Friday

Selasa7Ogos2018

Alarm aku tak berbunyi lah pulak pagi nih, sebelum tidur tuh aku charged cellphone aku, tak perasan pulak yang power kat socket tak ON, sedar-sedar dah pukul 6, dah tak sempat ke masjid for Subuh.

Susah duduk sorang-sorang nih, semangat perlu kuat dan kental. Even ituhari masa kuliah, Ustaz muda tuh ada beritahu yang dia pun kadang-kadang susah nak bangun pagi for Tahajjud walaupun wife dia beberapa kali bangunkan dia. See, sedangkan orang yang berbini, Ustaz pulak tuh, dia pun susah nak bangun, apatah lagi aku yang banyak dosa nih. 

Macamana pun aku cuba buat yang terbaik untuk diri aku, yang kadang tuh ada jugak terbolosnya, macam pagi nih. And one of the reasons pasal apa aku tetap memblog, walaupun tak ada kepentingan, tak ada benda menariknya pun, dengan berblog nih aku dapat nilai, kaji dan cuba perbaiki diri. Since tak ada siapa yang nak 'monitor' aku,  to kick me from the back so to speak, so blog nih je lah yang boleh aku jadikan batu ukur (ekekekek) kehidupan seharian aku. Salah silap aku, yang aku sedari dan tak sedari, semuanya akan terpancar dari isi blog aku nih.

Kononnya sebab 'frust, sedih, bengang' sebab tertaksedar bangun pagi, aku sambung semula tidur. Aku boleh tidur dalam keadaan tension gitu. Sedar-sedar dah dekat pukul 9. Tengok WA, antaranya dari MN, tak pernah-pernah dia WA aku, ini tentu ada hal nih bila dia kata dia nak datang ke rumah, sebab last week dia ada datang tapi gate berkunci, aku di KL. (MN nih yang dulu tuh pinjam duit, then nak suruh aku kerjakan seekar taaah dia sebagai bayaran, dia nih cousin MH. Masa membawang sama MH malam ituhari, dia ada kata yang MN nih dah tak berladang dah) Aku beritahu yang aku nak ke Pekan Sari Sungai Ruan sekejap so dia suruh aku tolong belikan rokok untuk dia. Dia akan tunggu aku.

Terbanyak lah benda yang aku terbeli pagi nih. Aku nih macam tuh, kalau aku terstart beli something then there will be nothing stopping me ekekekek. Dari satu meja ke satu meja, dari satu khemah ke satu khemah aku singgah, beli udang, sotong, sayur etc. Jugak beli jam dinding, and a few other kelengkapan rumah. Mak akan balik for Raya so aku kena pastikan apa-apa kekurangan tuh dipenuhkan, apa-apa yang rosak tuh ditukarganti yang baru, apa-apa yang perlu diadakan tuh ditiadakan....ehhhh.....diadakan. Banyak jugak duit yang aku spend, sepatutnya aku nih dikasi monthly allowance sebagai upah menjaga dan memaintain rumah.

MN dah ada depan rumah sesambil memetik dan makan rambutan, masa aku sampai. Seriously aku tak tahu apa tujuan dia datang, selain melepak-lepak. Bukan sekejap, lama pulak tuh, siap ambik bantal baring-baring lagi. Aku tak layan sangat pun, first sebab aku macam bengang tak dapat nak ke kebun sebab dia tak nampak macam nak balik pun. Keduanya, dia tuh semuanya macam dia yang betul, itu yang aku malas sangat layan sembangan dia. Aku 'buat kerja' aku online, dia melepak kat sofa, baring-baring, sambil nyanyi kuat-kuat macam orang berkaraoke. Tension gila aku. Dia nyanyi lagu-lagu lama, satu tuh yang lirik dia macam nih,

Jangan ditanya ke mana aku pergi,
Jangan ditanya mengapa aku pergi

Bukan aku tak suka orang datang tapi berpada-pada lah. Aku pun memang tak lama kalau pergi rumah orang, pertamanya aku mudah rimas kalau lama-lama. Keduanya, aku fikir yang mungkin orang tuh ada hal lain, nak baca Quran ker, nak Sembahyang Sunat ker, ataupun nak buat benda-benda lain. 

'Eh aku nak ke masjid nih', aku kata gitu akhirnya bila dia tak ada gayanya nak blah, ingatkan dia perasan yang aku mandi dan bersiap-siap nak ke masjid, rupanya tak. 

Dan nasib baik lah dia pun balik, aku tunggu jugak dia nak kata', Eh, aku ada hajat dengan awak nih', macam dulu tuh, hajat nak pinjam duit lah. Tapi, Alhamdulillah, tak ada pulak kali ini, aku dah ready nak bagi seseribu kalu dia nak pinjam. 

Macamana pun aku tetap pelik sebab apa tujuan asal dia datang melepak lama-lama sampai 3 jam lebih. aduh sama bini ker, tak ada tempat lepak lain dah ker. MN nih tak duduk sekali dengan keluarga bini dia, dia duduk sorang-sorang kat rumah pusaka.

Lepas Zohor aku memasak, buat tomyam. Tension nya rasa bila kena memasak nih, kat fridge pulak banyak bahan-bahan, puas lah nak menghabiskannya. 

Pagi tadi puas aku nak mengingatkan, apa benda yang aku rasa macam perlu dibeli masa kat Sungai Ruan. Rupanya aku terlupa beli baja, petang nih masa di kebun, barulah teringat. Kang aku letak baja kelapa sawit kang ekekekek Walaupun aku masih ada baja perbuatan sendiri (ikan + gula merah) tapi aku tak berapa yakin, aku lebih percaya kat baja yang dibeli.

Ustaz Sekolah Sains tuh masih belum ada malam nih, tak tahu lah minggu lepas dia ada atau tak, dia nih sentiasa sibuk itu yang jarang dia dapat bagi kuliah. Aku suka Ustaz nih sebab dengar khabarnyaa, dulu-dulu dia selalu selang seli masa bagi kuliah tuh, buat lawak dengan arwah Pak

Walaupun tak ada Ustaz tapi jamuan tetap ada, ada majlis tahlil untuk 2 keluarga, so banyaklah makanannya malam nih.