Aku berbelah bagi samada nak extend stay aku for another day or two sebab biasanya kalau aku ke KL, aku lepak for 4 or five days. Tapi bila mengenangkan yang tanaman aku di kampung, aku lupakan hasrat hati. Itupun aku check out lambat, aku nak tengok samada aku ikutkan hawa nafsu untuk stay lagi sehari dua atau terus balik aje.
Balik lah, nanti end of the month, lepas Raya Haji nanti aku datang lagi, sebab ada khenduri kawin.
Singgah Sogo sekejap sebab nak beli barang. Naik bas KL-Raub-Sungai Koyan-Cameron Highlands, penuh dengaan Indons dan Nepalese, orang Malaysia berapa kerat aje. Sampai Raub dalam pukul 3, terus lunch sebelum naik teksi ke rumah. Ada bas ke kampung tapi aku malu nak naik, malas lah nanti kalau terjumpa orang yang aku kenal, lagipun aku dah terbiasa naik teksi jer.
Hujan lebat rupanya semalam, kesan-kesan hujan, air bertakung sana ini, macam lebat jer gayanya. Masa nak ambik surat kat mail box (yay, ada 3 lagi benih dah sampai dari Taiwan, China), aku tengok tanaman aku tenggelam, cili dan sayur, kacang panjang, timun. Tanaman lain pun melepek jer. Lantaklah, esoklah aku uruskan.
Hujan turun selebat-lebatnya petang nih, dengan angin ribut nya sekali. Terfikir jugak aku, kalau aku stay for a few more days kat KL pun ok. Accuweather tak pun kata yang akan hujan lebat, cuma kata, light thunderstorm kat certain places. Light apa nya, sampai tumbang pokok-pokok pisang ditiup angin.
Masa nak ke masjid malam nih aku sempat jenguk kawasan tanaman aku, semua pokok jagung aku terkulai layu, tanaman lain banyak yang tenggelam. Rasa tak best jer sebab hasil usaha dan penat lelah aku selama ini nampaknya macam terkubur gitu aje. Tak apa lah, kan aku jugak yang kata yang aku bercucuk tanam bukannya nak hasilnya pun, so?
Sepatutnya malam ini ada mengaji, panik jugak aku sebab aku tak praktis pun. Tapi rupanya minggu pertama setiap Rabu, ada kuliah ugama dari kadi Raub. Aku jeling jer lah pulut durian, dah takut aku nak makan walaupun sedikit, so makan roti canai aje lah masa jamuan.