Saturday

Rabu8Ogos2018

Kecoh jugak masa Sembahyang Subuh tadi,  cellphone one of the jemaahs berbunyi tak henti-henti. Bukan call tapi alarm. Bunyi nya pulak, bunyi ayam berkokok. Berbunyi just before Imam baca AlFatihah. Dan teruslah tak henti-henti ayam berkokok sampai ke sudah. Bukan aje makmum lain terganggu, Imam pun terkesan, mulanya Imam baca surah panjang, then tersangkut tengah jalan. So digantikan dengan surah pendek. Jugak tersangkut bacaannya, terus aje lah dia rukuk.

Bengang jer jemaah lain lepas selesai sembahyang, tapi aku lebih pada kesian kat tuanpunya cellphone tuh. Bukan dia sengaja kan cuma yang aku tak fahamnya, mengapa dia tak matikan cellphone tuh bila berbunyi. Sepatutnya dimatikan sebab yang berbunyi tuh alarm, bunyi yang berlarutan. Wajib hukumnya kan, mematikan bunyi cellphone, demi menjaga kekhusyukan sembahyang jemaah lain.

Malas betul aku ke kebun pagi nih, sebab memikirkan yang macam tak ada kerja yang nak dibuat selain menyiram. Itu yang bila habis menyiram jer aku dah tak tahu nak buat apa, rasa malas yang teramat, aku banyak melepak. Cabut dua tiga helai rumput, then pergi petik rambutan. Then gembur a few pokok, pergi petik rambutan. 

3 hari berturut-turut aku memasak. Yes, way to go. Biasanya lepas Dhuha, tak ambik masa lama pun memasak nih, harinih buat nasi ayam. Masak yang simple-simple jer, tak lah memasak guna santan, buat kari etc. Itu makanan yang tak healthy tuh, aku jauhkan diri dari memasak masakan-masakan macam tuh. Yang peliknya kalau aku ke kedai, aku tak pulak rasa bersalah makan all those lauk pauk. Simply sebab aku fikir yang bukan aku yang masak, lagipun memang tak ada pilihan lain, itu yang bedal aje apa yang ada dijual.

Petang nih dapat berita yang Imam kat masjid di kampung bersebelahan (orang kampung ini jugak tapi jadi Imam kat sana), meninggal. Accident dilanggar Hilux kat depan rumah sendiri, dia sama isteri dia. Kejadiannya dua minggu lepas, isteri dia meninggal on the spot dan dia parah, dihantar ke Hospital Temerloh. Aku kenal sangat Imam tuh, dulu masa keluar Tabligh tuh kali terakhirlah aku jumpa dia.

Yang langgar tuh Cina Sungai Ruan, dan Cina tuh pernah langgar orang jugak sebelum ini, yang membawak pada kematian. Kampung kitaorang nih laluan utama ke dua bandar Cina, Sungai Ruan dan Sungai Chalit, penduduknya memang ramai, especially Sungai Ruan. Selalu sangat accident pasal jalan lurus, drivers suka pecut. Tambah-tambah pulak tokay-tokay tuh.

Sakan aku berbasikal petang nih, nun sampai ke Jelu aku berkayuh. Baguslah kalau tiap-tiap petang macam nih. Tapi anih ya, perut gue tetep gendut, kapan mau kempes nya?

Majlis mengaji dibatalkan malam nih sebab ada dua tahlil dan doa selamat, satu dibuat di masjid dan satu lagi di rumah jemaah. Aku tak pergi tahlil yang kedua tuh, lepas maakan aku terus balik.