Wednesday

Ahad5Ogos2018

Hari minggu tak kan nak brekfast kat rumah, kan? So aku keluar mencari gerai dan kedai mana yang bukak. Ramai lah pulak orang so ke kedai lagi satu, macam tuh jugak, orang ramai, tokay tuh layan tak layan jer aku sambil kata, 'lambat, banyak odar nih, kalau aok nak tunggu, tunggu'. Aku terus aje lah balik ke rumah, buat cekodok ikan bilis tiga empat bijik.

Dapatlah 4 pokok petai hybrid yang aku tanam, aku macam musykil aje sebab aku bimbang kalau-kalau Mak tak setuju aku tanam pokok selain pisang atau sayur-sayuran kat kawasan tuh sebab kawasan lapang tuh menghadap ke jalan. Mak is so particular pasal jenis tanaman yang boleh merosakkan pemandangan. Dulu-dulu, kat depan rumah (kat tanah Pak Sedara aku tuh), kat keliling rumah, ditanam kelapa sawit, elok aje sawit tuh membesar, arwah Pak tebang semuanya. Selalu jugak orang kampung tanya aku, mengapa ditebang pokok kelapa sawit yang mula membesar tuh, aku kata aku tak tahu menahu sebab masa tuh aku kat US. Sebenarnya itu arahan Mak, Mak tak suka duduk kat ladang kelapa sawit i.e tak suka rumah dikelilingi pokok kelapa sawit.

The rest of the morning pindahkan anak-anak bendi, jugak cili. Aku masih tak menyiram sebab tanah masih basah. Chu talipun suruh aku ambik kan daun pisang kat pokok pisang yang tumbang. Semalam tuh ada aku beritahu Chu yang ada a few pokok pisang yang Chu tanam, tumbang masa ribut ituhari. So Chu nak kan daun pisang tuh kaedahnya, dia tak fikir pun yang pokok pisang tuh tumbang, daun-daun nya tentulah koyak rabak, tak ada yang boleh diambil sangat pun. So aku yang akal panjang nih, aku ambik daun dari pokok pisang yang lain. Ada setandan pisang yang rosak, dah masak jugak beberapa bijik, aku tebang dan sisirkan pisang tuh, nak kasi kat Chu. Sebelum tuh aku ambik gambar, sebagai bukti. dengan Chu memang kena buat macam tuh, kalau tidak dia tak percaya, mulalah dibuat-buat cerita.

Macam ituhari masa Chu datang dengan cousin aku, siap cousin aku pesan dengan nada sindiran. Dia kata, tengok-tengokkan lah pisang Chu (diaorang share tanam dulu tuh) tuh, kalau dah tua, tolong tebang dan hantar kat Chu. As if aku tak pernah buat gitu, tak pernah tolong tebangkan pisang yang dah tua, tak pernah hantar pisang tuh kat Chu. Malaslah aku menjawabnya kata yang dah 3 kali aku tebang dan hantar pisang tuh kat Chu. 

Memanglah selalu aku tengok-tengokkan pisang di depan rumah tuh, kadang tengok-tengok gitu, kadang tertengok, kadang sampai tak tertengok, kadang tak tengok-tengok pun.

Sibuklah pulak KN WA aku tanya pasal 'keputusan' quotation dia tuh, aku katalah yang adik beradik aku masih belum tahu/discuss sebab Long aku belum war-war kan kat group. Aku tak tahu apa masalahnya Long nih, nak kata sibuk sangat, tak jugak, berlambak posts lain yang panjang lebar yang diforward dan dicopy paste kat group macam biasa. Entah posts apa-apa, aku tak baca pun. Oopppssss.

Tapi bukan aku sorang yang tak baca, Ida pun tak baca jugak. Dulu aku ada mengaku dengan Ida, aku kata aku macam rasa bersalah, rasa tak sedap hati sebab aku tak baca pun posts yang selalu Long forwardkan kat group. Sampai keluar airmata kitaorang gelak, bila Ida kata yang dia pun tak baca jugak. Nanti aku nak risik kalau-kalau ada adik beradik lain yang tak baca jugak, rasanya semua kot ekekekke

Lepas Asar, aku tak ke kebun, dan tak jugak berfatbike. Aku lepak kat rumah aje, malas buat apa-apa, setakat online sesekejap, dah tiba masa untuk ke masjid. Ustaz muda Pusat Serenti yang bagi kuliah, pasal 'Percaya Kepada Malaikat'. Aku selalu 'compare' kan cara Ustaz nih bagi kuliah, dengan Ustaz lain, yang lebih tua. Dengan Ustaz nih, penyudahnya kita akan sentiasa jadi 'takut/bimbang' (if you are wrong then you are wrong, terimalah pembalasannya) tapi dengan Ustaz lain yang lebih tua, macam ada 'tolak ansur' nya (if you did something wrong then repent).