Aku macam payah nak tidur malam semalam, kalau tak dikenangkan yang semalam malam Jumaat, harus dah aku online sampai ke pagi. Aku dah tidur mulanya, pastuh ada bunyi apa tah, bunyi kucing probably, itu yang aku tersedar dan terus susah nak sambung tidur. Kalau aku terus bangun dan buat apa-apa yang baik, kan ker elok? Tapi aku punya pemikiran lain pulak, kalau aku terbangun before 5, aku tak buat apa-apa pun i.e Tahajjud etc. sebab aku tak nak 'kacau' routine aku, aku surenya akan tidur keesokan harinya kan, so aktiviti seharian akan jadi lintang pukang. Aku hanya akan bangun pukul 5, sebab itu memang time nya, dan sempatlah aku buat apa-apa yang patut. Unless setiap hari aku terbangun before 5 then itu lain cerita. Bagi aku, lebih baik buat sesuatu dengan istiqamah daripada buat benda yang sekali sekala macam tuh, kan?
Seseminggu nih panas betul, itu yang aku kena menyiram pagi petang, dan pagi memang aku betul-betul siram. Masalahnya air paip slow sangat, itu memang masalah sedari dulu lagi kat Raub nih, air slow.
Rentetan kes ayam tak berhenti-henti berkokok ituhari, kat masjid dah dipasang signs tak dibenarkan guna cellphone, merata-rata dipasangnya. Even sebelum Khutbah pun ada Pengerusi Masjid bagi peringatan supaya silentkan cellphone, kalau tak pun di off kan terus.
Tak berbasikal aku petang nih, lepas aje menyiram, terus aku masuk rumah. Mengemas apa yang patut walaupun tak ada siapa yang dijangkakan balik minggu nih, semalam Mak beritahu yang Long ke penempatan orang asli di Kuala Lipis tuh.
Aku ingatkan sampai ke malam, the whole day lah aku tak bercakap ini hari, nasib baik Chu ada talipun just before Maghrib, suruh aku singgah rumah dia, ada kuih yang tak laku yang dia nak sedekahkan ke masjid. Chu tak ikut sama ke masjid, malam nih pun tak ada kuliah.
Aku sorok 2 bungkus kuih talam durian tuh, Chu punya kuih memang sedap, dan for dinner aku makan lebihan masakan semalam. Berjimat sungguh aku minggu nih, tak tahulah esok sebab esok ada Pekan Sari.