Balik aje dari masjid aku terus mengemas rumah, menyesal jugak tunggu last minute baru nak menyental sana sini. Apasal lah tak buat semalam? Itulah aku, semuanya tunggu saat-saat akhir. Mana nak menyental bilik air, nak buang sampah, nak lap sana-sini, itu yang macam tercungap-cungap aku dibuatnya.
Bila semuanya dah settled dan aku tak nak sentuh lagi dah, barulah aku keluar, pergi Pekan Sari Sungai Ruan. Beli lemang, ayam, dan benda-benda lain yang aku rasa perlu. Sempat jugak lagi tuh singgah kedai peralatan pertanian, beli benih, untuk makanan ayam ekekekek
Lama aku kat kebun, sesambil menunggu ahli keluarga aku sampai. Ingatkan Long yang paling awal tapi Teh sekeluarga dari Rawang yang tiba dulu. Balik dari Zohor, tengok-tengok keluarga Ida, Puii, Ani, Long dan Mak dah ada kat rumah. Letih aje aku membersihkan rumah elok-elok sebab aku ingatkan Mak yang akan mula tiba,
Biasa duduk sorang-sorang, rasa rimas jugak bila reramai kat rumah. Aku jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Masuk bilik ini, ada orang. Pergi beranda, ada orang. Kat living, bergelimpangan yang berihat.
"Abang Tam, awak tak beli beras ker, kan ker dah pesan?"Ida tanya gitu masa aku siap mandi untuk ke masjid for Asar.
"Tak cukup ker nih?", aku tunjuk beras yang ada sebalang.
"Laaa, mana nya cukup", jawab Ida. "Matnyer awak tak beli, kan ker dah pesan?", Ida tanya lagi.
"Tak cukup duit tadi tuh", saja aku jawab menipu gitu. Banyak barang yang aku beli tadi tuh, letih nak mengusungnya so itu yang aku letak semula sekampit beras 10kg yang aku dah ambik mulanya. Ala, kedai dekat, kalau tak cukup, anytime boleh pergi beli. Lagipun aku ingatkan cukup beras yang ada, tak nak lah membazir beli bebanyak, nak kasi ayam jiran makan pun, diaorang lebih suka makan benih-benih yang aku semai/tanam, kan? Lagipun aku ingatkan ada adik beradik yang bawak balik beras. Tak ada pulak kali ini.
"Awak list kan lah perbelanjaan, benda-benda yang awak beli. Claim lah", kata Ida.
Ish, tak kan lah itu pun nak claim. Lagipun, kalau aku claim, banyaklah pulak songehnya, tanya itu ini as if aku kelentong. Pernah 2 kali dulu tuh aku cuba nak claim barang yang aku beli guna duit aku, anak-anak pokok dan durian. Tak dapat pun sebab aku tercepat sentapz bila Ida tanya itu ini dan bergurau kata aku kelentong. Sampaikan aku dah nak leave group keluarga dah, tapi nasib baiklah aku nih penyabar orangnya.
"Alaaa, claim pun bukannya dapat", aku jawab gitu. "Haaa, dapat sebijik, you asked for it", kata aku dalam hati.
Agaknya Mak nak melawak, Mak kata, "Ida kata Abang Tam kuat kelentong". Pastuh Mak tambah lagi, "Ida kata ke Mak....... Mak, kalau Abang Tam cakap pasal duit, berapa harga benda-benda yang dia beli, Mak jangan percaya, dia kuat kelentong", seolah-olah mengajuk apa yang Ida cakap kat Mak.
Kakak-kakak ipar aku, adik-adik perempuan aku, anak-anak sedara aku yang semuanya anak-anak dara, diaorang gelak dengan lawakan Mak tuh tapi aku SENTAPZ yang teramat sangat. SENTAPZ with fricking big capital letters.
"Ida, masa bila aku kelentong? Ada pernah aku kelentong awak pasal duit? Tak pernah, kan?", aku tanya Ida sambil tunjuk jari kat dia.
Masing-masing terus senyap. Awkward silence gituh.
"Mak........masa bila saya cakap gitu, Mak?" Ida tanya Mak.
"Deme nih suka sangat buat-buat cerita", tak ada sapa pun dengar aku merungut gitu, dan aku pun terus ke luar rumah, menunggu Long untuk sama-sama ke masjid. Sesambil memetik rambutan. Sesambil nyanyi lagu Madonna ekekekeke
I close my eyes, oh God, I think I'm falling
Out of the sky. I close my eyes
Heaven help me.
(Like A Prayer -Madonna)
Tak lama tuh Ida datang kat aku, mata merah, berair, menangis, sambil kata, "Bila masa saya kata Abang Tam kuat kelentong?".
Aku tak ada pun rasa marah kat Ida (walaupun I swear to god yang dulu dia pernah kata aku kelentong, pasal beli durian ituhari. Boleh check WA ekekeke) dan mungkin apa yang Mak kata tuh betul, so aku macam confused gitu. Apa yang aku tahu, one of them is lying. Or maybe both of them are.
"Mak balik ke Pondok, bila? Saya nak ke KL Jumaat nih", aku kata gitu kat Long masa dalam kereta untuk ke masjid. Sentapz lah tuh sampai nak membawak diri ekekekekeke
"Long nak ke Kelantan lusa, balik hari Jumaat. Kena patah balik lah ambik Mak, Jumaat tuh. Sabtu baru balik Jerantut, lusa tu baru hantar Mak. Berat jugak" , kata Long.
"Deme bincanglah sesama deme, saya pergi pagi Jumaat tuh", aku kata gitu.
Kalau dua tiga hari lepas aku tak terfikir pun yang aku akan dapat pergi KL weekend nih (sebab nak temankan Mak), lain pulak cerita nya harinih. Aku jadi tak heran langsung pasal tanaman aku yang akan tak bersiram for a few days, yang akhirnya akan menemui ajalnya masing-masing. Ada aku kisah? Aku tanam semula nanti tuh, apa susahnya kan?
I have a life too, aku nak pergi wedding anak kawan aku.
Langsung tak aman aku masa sembahyang Asar petang nih, jugak masa di kebun. Aku asyik analyse apa pasal aku SENTAPZ sangat tuh. So rumusannya macam nih.
1. Aku rasa malu teramat sangat sebab adik beradik, kakak-kakak ipar, adik ipar, anak-anak sedara aku semuanya ada masa tuh, tentu diaorang akan fikir yang "oooooo, suka kelentong dia nih rupanya, baru kome tahu".
2. I'm sick and tired of always being the butt of the jokes. My mom, she keeps picking on me, that I do not understand at all. Aku pelik, dalam 11 adik beradik, aku jer yang selalu dilawakkan? Sebab aku tak kawin-kawin lagi belum kawin, sebab aku tak pernah tunjuk aku terasa hati hence orang tak tahu dan diaorang terus menerus buat lawak yang revolve around making fun of me? C'mon larrr, aku dah tua bangka, aku ada perasaan jugak. I don't mind a joke, honestly, but it's a regular pattern I've got fed up of laughing off. Kalau nak buat lawak pun, buatlah lawak yang tak menjatuhkan kredibility seseorang.
3. Aku kena tukar karakter aku ker, buat serious, buat macam adik beradik lelaki aku yang lain, yang 6 orang tuh? Aku selalu pelik apa pasal adik beradik aku yang lain rileks aje, tak dilawakkan depan-depan macam yang aku selalu kena. Now you know apa pasal aku "macam takut" jer bila Mak nak balik.
Oklah, oklah, I don't feel I need to share each and every thought that crosses my mind. It's not all that interesting ekekekekeeke
Biasanya kalau Long, Mak ada balik, aku ke masjid naik kereta Long tapi malam nih aku pergi awal, pergi asing-asing sebab rasanya aku nak balik lambat sikit. Semalam Pengerusi Masjid ada jemput aku ajak join jamuan khas sempena Raya.
Aku pergi masjid sendiri-sendiri tuh bukan sebab aku sentapz, hokay? ekekekeke
Lepas Isyak aku tolong a few AJK masjid yang hampar carpet, kemaskan masjid for tomorrow punya Sembahyang Raya yang akan dibuat sepuluh minit lebih awal dari kebiasaan sebab esok akan sibuk untuk korban.
Ingatkan jamuan dikansel tapi sebenarnya ada cuma persiapan nya lama sangat, kitaorang dah siap bentang sejadah etc, barulah makanan sampai, barulah nak susun kerusi meja, yang by that time aku macam dah termalu nak tunggu untuk makan. So aku balik aje lah, lagipun, kalau aku tak makan kat rumah, nanti tentu keluarga aku ingatkan yang aku merajuk or something kan, sampaikan tak nak makan.
Biasanya kalau Long, Mak ada balik, aku ke masjid naik kereta Long tapi malam nih aku pergi awal, pergi asing-asing sebab rasanya aku nak balik lambat sikit. Semalam Pengerusi Masjid ada jemput aku ajak join jamuan khas sempena Raya.
Aku pergi masjid sendiri-sendiri tuh bukan sebab aku sentapz, hokay? ekekekeke
Lepas Isyak aku tolong a few AJK masjid yang hampar carpet, kemaskan masjid for tomorrow punya Sembahyang Raya yang akan dibuat sepuluh minit lebih awal dari kebiasaan sebab esok akan sibuk untuk korban.
Ingatkan jamuan dikansel tapi sebenarnya ada cuma persiapan nya lama sangat, kitaorang dah siap bentang sejadah etc, barulah makanan sampai, barulah nak susun kerusi meja, yang by that time aku macam dah termalu nak tunggu untuk makan. So aku balik aje lah, lagipun, kalau aku tak makan kat rumah, nanti tentu keluarga aku ingatkan yang aku merajuk or something kan, sampaikan tak nak makan.
Keputusan telah dicapai, Puii akan balik semula (dari KL) ke rumah petang Jumaat nanti untuk temankan Mak, sampailah Long tiba Sabtu tuh, untuk bawak Mak balik ke Pondok on Sunday.