Tuesday

Ahad12Ogos2018

Walaupun duduk kampung tapi bila hari minggu terasa jugak yang harinih adalah hari untuk berihat. Rihat dari apa, itu aku pun tak tahu. Tapi harinih memang aku betul-betul rileks, dalam sesetengah jam aje aku di kebun, selebihnya aku di rumah, Tak ke mana-mana pun. Lunch pun kat kedai, aku rasa I did well beberapa hari lepas, memasak setiap hari. So tak kan hari minggu pun nak memasak jugak, kan?

Aku rasa harinih macam berbaloi, produktif gitu, walaupun aku tak tahu apa yang aku buat tapi rasanya banyak ilmu-ilmu dunia yang aku dapat. Mana tak nya, sejak pagi aku online, sampailah ke petang. Bila rasa bosan, aku bukak youtube, cari clip-clip yang bersesuaian dengan jiwa raga aku. Tak lama, sekadar menghilangkan bosan.

Petang nih lepas menyiram, aku berbasikal tapi sekejap jer lah, tak sampai setengh jam pun. Sejak aku ada 'proper workstation' nih, aku rasa aku kena spend more time depan laptop, baru nampak macam professional sikit ekekekekke

Entah, aku rasa macam kali ini aku baru boleh dikata working online, sebelum ini buat sambil lewa aje, tak serious. Aku nak tengok sejauh mana, selama mana keseriousan aku nih, hopefully akan berterusan now that kerja-kerja kat kebun tak banyak dah so aku boleh concentrate lebih lagi kat forex and cryptocurrency trading aku.

Sebenarnya aku berhenti kejap buat forex ituhari, or rather itubulan, mungkin jugak itutahun. entah apa pasal aku berhenti, aku pun lupa. Tak ada mood kot. So my account memang tak ada aktiviti, tak berusik for the last few months. So daripada tak diniagakan, baik aku trade sikit-sikit. Macam ni lah, kalau kita ada teksi contohnya, teksi tuh kalau tak dibawak untuk ambik penumpang, memang tak akan mendatangkan hasil lah kan? 

So esok aku akan start trading guna MT4 Platform, trade Forex tapi guna crypto, Ethereum to be exact.

Ustaz muda Pusat Serenti tuh tak ada malam nih so free lagi lah leps Mghrib, cadangnya nak pergi makan macam semalam tapi bila aku nak keluar masjid, aku tengok kat meja ada makanan, walaupun macam tak banyak jer. Bubur kacang rupanya, ada kuih jugak sikit, so itulah dinner aku malam nih. Balik dari masjid aku goreng fries, nak buat omelette, tak cukup bahan, mushroom tak ada, tomato habis, tak kan telur sama cheese aje kan?