Monday

Khamis2Ogos2018

Awal pagi lagi aku dah ke kebun, tak breakfast apa pun, setakat capai dua tiga biji rambutan aje. Banyak tanaman aku yang ranap dek hujan ribut semalam, pagi nih aku kena lah menyelamatkan apa-apa yang patut. Menegakkan balik pokok jagung yang tumbang nih, itu antara kerja utama. Nasib baiklah tak ada yang patah, cuma tumbang sebab tanah dikikis air. Even pokok pisang pun ada a few batangs yang tumbang. 

Sebelum tuh aku bersihkan halaman dan persekitaran rumah, especially bawah pokok-pokok rambutan. Rambutan pecah yang gugur tuh busuk dan banyak nyamuk hurung, tu yang terpaksa dibersihkan betul-betul. Masalahnya, bersihkan sekejap, tak lama tuh banyak lagi buah yang gugur. Pelepah-pelepah kelapa kering pun banyak bertebaran di sana sini, memang hebat sungguhlah ribut semalam.

Nasib baiklah ituhari Long ada bawak balik segerombolan kayu 1x1 yang biasanya digunapakai untuk pacak sepanduk/poster etc masa pilihanraya. Alkisahnya banyak kayu-kayu yang BN tak pakai, yang berlebihan, yang kawan Long kasi kat Long, dan Long pun macam tahu yang mungkin kayu-kayu tuh berguna di kebun, itu yang di bawak balik tuh. Tak kalu, puaslah aku nak kena menebang buluh pulak untuk buat pacak.

So, thank you, hidup BN! ekekekke


So sepagianlah aku bergelumang dengan tanah lembik, memotong kayu-kayu tuh dan dipacakkan kat setiap kumpulan pokok jagung, then ikat dengan tali rapia. By noon semua pokok jagung aku tegak semula. 

Petang nih aku merempit aje lah since kat kebun pun tak boleh nak buat apa, tanah lembik, dua tiga kali aku tergelincir, nasib baik tak ada orang nampak. Aku nak tunggu a few days bila dah kering tanah, barulah aku 'repair' mana-mana yang patut direpair. 

Tak ada Ustaz malam nih so dibuat sembahyang hajat, tahlil dan doa selamat aje lah sebagai pengganti. Pihak masjid sediakan jamuan, dan ada orang lain jugak yang sponsor meehoon goreng yang dah siap ditapau untuk dibawak balik. Bersyukur aku sebab esok tak payahlah breakfast kat luar.

Aku perasan yang sekarang aku 'mudah bersyukur' dengan even 'benda-benda kecik' gitu, aku tahu yang aku nih boros orangnya tapi bila dapat makanan macam tuh, aku 'teringat' untuk bersyukur. Unlike dulu-dulu, dah lah tak bersyukur, ada aku komplen pulak dalam hati, 'ayooo, setakat meehon kosong, lain kali kalau nak bersedekah, kasi lah best sikit, letak telur goreng ker at least'.