-tanda, aku kosongkan fridge, aku penuhkan barang-barang yang dah aku guna so it looks like nothing is ever terusik.

Mungkin sebab minggu raya so Ustaz tak datang malam nih, aku dah siap praktis baca Quran a few rounds petang tadi. Dan aku ke Sungai Ruan lagi for dinner. Awal jugak aku tidur sebab trading account aku semua positionsnya to my advantage so aku pasang stop loss/ take profit siap-siap, jadi aku tak payah nak risau kalau ada ap-apa event yang akan mempengaruhi currencies yang aku trade. Iyalah kan, manalah tahu ada earthquake kat Japan, manalah tahu kalau US serang mana-mana negara Asia Barat, itu semua akan kasi impact yang kuat pada pergerakan currencies.

Ahad19Ogos2018

Pelik aku, my mind macam tertahu aje yang Sunday is supposed to be a relaxing day, lupakan plan-plan untuk membersihkan rumah. And so aku melepak aje lah. Damn, best gila hidup aku, rileks jer, tenang, tak ada orang kacau, tak ada apa nak fikir. Fikir mati jer. Biar aku jadi tertakut, sentiasa jadi sedar yang Tuhan berkuasa atas segalanya.

Kalau difikir, nampak macam bosan gila hidup aku nih, orang yang tak tahu aku tentu rasa aku nih dah ditahap kera sumbang yang kritikal sumbangannya. Tapi bagi aku, sebaliknya pulak, tak sekelumit rasa bosan pun yang hinggap di fikiran aku, jadual aku padat, kalau siang tuh aku rasa cepat sangat masa berlalu, kejap aje dah malam.

Sekejap aje aku di kebun, sekadar menyiram. Bagus jugak aku tak dapat ke KL weekend nanti sebab akan mampos keringlah tanaman aku kalau tak bersiram. Sekarang nih dua kali sehari aku siram, itu pun terkulai layu jugak tanaman aku, panas yang teramat sangat semenjak dua menjak nih. Tak apa lah, dulu tuh hampir setiap hari hujan, kan?

"Naik BMW awak yer?", jiran aku tegur, bila aku sampai kat rumah orang khenduri, aku tak tahu lah dia bergurau sindir atau melawak aje, bila dia nampak aku naik basikal aje. Itu yang mudah, naik basikal, tak payah nak risau pasal nak park kereta. Lagipun rumah tuh tak jauh.

Kaya-kaya orang kampung aku nih, masing-masing ada kebun ladang berekar-ekar. Keluarga kitaorang jer yang tak ada tanah ladang, ada seekar tu jer lah tapak rumah. Sebenarnya arwah Pak ada a few ekar tanah kat kampung arwah Pak tapi arwah Pak macam membawak diri dari adik beradik dia dan dia tak peduli pun pasal tanah tuh, adik beradik dia pun macam tak berusaha nak bagi hak arwah Pak tuh. Kitaorang pun tak ambik port pun pasal tuh, sekarang nih cuma sorang adik arwah Pak yang tinggal, itu pun dah uzur sangat. 

Ustaz Pusat Serenti tuh tak datang jugak malam nih, minggu kedua berturut-turut. Sibuk nak raya kot? So tak adalah kuliah, tak ada lah jamuan, dan terpaksalah aku makan kat luar. Aku ke Sungai Ruan lagi, beli burger jer sebab ada 2 jer gerai yang bukak, dan penuh dengan orang.

Awal aku tidur malam nih, kena rihat cukup-cukup pasal early morning esok Forex market bukak dan pola tidur aku mungkin berubah lagi.

Sabtu18Ogos2018

Weekends memang Forex tak bukak so dapatlah berihat selama 2 hari. Crypto market bukak tapi modal aku kecik, memang aku tak berhajat pun nak enter a position walaupun aku boleh beli/jual Ripple (XRP).

Macamana pun aku tak tidur dah lepas Subuh, since aku mula memorex  2 minggu lepas, tak ada pun aku tidur lepas balik dari masjid. Itu yang bagusnya. Dan sesambil tengok screen pun boleh buat benda lain. Aku bersyukur yang dalam masa 2 minggu aje aku dah more than double kan my account. Macamana pun aku kena hati-hati sebab kalau aku jadi tamak, boleh lingkup account aku tuh. Aku tahu yang from now on dah susah aku nak kaut profits besar-besar sebab aku akan trade dengan lebih hati-hati, dan aku kalau boleh akan cuma trade on profits yang aku dapat selama 2 minggu tuh, aku tak nak sentuh my modal. Modal tuh cuma sebagai cushion in case my positions go against me. 

Tak beli apa-apa pun kat Pekan Sari, nanti Selasa lah kalau nak beli barang-barang untuk Raya. Terus aje ke kebun, macam banyak kerja yang kena buat, especially membersihkan mana-mana yang patut. Lepas tuh barulah aku membersihkan kat kawasan sekeliling rumah, damn sampai 2 jam aku buat semua tuh. Esok lusa baru nak concentrate bersihkan dalam rumah. Tak lah sekotor mana pun bagi aku tapi habuk-habuk, taik cicak, benda-benda gitu, itu kena dibersihkan. Mak aku pembersih gila orangnya. Nanti heboh pulak kalau ada habuk sana sini, perempuan, tau aje lah kan, benda kecik-kecik bagi lelaki, besar sangat bagi diaorang.

Ada khenduri petang nih tapi aku tak pergi, panas-panas macam nih aku nak lepak kat rumah aje. Lagipun announcement nya dibuat lepas sembahyang, aku dah ada plan lain, nak tidur, berihat. Kalau diberitahu awal-awal mungkin aku pergi. 

Kangkung, sawi dan bayam banyak dah yang boleh dicabut, tapi kalau dicabut, kosong jadinya batas-batas tuh, tak lawa jadinya. I'd rather sayuran tuh merimbun, after all aku tanam pun nak bagi kebun penuh dengan tanaman, aku bukannya nak makan. Tapi kalau Mak nampak nanti tuh, sure Mak suruh jual. Aku tak boleh imagine myself duduk bersila kat Pekan Sari, menjual kangkung ekekeke. 

Aku ke Sungai Ruan lepas Isyak, kedai lain semunya tutup,orang dah nak raya kot.  Ramai gila orang kat gerai-gerai, tapi most of them Cina, Indons dan Banglas. 

Monday

Jumaat17Ogos2018

Lama jugak aku di kebun, membersihkan kawasan, tak boleh biarkan perlatan merata-rata sebab minggu depan ada yang balik Raya, tak best lah nanti kalau-kalau ada yang tengok kebun bersepah larah dengan peralatan di sana sini.

I'm getting personal gayanya dengan segerombolan ayam yang sentiasa berkunjung ke kawasan tanaman aku. Dipatuknya buah tembikai yang tengah membesar, dimakannya anak pokok jagung, dikuis-kuisnya semaian dalam trays, dimakannya. Aku tengah menyiram tadi tuh, then aku dengar riuh rendah bunyi ayam, ada yang mematuk benih kat trays, ada yang menguis-nguis tanah macam diaorang tahu jer yang aku baru aje lepas tanam benih kat situ.

Aku tak halau pun ayam-ayam tuh sebab kalau aku halau pun diaorang datang lagi. 

Aku jugak dah start membersihkan mana-mana yang perlu dibersihkan di bahagian dapur, tempat aku banyak melepak sekarang. Aku tahu yang sebersih mana pun aku bersihkan, tetap tak bersih jugak di mata Mak aku, sure nya lah ada komplen nanti tuh. Sabar jer lah.

Lunch sebelum Sembahyang Jumaat, lapar pulak sebab banyak buat kerja. Minggu nih sekali pun aku tak memasak, makan luar aje, tak ada masa lah, aku seorang yang berkerjaya ekekekeke

Petang-petang pun dah tak berfatbike sekarang nih, penangan Forex punya pasal. Aku tak kisah sangat sebab setiap kali Zohor dan Asar aku berbasikal ke masjid.

Since malam nih tak ada majlis kat masjid, aku terus aje lah ke kedai untuk dinner, right after Maghrib. Kalau makan lepas Isyak, rugi masa untuk memorex, itu yang aku fikir. Tak lama tuh ada 2 orang dari masjid yang turut sama mengeteh, Siak dan Bilal. Tak tahulah Siak dan Bilal nombor berapa sebab kat masjid ada a few Siaks dan Bilals. 

Laaa, diaorang nih kuat merokok, kata aku dalam hati, bila aku tengok yang lepas sebatang, sebatang yang dihisap. Since dah lama tak belanja orang makan, so aku rasa aku punya turn lah untuk buat kebaikan walaupun aku tahu yang Bilal tuh, kiri kanan depan belakang income nya. Kerja gomen, jadi Ajen Takaful jugak, jadi Bilal lagi, itu antara kerja yang dia buat, setahu aku. 

Untuk save masa, aku sembahyang Isyak kat surau aje, sebab aku tengok ramai jugak jemaah yang ada. Kat surau tuh kadang ramai orang, kadang ada dua tiga jemaah je. Lepas Isyak ada bacaan kitab Fadhilat, macam yang Jemaah Tabligh selalu buat tuh. Adalah 8 orang, sembilan termasuk aku, aku sorang jer orang luar, yang lain tuh semunya orang Tabligh.

Punyalah lama dibaca, dari satu bab ke satu bab lain, hampir beberapa kali aku nak blah gitu aje, ada dalam 15 minit kot. Tak pernah aku tengok lagi bacan yang selama itu. Dan yang buat annoyingnya, yang baca kitab tuh, di baca macam Mat Salleh baca, cara sebutan dia yang sebijik macam bukan orang Melayu yang baca. Aku jadi hilang konsentrasi kadang tuh, kalau dia nih orang Sabah, Sarawak pun, tak kan macam nih bacanya, kata aku dalam hati. Nak kata dia Mat Salleh, aku tahu dia Melayu. Yang lawaknya, bila di akhir bacaan tuh dia cakap Melayu, geram jer aku nak tanya dia, apapasal baca macam tu? Tak boleh ker baca macam biasa, macam orang lain baca?

Damn, ada jer benda pasal Tabligh yang buat aku kurang puas hati. 

Cepat-cepat aku blah lepas tuh sebab aku tak nak kena tashkil, aku perasan yang beberapa pasang mata memerhati aku sejak awal lagi.

Macam tak ada pergerakan langsung malam nih, stagnant gitu aje, semua currencies. Cryptocurrencies pun mcam gitu, mungkin sebab towards the weekend traders dah tak berapa nak aktif kot. So aku tidur je lah, akan berihat dari trading selama 2 hari sebab forex memang tak diniagakan hujung minggu. Crypto je yang tradeable sepanjang masa, 24/7.

Saturday

Khamis16Ogos2018

Tak bersemangat langsung aku pagi nih bila bangun, check my MT4, tengok-tengok my account semuanya merah, hampir 250 ribu EIT floating loss. Profits aku 2 hari trading cuma 100k, so kalau aku cut loss, balance account aku akan mengecik, jadi about 0.4 ETH ( 400k EIT). I kept telling myself yang I have to do something. Tapi aku tak buat apa-apa jugak. Balik dari masjid aku tengok yang ada sedikit improvement i.e floating loss jadi kecik, just over 180k. 

And so sebelum menyiram, aku set kan yang kalau account aku punya margin cuma tinggal 500%, then aku terpaksa cut loss dan terima hakikat yang aku rugi. Dan aku kena start dari kosong balik lah, or rather start dengan modal yang dah jadi kecik.

Terralit pulak aku di kebun, then aku terus pergi breakfast tanpa bawak cellphone. Balik rumah, bila aku tengok account, macam tak percaya yang account aku yang semalamnya in deep shit, dah bertukar jadi profitable. All 200k over floating loss tuh gone, just like that. Sekarang dah jadi 35k floating profits pulak.  Dan aku pun mula buat strategy. Bukan tamak tapi pasang strategy. Aku closed kan a few positions dan aku biarkan positions yang floating profits nya agak besar tuh. Aku biarkan aje, let them run. Dan aku pasang a few pending entries, either which way the price goes, akan sangkut some of them. Gila terrer nya aku ekekekeke.

Tak nak cakap banyak lah sebab susah nak explain, lagipun, orang yang baca nih mana nya faham, tapi ini lah account aku alkisahnya. 


Dari modal 0.5 ETH (500 000 EIT) dah jadi 1.094 ETH, ada floating loss tuh tapi aku boleh just get rid of the amount by closing all my positions. Maknanya dalam 3 hari trading,  aku dah more than double kan account aku. Dan aku berjanji yang aku akan lebih berhati-hati akan datang nih, tak nak lah aggresif sangat.

Kat masjid ada majlis gotong royong membersihkan dalaman dan persekitaran masjid, yang buat nya Pusat Serenti Sungai Ruan, tapi orang kampung jugak dialu-alukan datang, so aku pergilah jugak jengok-jengok. Tak ramai orang kampung yang datang, semuanya tahanan yang bersihkan. Kesian aku kat diaorang tuh, semoga diaorang pulih dan tak ambik dadah dah lah bila keluar nanti.

Tak lama pun aku di masjid, aku tak makan pun sebab rasa tak berbaloi dengan kerja yang aku buat. Pergi rumah Chu sekejap, dia tengah bersiap-siap untuk ke KL, sama sepupu aku yang duduk di Raub, Chu akan beraya di KL sama anak-anak dia.

Dapat message yang Mak akan cuti seminggu dari pengajian pondok, dan akan balik ke sini either Isnin atau Selasa. Besar kemungkinan aku terpaksa kansel niat nak ke KL untuk pergi khenduri kawin anak kawan aku. Sebab aku kena temankan Mak, unless Long sekeluarga stay sampai weekend. Cadangnya nak ke KL hari Jumaat, siapa yang nak temankan Mak sampai Sunday? Boleh jer kalau Mak ikut Long balik ke Jerantut tapi I doubt it lah Mak nak buat gitu. Harap-harap ada lah adik beradik aku yang akan stay sampai weekend, boleh lah aku ke KL, 

Tak ada Ustaz malam nih, digantikan dengan bacan Yassin dan Tahlil, ada 2 orang yang sponsor so memang meriahlah makanannya. Banyak berlebih, rasa macam nak tapau bawak balik untuk esok tapi malu kat orang lah pulak. Tak nak lah tunjukkan sangat yang aku nih terlalu bergantung pada jamuan kat masjid. Most of them know yang aku duduk sorang, dan aku boleh save  lot dengan hanya makan malam kat masjid.

Slow lah pulak pergerakan market malam nih, naik sekejap, turun sekejap, so aku tak masuk new entries pun, cukup sekadar a few positions yang aku masih hold sejak semalam, floating loss of about 35 000 EIT. Sikit jer tuh, apa takut?

Rabu15Ogos2018

Lena aku tidur, dan tak ada masalah pun nak bangun bila alarm berbunyi pukul 5, I guess aku dah balik to normal. Aku janji tak nak dah buat benda bodoh macam semalam. Semalam tuh mungkin aku penasaran sebab dah lama tak trade online, itu yang aku macam tak ingat dunia tuh.

Since semalam tak ke Pekan Sari, harinih aku ke Sungai Ruan, yang happening jugak sebab kat dataran tuh ada a few penjual, terralit jugaklah aku dari satu khemah ke satu khemah. Then singgah kat kedai peralatan pertanian, ada jer benda yang aku terbeli. Dalam RM 200 habis ini hari, termasuk isi minyak kereta. Terakhir aku isi minyak, more than 2 months ago. Masa aku duduk Cherating dulu, full tank boleh tahan 3 bulan lebih. I really feel sorry pada yang selalu kena isi minyak kereta, ada yang kena isi every other day, macamana diaorang boleh hidup hah?

Balik dari Sungai Ruan, lepas menyiram, aku menyemai, menanam a few benih. Aku nih memang tak organize orangnya, aku dah tahu yang aku akan lupa benih yang aku semai, aku masih tetap tak labelkan polybags yang bertaburan di sana sini tuh. Kononnya aku boleh ingat apa yang aku semai/tanam. Itu satu hal. Lagi satu hal, aku tau yang dalam polybags tuh ada yang banyak semut hitam, yang gigit dan rosakkan benih, aku tetap semai jugak benih kat dalam polybags tuh. Itu yang bila aku check a few polybags yang aku ada semai/tanam kacang tanah harimau ituhari, aku tengok yang most of the benih tuh rosak dimakan semut, ada beberapa bijik aje yang ada keluar akar bibit. Damn, USD 5 aku beli online dari Thailand tuh. So jadi satu kerja pulak mengasingkan benih yang elok ke dalam polybags lain.

Banyak kali dah macam tuh, aku dok lah fikir, apa pasal lah benih yang aku semai nih tak tumbuh-tumbuh, rupanya dimakan semut. Ada jugak benih yang lambat cambah, yang aku ingatkan benih tuh tak elok, biaslah kan, tak semua benih tuh elok. So bila tak ada tumbuh, aku semai/tanam benih lain, di polybags yang sama. Jadi, tak hairanlah kalau dalam satu polybag tuh ada beberapa jenis tanaman yang cambah. Itu yang aku pelik, kadang tuh  I swear yang aku semai benih terung kat dalam polybag tuh, apa pasal pokok tembikai yang tumbuh. Rupanya dulu,  di suatu ketika dulu aku pernah tanam tembikai kat polybag tuh, yang aku ingtkan tak tumbuh.

Bukan satu fenomena yang pelik kalau di celah-celah pokok timun ada sebatang pokok kangkung, di batas sawi ada sepohon bayam, di kawasan kobis ada pokok terung. Yang buat haru nya, kadang tuh aku tercabut, terbuang tanaman yang aku semai, sebab aku ingatkan itu semua rerumput liar. Pernah aku dengan rakus nya mencabut creepers kat batas sawi yang dulu nya aku ada semai maman, tapi tak tumbuh-tumbuh. Dah halfway baru aku terperasan, eh, ini macam maman nih, dan bila aku comparekan dengan maman yang sebenarnya barulah aku sedar yang aku tercabut, terbuang maman. 

The rest of the day macam semalam, memorex. I got carried away sebenarnya bila USD/JPY, (US Dollar vs Japanese Yen), EU/JPY (Euro vs Yen) dan GBP/JPY (Pound Sterling vs Yen) terus naik, aku macam lupa yang Lira Turki punya problem akan mempeengaruhi safe haven Yen. And so daripada floating profits yang berpuluh ribu EIT, terus jadi floating loss, yang semakin lama semakin banyak, yang kalau aku biarkan, akan telan all the profits yang aku dapat selama dua hari lepas. 

Tapi aku biarkan aje, too late untuk shorting all those pairs. 

Itu yang masaa mengaji malam nih, aku bawak cellphone, aku sorokkan dalam bag yang berisi  Quran. Habis jer turn aku, terus aku bukak cellphone. Aku berani buat gitu sebab yang mengaji cuma 3 orang dan yang sorang tuh banyak salahnya, dalam setengah jam untuk dia sorang jer. 

Walaupun all my positions 'rugi' (on paper) tapi aku biarkan aje, aku dah tak boleh buat apa. Nak cut loss aku rasa rugi pulak sebab akan sia-sia lah 2 hari kerja aku sampai tak tidur malam. And so aku decided untuk just biarkan dan hope for the best jer lah. Aku ada cakap ituhari, dalam memorex, jangan terlalu berharap, tapi what else yang aku boleh buat. 

Hope is the only thing stronger than fear

Friday

Selasa14Ogos2018

Aku cuba jugak untuk tidur sebab mengenangkan yang kalau aku berjaga sampai pagi, akan jadi haywire lah rutin aku esok. Kalau dulu masa muda-muda dulu, tak kisah langsung kalau tak tidur malam, tapi bila dah tua-tua nih terasa sangat yang betapa malam tuh sungguh berharga. Dan aku rasa guilty sangat sebab tak mempergunakan waktu malam nih untuk beribadat. Adalah aku buat sesikit tapi perbandingannya, kalau aku bangun pukul 5 pagi macam biasa, itu lebih berbaloi dengan apa yang aku dapat buat sepanjang malam ni.

Aku ingatkan lepas Subuh bolehlah aku tidur tapi balik aje dari masjid, mata aku segar, lebih segar dari pagi-pagi biasa. So aku ke kebun, menyiram, tak pernahlah aku ke kebun di pagi-pagi buta macam harinih. Lepas minum, dalam pukul 9, bila sure yang Long tak ada balik, aku pun berusaha untuk tidur. Aku tak nak lah nanti kalau Long balik dan dia tengok aku tidur, tentu dia ingatkan memang itulah kerja aku sehari-hari, tidur. Akan lebih sadis, merana seumur hidup lah aku kalau Mak pun ada balik sama Long dan tengok aku lena diulit mimpi di pagi hari.

Pun tak dapat jugak nak lelapkan mata, asyik lah bangun check cellphone, laptop. Memang parah, gitulah kaedahnya kalau orang yang buat online trading, share market ker, forex ker. memang akan sentiasa nak tahu pergerakan harga semasa.

Last-last bila aku tengok yang all my positions tuh menguntungkan, terus je aku closekan semuanya. Habis cerita.

Patutnya hari nih aku ke Pekan Sari Sungai Ruan, tapi aku kanselkan ajelah, aku ke kedai Samad for an early lunch, jalan kaki jer, sebab takut nak berbasikal, berkereta dalam keadaan aku belum tidur walaupun secelik, sejak semalam.

Balik aje dari kedai, aku bukak new positions, aku beli lagi a few currencies. Aku fikir, apa guna ada account kalau tak diniagakan. Aku force diri aku untuk tidur, aku tutup pintu, tingkap, tarik langsir, off kan cellphone, walaupun aku tahu tak ada calls pun, dan tidur. Akhirnya dapatlah dalam sejam aku tidur, ada aku terdengar sayup-sayup bunyi azan, sedar-sedar dah 1-45 pm. Terlepas berjemaah di masjid. 

The rest of the day gitulah, di depan laptop. Aku tak berusaha pun untuk tidur sebab aku tahu yang aku tak akan boleh tidur nya lah. Alhamdulillah most of my positions menguntungkan, adalah a few positions yang rugi tapi tak banyak dan tak sebesar positions yang profitable. Aku rasa kali ini aku lebih berdisiplin, harap-harap akan terus berdisiplin, jangan terlalu ikut emosi, dan jangan 'fight the market'. Dan jangan terlalu berharap.

Since Ustaz tak datang dan tak dibuat majlis lain, aku melepak dalam kereta aje lah lepas Maghrib. Aku rasa badan macam tak selesa gitu, malaslah aku melepak dalam masjid. Tak ada jamuan malam nih, tapi aku tak keluar makan pun sebab aku nak terus balik rumah dan tidur. Kalau aku boleh tak tidur seharian, sure aku boleh kalau tak makan sekali, kan? 

Yer lah tuh, sejam lebih jugak aku memorex, barulah aku tidur.