Lena aku tidur, dan tak ada masalah pun nak bangun bila alarm berbunyi pukul 5, I guess aku dah balik to normal. Aku janji tak nak dah buat benda bodoh macam semalam. Semalam tuh mungkin aku penasaran sebab dah lama tak trade online, itu yang aku macam tak ingat dunia tuh.
Since semalam tak ke Pekan Sari, harinih aku ke Sungai Ruan, yang happening jugak sebab kat dataran tuh ada a few penjual, terralit jugaklah aku dari satu khemah ke satu khemah. Then singgah kat kedai peralatan pertanian, ada jer benda yang aku terbeli. Dalam RM 200 habis ini hari, termasuk isi minyak kereta. Terakhir aku isi minyak, more than 2 months ago. Masa aku duduk Cherating dulu, full tank boleh tahan 3 bulan lebih. I really feel sorry pada yang selalu kena isi minyak kereta, ada yang kena isi every other day, macamana diaorang boleh hidup hah?
Balik dari Sungai Ruan, lepas menyiram, aku menyemai, menanam a few benih. Aku nih memang tak organize orangnya, aku dah tahu yang aku akan lupa benih yang aku semai, aku masih tetap tak labelkan polybags yang bertaburan di sana sini tuh. Kononnya aku boleh ingat apa yang aku semai/tanam. Itu satu hal. Lagi satu hal, aku tau yang dalam polybags tuh ada yang banyak semut hitam, yang gigit dan rosakkan benih, aku tetap semai jugak benih kat dalam polybags tuh. Itu yang bila aku check a few polybags yang aku ada semai/tanam kacang tanah harimau ituhari, aku tengok yang most of the benih tuh rosak dimakan semut, ada beberapa bijik aje yang ada keluar akar bibit. Damn, USD 5 aku beli online dari Thailand tuh. So jadi satu kerja pulak mengasingkan benih yang elok ke dalam polybags lain.
Banyak kali dah macam tuh, aku dok lah fikir, apa pasal lah benih yang aku semai nih tak tumbuh-tumbuh, rupanya dimakan semut. Ada jugak benih yang lambat cambah, yang aku ingatkan benih tuh tak elok, biaslah kan, tak semua benih tuh elok. So bila tak ada tumbuh, aku semai/tanam benih lain, di polybags yang sama. Jadi, tak hairanlah kalau dalam satu polybag tuh ada beberapa jenis tanaman yang cambah. Itu yang aku pelik, kadang tuh I swear yang aku semai benih terung kat dalam polybag tuh, apa pasal pokok tembikai yang tumbuh. Rupanya dulu, di suatu ketika dulu aku pernah tanam tembikai kat polybag tuh, yang aku ingtkan tak tumbuh.
Bukan satu fenomena yang pelik kalau di celah-celah pokok timun ada sebatang pokok kangkung, di batas sawi ada sepohon bayam, di kawasan kobis ada pokok terung. Yang buat haru nya, kadang tuh aku tercabut, terbuang tanaman yang aku semai, sebab aku ingatkan itu semua rerumput liar. Pernah aku dengan rakus nya mencabut creepers kat batas sawi yang dulu nya aku ada semai maman, tapi tak tumbuh-tumbuh. Dah halfway baru aku terperasan, eh, ini macam maman nih, dan bila aku comparekan dengan maman yang sebenarnya barulah aku sedar yang aku tercabut, terbuang maman.
The rest of the day macam semalam, memorex. I got carried away sebenarnya bila USD/JPY, (US Dollar vs Japanese Yen), EU/JPY (Euro vs Yen) dan GBP/JPY (Pound Sterling vs Yen) terus naik, aku macam lupa yang Lira Turki punya problem akan mempeengaruhi safe haven Yen. And so daripada floating profits yang berpuluh ribu EIT, terus jadi floating loss, yang semakin lama semakin banyak, yang kalau aku biarkan, akan telan all the profits yang aku dapat selama dua hari lepas.
Tapi aku biarkan aje, too late untuk shorting all those pairs.
Itu yang masaa mengaji malam nih, aku bawak cellphone, aku sorokkan dalam bag yang berisi Quran. Habis jer turn aku, terus aku bukak cellphone. Aku berani buat gitu sebab yang mengaji cuma 3 orang dan yang sorang tuh banyak salahnya, dalam setengah jam untuk dia sorang jer.
Walaupun all my positions 'rugi' (on paper) tapi aku biarkan aje, aku dah tak boleh buat apa. Nak cut loss aku rasa rugi pulak sebab akan sia-sia lah 2 hari kerja aku sampai tak tidur malam. And so aku decided untuk just biarkan dan hope for the best jer lah. Aku ada cakap ituhari, dalam memorex, jangan terlalu berharap, tapi what else yang aku boleh buat.