Thursday

Ahad29Julai2018

Awal pagi aku ke kedai untuk beli breakfast, 10 bungkus nasi lemak, 1 nasi kerabu (Mak punya favorite) dan 5 bungkus mee goreng. Terbanyak pulak belinya, aku nih memang tak reti nak bajet-bajet. Macam semalam tuh, lauk ikan, ayam, telur asin, sayur-sayuran. Nasib baik lah ada yang sanggup bawak balik KL nanti, one of my anaks sedara tuh suka mee goreng/spaghetti.

Sebelum ke kebun Akak De ajak bincang pasal nak renovate rumah, kitaorang berdua aje sebab Long tak ambik tahu, dia serahkan pada kitaorang semuanya. Dia setakat war-warkan kat group, dan sampai sekarang masih belum berbunyi lagi, so most of my siblings masih tak tahu ura-ura, kisah suka duka di sebalik usaha nak repair rumah nih. 

Basically Akak De setuju nak suruh KN buat kerja lepas Raya, provided dia punya quotation tuh within budget. Aku suruh Akak De explain dengan Mak sebab aku still have the feeling yang Mak tak akan dengar dan setuju pendapatan aku. Pendapatan yang keluar dari mulut aku. Tu pasal aku kena suruh orang lain untuk menyampaikan apa yang nak aku sampaikan supaya tersampai apa yang nak disampaikan itu. Tak kalu, tak sampai-sampai lah akhirnya.

Tadi pun Mak ada beritahu yang buat aje lah, maknanya, setuju aje dengan harga yang KN mintak. Mak siap petik (as always) nama adik aku, Mak kata yang adik aku ada beritahu yang kalau harga bina rumah RM50 000, harga merobohkan pun RM 50 000. Nak tergelak pun ada, rasa kesian pun ada, rasa macam pelik pun ada, aku fikir, Mak nih tak tahu ker yang aku perasan yang Mak just petik nama orang untuk buat cerita, untuk mengukuhkan hujah. 

Rasa macam nak call jer adik aku, nak tanya dia, betul ker apa yang Mak cakap tuh, betul ker dia ada bagi statement tak masuk akal macam tuh kat Mak. then again aku tak nak panjangkan cerita.

Aku bersyukur jugak yang KN tak ada datang sepanjang Mak ada di kampung, ituhari aku ada beritahu dia yang Mak akan balik this weekend. Kalau dia datang, aku bimbang Mak akan bersetuju aje dengan quotation KN tuh. Or worst, Mak akan bersetuju aje dengan apa yang KN kata.

Aku decided nak ke KL tumpang Akak De, kereta Pui penuh. Aku nak ke Kemaman, nak ambik barang kat ArRahnu. Aku dah checked accuweather, minggu depan akan ada hujan sekali, selebihnya cloudy atau light thunderstorm kat a few places. So hopefully tanaman aku tak mati kering lah sepeninggalan aku nanti, yang mungkin terlama.

Kitaorang berangkat serentak, Akak De dan Pui ke KL, Long dan Mak ke Jerantut (petang baru Long hantar Mak balik ke pondok). Dah nak sampai kat toll baru aku teringat yang surat/dokumen ArRahnu tuh tertinggal, ada dalam bag lagi satu. Tak apa kot, diaorang tentu ada record pasal transaction. Barang kemas yang aku gadai dulu tuh akan due tengah bulan depan, so itu yang aku kena ambik sekarang nih, tak nak lah ambik last minute, nanti ada masalah lain pulak. Aku tak berniat pun nak melepak hotel yang biasa aku pergi tuh, cadangnya nak stay kat budget hotel RM 70 semalam tuh, sebaris dengan Citin jugak, lagi dekat ke Bukit Bintang.

Tapi aku terserempak dengan Manager Hotel Citin, terus dia tarik aku ke dalam. Dia kata nak kasi aku good price, RM 110 (instead of RM 150), aku ok kan aje. Then datang pulak anak tokay hotel, Manager tuh kenalkan aku kat dia, dia kata aku nih regular client, so that guy kata dia kasi rate RM 100. Seriously, aku rasa macam celebrity jer, sedangkan aku simple jer, pakai ketayap pulak tuh. Ok, aku bukanlah warak orangnya tapi dengan berketayap gitu aku akan mudah tersedar kalau-kalau aku terbuat salah, aku akan jaga-jaga kelaku aku. 

Macam tadi tuh masa nak tunggu Grab (aku suruh anak sedara aku turunkan aku kat mana-mana aje, tak nak lah diaorang hantar aku ke LRT Gombak walaupun jaraknya cuma satu km lebih aje), driver tuh talipun, cakap macam kasar jer, aku pun balas cakap kasar jugak. Dah lama tuh baru aku tersedar yang apa lah salahnya aku cakap lembut, Cina memang kasar cara cakapnya kan? Tapi itu lah, tadinya aku bengang sebab aku fikir, driver Grab nih kasarnya cakap, macam dreber teksi.

The rest of the day aku melepak kat hotel jer lah, best nya kalau internet laju macam nih, kata aku dalam hati. Kat kampung internet slow, banyak masa terbuang gitu saja. Then again, aku duduk kampung memang nak buang masa pun, kan?