Thursday

Sabtu28Julai2018

Kelam kabut jugak pagi nih membersihkan apa yang patut. Ingatkan macam tak banyak benda nak kena buat tapi sebenarnya banyak. Nak menyapu lah, buang sampah, kemaskan bilik-bilik air, susun itu ini. Right after balik dari masjid aku mengemas, sampai dekat pukul 8 baru nampak macam kemas. Kalau masih ada komplen, tak tahu nak kata apa lah kan? 

Pergi ke Pekan Sari sekejap, breakfast nasi dagang, then terus balik. Biasanya Long sampai dalam pukul 8 ke 8 setengah gitu tapi harinih lambat pulak, aku dah tak ada apa nak buat kat kebun tapi Long (dan Mak) belum jugak sampai. Bukanlah aku nak menunjuk-nunjuk kat Mak yang aku nih kuat berkebun tapi at least Mak tahu yang aku ada buat kerja. I know my mum too well.

"Habis langsung mutan, pecah-pecah", Long kat gitu sesampai aje depan rumah, dalam pukul 10 pagi.

"(Arwah) Pak dulu dia salur air ker pangkal pokok tuh, kalau panas-panas gini. Ketidak (kalau tidak) gini lah jadinya", kata Mak.

"Ini bukan sebab panas, minggu lepas hujan lebat, itu jadi gini tuh" , kata Long.

"Kalau panas berpanjangan, lepas tuh hujan lebat, gini lah jadinya", aku jawab gitu.

Since Mak ada kat rumah dan aku tak boleh masuk rumah sesuka hati dalam keadaan kotor (kalau aku sorang-sorang, itu lain cerita), aku melepak di kebun aje lah. Dan since tak ada apa nak buat sangat pun, dan since aku nih bukanlah jenis yang suka berpura-pura tekun buat kerja (since aku terperasan Mak mengintai aku buat kerja dengan pura-pura buka tingkap), terus aje lah aku ambik fatbike, dan ke kedai. Melepak kedai aje lah sekejap sambil minum iced lemon tea, walaupun kat kebun ada satu jug, yang aku prepare siap-siap tadi tuh. 

Patutnya aku pergi khenduri tenghari nih tapi macam termalas jer pergi. Balik dari masjid, singgah kedai jap untuk beli lauk pauk sebab Mak kata tak nak memasak, dan adik beradik aku dah nak sampai.

Tengahari nih lega sikit sebab ramai, melayan keletah anak sedara aje lah. Akak De bertiga, Pui berempat, Long berdua, itu aje yang balik.

Lepas Asar aku ke kebun, yang lain tuh gotong royong membersihkan halaman, especially rambutan yang gugur. Aku sengih jer bila Long cerita yang Mak suruh Long beli rake (pencakar) tapi Long kata tak payah beli lah sebab dah ada 3 (yes, 3) pencakar. Tak lama tuh Mak masuk dalam rumah, then Mak kasi duit kat anak sedara aku suruh ke Sungai Ruan beli rake baru.

Lepas Maghrib ada sembahyang hajat, tahlil dan doa selamat untuk 7 jemaah yang akan berangkat menunaikan fardhu haji dari kampung nih, ada makan besar lepas Isyak pun.