Sedap pulak tidur kat hotel nih, lepas Subuh aku sambung semula tidur, sedar-sedar dah lapan lebih. Jadi serba salah pulak samada nak breakfast atau tidak sebab in about 3 hours aku nak makan khenduri pulak. And so mengopi aje lah sesambil online.
Kalau tak salah aku, jamuan mula pukul 11 so aku nak datang awallah sikit, lagipun dah terbiasa kat kampung, makan khenduri pukul 12. Aku naik LRT ke Dato Keramat sebab aku rasa itu stesyen paling dekat ke Taman Keramat. Perkataan "Keramat" tuh. Dari LRT naik teksi, susah sangat nak dapatkan Grab. Tak jauh rupanya, dan stesyen paling dekat, Jelatek.
Walaupun macam awal sampai tapi kerusi meja semua penuh, saspen jer aku menanya tetamu lain, aku peratikan yang tetamu perempuan kat khenduri tuh macam sefesyen jer, cara make up diaorang. Tak lama pun aku di khenduri anak kawan aku, kawan seinternetan, kawan yang aku kenal di alam maya. Dah berbelas tahun dah kenalnya Too bad kawan-kawan lain (yang kenal kat internet jugak, group kitaorang Rebanamaya, nama glamer Reban Ayam) diaorang nak datang lewat sikit, kalau tak sure boleh bergebang. Diaorang tuh, di mana-mana kalau jumpa, bergebangnya sampai kena halau lah baru berhentinya.
Sedap makanannya, aku biasanya tak makan banyak di rumah orang khenduri so aku ambik sikit jer lah, macam biasa. Tapi berselera pulak aku kali ini, nak tambah, malu pulak. Aku jalan kaki jer dari rumah pengantin ke LRT Jelatek, then singgah kat KLCC, pergi Village Grocer nak beli a few items yang tak ada jual kat Raub, kat kedai-kedai biasa even. Terserlah keclassyan aku kan?
Aku melepak kat bilik seround, lepas Asar aku merempit kat area Sogo, Jalan TAR, aku tak heran merempit area-area tuh sebab aku tak akan terbeli apa-apa nya lah. Merempit kat area Bukit Bintang yang aku saspen sikitnya sebab aku selalu nak terbeli something. Again, keclassyan aku ada terselit di situ.
Lepas Isyak aku ke area Bukit Bintang, menyusur jalan sampailah ke Pavilion, makan kat Subway macam biasa, kat situ jer lah aku rasa comfortable nya sebab tak ramai orang yang dine in, tempat lain tuh too crowded.Pelik aku, tak ada pulak orang-orang busking malam nih, aku biasanya akan terralit jugak tengok gelagat crowd yang layan street performers tuh. And so aku balik bilik aje lah, layan internet seround, pukul 1 lebih rasanya baru aku tidur.