Thursday

Isnin6Ogos2018

Lepas genap seminggu tak menyiram (sebab hujan lebat minggu lepas), harinih aku mula menyiram tanaman aku. Bila difikir balik, dah dapat cover yang aku terpasang air nonstop selama 14 jam ituhari, 2 jam x 7 hari, kan?

Macam banyak kerja yang aku kena buat tapi keadaan tak berapa mengizinkan, nak pindahkan, gantikan cili yang rosak, rasa macam buang masa aje, baik aku tunggu cili-cili kat tray tuh besar sikit. Tak kalu, buat kerja bodoh jer lah, bila hujan lebat, habis rosak. Dan nak mencabut rerumput, yang tumbuh liar mentang-mentanglah hujan lebat, aku rasa macam buang masa jugak. Biarlah kebun nampak macam semak, nanti bila aku rajin sikit, akan aku clearkan semunya. 

Mak ke Kuantan harinih, sama Long, Kak Long dan Ida. Ke UIA, nak check mata, so aku ambik kesempatan tuh (yang diorang bersama Mak) untuk dapatkan kepastian pasal kerja nak repair rumah nih. So aku masukkan dalam WA group, tak lama tuh barulah Long post kan message pasal projek tuh yang basically dah dipersetujui, dengan harga sekian-sekian, dan adik berdik etc dimintak untuk beri sumbangan. 

Terus aje lah aku contact KN, memberitahu cerita terbaru. Projek akan dimulakan lepas Raya Haji dan aku akan kasi dia RM 5000 untuk beli barang, kerja akan disiapkan dalam masa 2 minggu.

Aku tengah terbaring tak berbaju, melepak, lepas balik dari masjid bila aku nampak ada kereta masuk ke laman. Rupa-rupanya Nuar (adik aku), sama Lia bini dia dan a few of their friends, diaorang nak ke Dong ada event apa tah dengan one maulana, so diaorang sajalah singgah.

Membontoti maulana jer adik beradik aku, Long pun ikut maulana ke sana sini, aku jer yang tak membontoti sesiapa. Aku tak berapa tahu sangat pasal maulana-maulana nih, macam hebat dan grand aje bunyi nya kan? Mak pun selalu sebut perkaataan maulana nih. And so aku googled, rupanya maulana nih sama macam ustaz jugak cuma orang yang berkelulusan ugama dari India/Pakistan yang guna word maulana nih. Oooo gitu kaedahnya.

Tak lama pun diorang lepak, sesambil petik saki baki rambutan yang ada, sembang sesikit gitu lah. Aku terperasan yang kat rumah nih tak ada bahan makanan untuk dijamukan, kalau ada sesiapa datang. Dulu ada aku beli oreo cookies etc tapi lemau gitu jer jadinya. So setakat minum iced lemon tea aje lah, itu pun Lia yang buatkan. 

Aku ceritakanlah pada Nuar pasal projek nak buat renovation tuh, Nuar nih jarang online sebab sibuk, tokay besar. Dia suruh aku proceed aje lah, beritahu dia kalau-kalau tak cukup duit nanti. Makna nya Nuar nak donate banyaklah tuh. Bagus-bagus belaka adik beradik aku, aku jer yang tak bagusnya. Tapi aku nak buat macamana, kan?

'Ambiklah sesepokok dua', kata Nuar kat kawan dia bila aku teroffer anak pokok petai hybrid yang ada kat depan rumah tuh. So kawan dia ambik lah 2 pokok, aku kasi sepacket tanah Siam. Mudah-mudahan berhasillah pokok petai diaorang nanti, aku macam tak yakin aje yang aku tanam akan mengeluarkan hasil sebab 4 batang yang aku tanam tuh, 2 darinya daun dia bertukar jadi kuning.

Aku dah praktis mengaji siap-siap petang nih tapi tak ada pulak Ustaz malam nih, minggu lepas ada tapi aku pulak tak ada. Sebenarnya aku macam suka jer kalau Ustaz tuh tak datang ooppsss, bukan apa, aku selalu baca dengan suara ketar-ketar sebab aku macam tertakut gitu sebab yang lain semunya hebat-hebat, Imam, Bilal, yang power-power.

Ketidakadaan Ustaz tuh digantikan dengan Tahlil dan Doa Selamat. Dan jamuan makan.