Tak ke kebun pagi nih sebab masih tak boleh nak buat kerja dengan keadaan yang becak. Itu bukanlah alasan sebenarnya, tapi rasa macam tak ada pun yang boleh aku buat, so daripada buang masa tak buat apa sebab aku tak berapa boleh buat apa-apa, aku ke kedai Samad, mengeteh. Lama jugak melepaknya, sorang-sorang.
Masa lunch lepas Sembahyang Jumaat tadi, aku terperasan yang Pakcik yang aku selalu bayarkan lunch dia tuh ada jugak datang makan. Smart Pakcik tuh, biasanya dia duduk membelakangkan kaunter, membelakangkan kedai, menghadap ke jalan. Tapi kali ini dia makan menghadap ke kaunter. Dan aku pun tak rasa macam nak bayar harga lunch dia sebab dia akan nampak. Biasanya aku bayar senyap-senyap dan cabut, tapi kali ini aku tak boleh buat gitu. Itu yang aku kata Pakcik tuh smart sebab dia telah menyelesaikaan satu masalah kronik. .
KN ada WA a few gambars projek dia, aku tak balas pun sebab aku tak faham apa tujuan dia, what I want is a quotation. Bukannya gambar-gambar projek. Mungkin dia nak tunjukkan pada aku yang dia mampu siapkan kerja renovation kitaorang tuh, dia ada pekerja etc. Dan Long masih jugak belum war-warkan kat dalam group, so adik beradik aku masih belum tahu hujung pangkal cerita. Bila aku talipun Mak, Mak macam suruh proceed aje. Tapi itulah, quotation dari KN belum dapat, aku tak pernah pun tanya dia bila dia boleh kasi jawapan, cukup sekali dulu tuh aku tanya, yang sampai sekarang masih belum ada kata putus.
Petang nih hampir 2 jam aku berbasikal, aku pulun, since tak ada apa nak buat kat kebun. Bagus jugak sekali sekala aku memulun berbasikal macam tuh, banyak gak keluar peluh.
Malam nih memang tak ada majlis kat masjid lepas Maghrib so lepas Isyak aku terpaksa ke kedai makan. Terserempak dengan MH, so makan sama dia. Membawang jer lah kerja nya, bertukar-tukar pendapat dan maklumat pasal orang Tabligh (sebab MH kata gaya macam ada jemaah Tabligh kat surau)
I still feel yang he owes me an apology pasal janji dia nak ajak aku ke kebun durian dia dulu tuh, tapi dia tak datang. Dia tak ada mention pun pasal tuh, aku jer yang asyik fikir yang ada jugak orang macam tuh kat dunia nih.
I'm a classy guy, bitch, he owes me an apology!
I let him pay for our dinner kali ini.