Pagi ini aku macam bersemangatlah pulak di kebun, lepas menyiram aku cangkul sana sini, merepih, cabut rerumput liar. Biar kasi cantik dan bersih kelihatannya kawasan penanaman aku yang cuma lah sekangkang kera bunting itu.
Masih banyak tanah kosong yang dah aku gembur dulu tuh, masih belum ditanam apa-apa, aku macam confused gitu nak tanam apa. Nak tanam sayur, rasa macam membazir je, siapa yang nak makan. Dan aku semakin banyak biji benih yang tah apa-apa, aku beli aje, macm ituhari di Sungai Ruan, AhSo tuh berjaya pujuk aku untuk beli 5 jenis benih, benih tomato, petola, kailan dan bayam. So far bayam aje yang aku semai, sebab bayam senang tumbuh, lagipun batas bayam aku dah nak mula kosong.
Aku tengah membelek-belek paket benih bila jiran terdekat datang bawak durian. I have full respect kat jiran aku nih, aku rasa dia nih dulunya orang besar kerajaan kat Kuantan, keretanya keliling rumah. Sembang gitu-gitu jer lah, bila dia tanya aku samada aku memasak atau makan di luar, aku kata yang aku cuma memasak sekali sekala aje. 'Seminggu sekali pun bertuah', aku jawab gitu. Bila dia tanya aku, tak bosan ker duduk sorang-sorang, aku kata yang aku ada buat kerja online sesikit. 'Tengok tv jer laah', dia kata lagi, aku kata, 'Rumah kome tak ada tv'.
Sebagai balasan, aku kasi dia bayam dan kangkung, memang rezeki dia sekelurga lah sebab aku dah risau nak kasi kat sapa sayuran aku, cadangnya aku nak biarkan aje tua, untuk buat benih. Aku pun kasi 2 pokok petai hybrid dan sekampit tanah Siam, sampai 2 kali dia ulang alik untuk ambik barang yang aku kasi. So aku rasa macam happy aje bila dapat bersedekah dengan apa yang aku ada.
Lepas berkebun, aku menanak (ekekekke) Termenjadi pulak semua masakan aku kali nih, itu yang aku bersemangat aje tuh. Ketensionan untuk habiskan bahan-bahan kat fridge, semakin berkurangan. Pelik aku, ayam sekor yang aku beli ituhari, macam lambat nak dihabiskan, sedangkan dah 3 kali aku masak ayam. Kalau makan kat Kenny Rogers Roaster tuh, sekor ayam pun rasa macam tak cukup untuk seorang.
Since aku tak makan kat luar minggu nih, bila aku ke masjid, aku ikut jalan belakang, aku park fatbike aku kat belakang masjid. Aku tak guna jalan depan, sebab tak nak terbetembung mata dengan tokay kedai makan yang kat sebelah masjid tuh. Nanti tentu dia fikir, apa pasal dia nih dah tak makan kat kedai aku, biasanaya tiap hari makan kat sini. Apa salah aku, makanan tak sedap ker, ker dia makan kat kedai lain?
For the last few days jugak aku tak terus tidur bila balik dari Zohor, aku melepak dulu online, dalam pukul 3 lebih baru aku tidur, itu yang kadang tuh terkejar-kejar jugak bila terbangun lewat, dah dekat sangat nak masuk waktu Asar.
Sejam solid aku berbasikal petang nih, aku kayuh laju-laju, aku ke kawasan yang aku belum pernah pergi. Saspen jugak kalau melalui kawasan hutan, ituhari aku ternampak sarang tebuan kat pokok yang betul-betul tepi jalan.
Kuliah malam nih pasal Ibadat Korban, rasa macam berbalik masa sekolah dulu, belajar perkara-perkara sunat, bab-bab binatang yang akan dikorbankaaan etc. Dan aku bersyukur sebab bukan aje ada jamuan nasi yang lauknya terlajak sedap tapi ada jugak dibekalkan mee goreng yang siap di pek, itu untuk breakfast esok. Semog penderma dimurahkan rezeki, semua yang baik-baik aje. Aamin.