Tuesday

Khamis23Ogos2018

Masing-masing ke luar rumah pagi nih, ada jer benda yang nak dibuat. Aku tak ke kebun, tak menyiram, semalam kan ker hujan? Most of my ahli keluarga memetik, ada yang memanjat, rambutan. Ada 2 pokok yang besar dan 3 pokok kecik. Puas hati lah dengan hasil petikan, cuma tinggal buah-buah yang nun tinggi kat hujung.

Aku nak mengeteh sebab bosan akhirnya asyik kat luar rumah aje, nak masuk ke dalam rumah, pakaian kotor, ramai orang. Biasanya kalau aku sorang-sorang, memang aku keluar masuk rumah walaupun berpakaian kotor, tapi harinih aku kenalah menghormati masyarakat setempat, kan? ekekeke

Tak ada satu pun kedai yang bukak, aku pun jalan kaki, kalau berbasikal, mungkin boleh ke kedai lain. Then terserempak dengan Tok Siak masjid, aku tanya dia kalau-kalau dia nak kangkung, dulu pernah kasi kat dia. Mula-mula dia macam tak nak, dia tahu yang ramai keluarga aku yang ada kat rumah, kan? Aku tipu dia, aku kata kitaorang dah jenuh makan kangkung tuh. Truth is tak ada siapa yang nak, or at least berminat untuk cabut.

Banyak aku kasi, aku cabut semua yang dah boleh dicabut, hampir sepemeluk kangkung aku kasi kat dia. Mungkin boleh dimasak untuk jamuan masjid malam nih, itu yang aku fikir, sebab memang banyak pun, dekat seguni.

"Kangkung habis dah, jual kat orang", aku kata gitu kat Ida, sesambil memetik rambutan.

"Laaaa, ngapa jual semua? Kome nak sikit", Ida kata gitu.

Laaa, semalam tuh macam tak berminat, bila dah "jual" kat orang, baru lah kata nak.

Long, Teh, Ani, Ida, Ipin, Pui, Lan, dan keluarga masing-masing balik harinih, ada yang balik ke tempat masing-masing dan ada yang meneruskan perjalanan. Keluarga Ngah, Akak De pulak yang sampai. Raya kali ini lebih meriah dari Raya Puasa sebab semua ada balik, kecuali Nuar yang beraya di Perlis.

Panik jugak aku bila nak ke masjid for Asar, aku tengok basikal aku macam rosak, tak boleh dikayuh. So aku berkereta ke masjid akhirnya. Lepas menyiram baru aku godek-godek basikal tuh, rupanya rantai tercabut.

Bila semuanya dah balik, tinggallah aku sama Mak. 

Kitaorang tak expect pun Ustaz akan ada datang malam nih bagi Kuliah sebab ini kan ke minggu Raya, tapi lepas Maghrib, Ustaz tuh kasi ceramah, yang berkaitan dengan ibadat Haji dan Kurban. 

"Pelik, mengapa tak ada jamuan malam ni?", aku cakap kat Mak masa nak balik.

"AJK masjid tak tahu Ustaz nak datang, itu sebabnya deme nya tak sediakan makanan", kata Mak.