Tuesday

Sabtu4Ogos2018

Banyak jugak aku berbelanja kat Pekan Sari harinih. Beli barang-barang dapur, untuk memasak. Dekat RM 70 semuanya yang aku belanjakan, beli ayam, sayur-sayuran. On my way balik rumah tuh, (aku jalan kaki jer, ikut short cut), aku kira-kira, rasa macam tak puas hati jer dengan jumlah yang aku belanjakan. Di manakah keberbaloiannya kalau jumlah yang aku belanjakan tuh lebihkurang sama aje dengan kalau aku makan kat luar setiap hari.

Aku mula rasa menyesal dengan pembelian aku tuh, especially seekor ayam tuh. Aku kena memasak dan makan kat rumah at least 10 kali, barulah pulang modal. Less than that, memang merugikanlah, might as well aku terus aje makan kat luar. 

Dapat sekali memasak pun aku rasa dah hebat sangat, ini kan pulak 10 kali ekekekek. Tak masuk akal aku. Ok, sekali masak, makan 2 kali. Ok, aku kena memasak at least 5 kali untuk seminggu nih, basically aku kena memasak setiap hari, untuk membaloikan perbelanjaan aku harinih. Yer lah tuh, memasak hari-hari ekekekkeke

Tak lama di kebun, sedara aku yang berjual di Pekan Sari tuh datang hantar anak pokok petai, 12 batang. RM 200 semuanya, hmmm.....duit lagi. Dah beribu ringgit dah aku beli dari sedara aku nih, anak-anak pokok dan tanah yang diimport dari Siam. Hasilnya memanglah tak nampak lagi sebab pokok-pokok yang aku beli tuh 3, 4, 5 enam tahun lagi barulah menampakkan hasil, InsyaAllah. Aku selalu buat lawak dengan sedara aku tuh, aku kata yang nasib baiklah dia ada sedara, tak kalu, tak lakulah hasil jualan diaorang.

Aku rasa happy dan puas hati sebab bayam yang aku tanam dah aku cabut dan aku kasi kat Tok Siak masjid yang kebetulan datang sembang-sembang dengan aku masa aku di kebun. Dia nih selalu jugak singgah jenguk-jenguk aku berkebun. 

Akhirnya KN WA quotation untuk repair rumah, within budget, so terus aku forwardkan ke Ida. Basically aku setuju dengan harga tuh tapi aku kena dapat persetujuan dari my siblings sebelum aku confirm dengan KN.

Petang nih another round of merempit kat pelusuk kampung, since aku tak perlu nak menyiram, tanah masih basah. Petang-petang aku macam malas sikit nak ke kebun sebab waktu nya agak limited, kalau siang tuh waktunya panjang so banyak kerja boleh buat.

Chu talipun suruh aku singgah rumah dia sebelum Maghrib, dia nak tumpang ke masjid, nak bawak, nak sedekah rambutan. Aku pelik jugak sebab malam nih tak ada Ustaz, apa pasal tiba-tiba pulak Chu nak ke masjid, apa tak suruh aku bawakkan rambutan tuh aje?

Rupanya Chu nak makan kat luar malam nih. Bila aku tanya samada nak makan lepas Maghrib atau Isyak, Chu kata yang dia biasanya makan awal, maksudnya kena pergi lepas Maghrib lah. Aku tak pernah kot makan lepas Maghrib sebab tak nak tergesa-gesa tapi tak apa lah, ikutkan aje lah kehendak Chu. Chu siap talipun kawan dia lagi ajak join sekali, aku dah saspen dah takut terlewat tapi nasib baiklah kawan Chu tuh jenis yang memahami, yang tahu aku nak Isyak kat masjid. So dia tapau makanan dan aku hantar diaorang balik rumah, lepas tuh teruslah ke masjid. Since semalam orang belanja aku, malam nih aku pulak belanja orang.