Dua rounds aku menyiram harinih sebab tanah kering sangat, Round kedua tuh aku siram kat kawasan yang tak bertanam apa-apa, tanah kering sampai merekah-rekah. Panas gila sekarang nih, macamana aku nak ke KL minggu depan nih?
Dah lama tak mengeluarkan peluh dengan menyangkul, pagi ini aku membersihkan mana-mana kawasan yang berumput yang aku rasa macam menyemakkan pandangan aku. Sana sini aku pergi, aku kasi cangkul, kasi buang, kasi bersih.
Tengahari nih dapat berita kematian YAM Tengku Arif Bendahara Pahang, adik Sultan Pahang. Aku pernah 5 atau 6 kali berurusan dengan TAB tuh masa kerja di Cherating. Project Royale Chulan Resort tuh lah, part of the project adalah renovation works istana lama kepunyaan TAB yang sekarang dijadikan reception/admin building. Aku selalu takut, saspen aje bila TAB datang sebab most of the time dia datang unannounced, ataupun diberitahu last minute. Dan aku lah yang kena membontoti dia ke sana sini, melayan segala pertanyaan dia. Kalau dia datang cara official tuh adalah jugak VIPS dari KL yang turut sama.
Aku ingat lagi yang aku sentiasa ada bekalan Evian kat office aku, just in case, sebab YAM cuma minum Evian, dia tak minum mineral water, or even air masak biasa. Kat Cherating, or even Kemaman, mana lah ada jual Evian.
Awal pagi tadi sebelum ke kebun, aku masuk position, went long USD/JPY. Masuk lot kecik jer, sebab nak test market. So dari semasa ke semasa aku mengecheck price movement, bila rasa macam konfiden, aku beli a few more. Aku guna modal kecik jer, 0.5 ETH (Ethereum) yang aku convert kan dari Bitcoin, dari akaun yang lagi satu. So dapatlah 500 000 EIT (0.5 ETH).
One of the reasons aku berhenti memorex dulu tuh sebab aku tak suka dengn cara hidup aku yang berubaah dari norma-norma kehidupan sebelumnya. Apa tak nya, bila ada open positions, aku akan sentiasa nak tengok pergerakan harga, 24/7. Tak dapat nak concentrate buat benda lain, asyik nak tengok MT4 jer kerjanya. Orang lain pun gitu jugak rasanya, especially yang bermodal kecik. Itu pasal aku enter market dengan lot kecik sebab aku nak ada peace of mind kalau the price goes against me. Market movement tak one way, ada masa naik, ada masa turun.
Bila first position aku tuh on the correct track, on the winning side, aku akan masuk another position. Begitulah seterusnya. So every single second akan ada pergerakan, awal pagi masa Asian session, dalam pukul 4-30 petang masa European markets bukak, dan 8-30 malam masa US session, masa tuh masa-masa penting yang every trader kena ambik tahu.
So kaedahnya, tak ada benda yang aku buat selain tengok laptop/cellphone, membontoti setiap pergerakan harga. Nak tidur lepas Zohor pun tak dapat nak lena, petang lepas Asar pun, habis jer menyiram tanaman, berkejar masuk rumah nak baca kalau ada apa-apa news yang boleh mempengaruhi pergerakan harga currencies. Since aku trade USD/JPY harinih, aku kena baca news pasal US dollar dan Japanese Yen, kena tahu pergerakan Nikkei jugak since USD/JPY goes in tandem with Nikkei. Dan biasanya masa Asian session, pergerakan harga akan reverse dari masa US session, dengan lain perkataan, mungkin pagi aku jadi buyer, malam mungkin aku tukar position ke seller pulak. Gituh.
Mengaji malam nih ok lah, tak ada salah nya, tak terketar-ketar pun, macam ada konfiden sikit. Apa tak nya, petang tadi berkali-kali aku praktis baca, Sesambil memorex. Cepat-cepat jer aku balik lepas jamuan, maklumlah aku dah 'terlepas opening bell US session kan?
As expected, few of my positions were automatically closed bila harga hit Stop Loss/Take Profit aku, ada yang untung dan ada yang rugi. Aku pasang SL/TP sebab nak protect account aku, iyalah kan, kita tak tahu ke mana harga akan pergi so kena lah ada that kind of insurance. Traders yang tak guna SL/TP nih dipanggil Naked Trader. Bukannya orang yang trade sambil bogel.
Not bad lah my trading after so many months aku tinggalkan, account aku dah up by close to 10% by the time aku nak tidur. Tapi, tak dapatlah pulak nak tidur sebab balik-balik check cellphone, balik-balik check laptop. Last-last aku bangun, mandi, aku nak berjaga sampai pagi sebab kalau aku tidur, takut tak sedar nak bangun Subuh.
.