Aku dah bersiap nak check out, boleh aku sambung semula tidur. Itulah kalau orang yang hidupnya senang macam aku nih, tak pernah nak rush sana sini macam orang lain, semunya ikut sesedap rasa aku. And for that I'm so thankful.
Breakfast kat Dunkin' Donut TBS, memang kat situlah aku akan breakfast kalau aku terberada di TBS waktu pagi. Kalau tengahari ke malam, makan kat Kenny Rogers Roaster, macamlah tak ada tempat lain dah. Sampai Kemaman dalam pukul 4, on my way ke hotel, aku tengok yang ArRahnu tuh masih bukak, so aku terus aje lah masuk. Kalau boleh settle hari nih, esok pagi aku boleh naik bas awal sikit balik KL. Tak pun balik malam nih. Bukan ada apa pun kat Kemaman nih, lagipun lusa aku dah nak balik Raub, tak kan satu malam jer kat KL. Ini lah susah nya jadi pekebun, tak boleh lama tinggalkan tanaman, nanti mati. Aku tak ada contact pun member kat Cherating, takut terlama pulak aku di Kemaman, aku jugak yang sushnya nanti.
Office tuh dah nak tutup, the moment aku masuk, terus diorang tutup, so aku orang terakhir yang berurusan kat kaunter. Kerani tuh kata aku kena ada surat original dari office tuh, tak kalu memang tak boleh nak ambik barang yang aku pajak. Aku katalah yang sure diaorang ada some sorts of record, apa perlu nya nak proof bagai, nak kena pergi lawyer office etc.
Boss besar diaorang masuk campur, lepas dia called KL, dia kata yang date due nya lagi 2 bulan lebih, So aku boleh datang ambik barang lain kali (middle of Oct), bawak original letter. Oklah kalau macam tuh, aku dah terfikir yang minggu depan atau minggu satu lagi aku terpaksa datang semula. Adoi lah, macamlah bertan-tan emas yang aku pajak.
Lepas lepak sekejap kat bilik, aku ke pusat bekam yang memang aku nak sangat pergi, sejak aku kerja di Cherating dulu, tapi tak pernah ada kesempatan. Too bad tempat tuh tutup pukul 6, dan bukak semula lepas Isyak.
Hujan lebat malam nih, aku tapau makanan, melepak kat bilik sambil online.