Tuesday

Isnin - 29042013

Kedai jual baja tak bukak lagi, sampai 2 kali aku pergi (dan 2 kali mengeteh) barulah bukak, beli 3 guni baja, RM 96. Aku dapat tahu yang baja-baja tuh dari Kelantan, baja subsidi yang tak sepatutnya dijual. Kat Kelantan, sapa ada geran tanah jer, semua dapat baja subsidi, betul ker hah?

Lambat kerja-kerja membaja aku sebab dah lah kawasan sempit, aku kena cabut dulu rumput rampai, pokok renek yang dah mula tumbuh meliar sebab hujan. Aku tak nak rumput tuh turut sama menikmati baja yang aku tabur tuh. 

Macamana pun aku puas hati dengan hasil kerja aku, jadi bersih dan tersusun jer tanaman kacang aku. By 10 aku dah siap membaja 5 baris kacang, dan tibalah masanya aku nak break, kan? Dah dehydrated sangat dah aku masa tuh, aku kena basahkan tekak lah pulak. Masalahnya, mak ada kat kawasan sekitar, asyik berlegar-legar jer. Aku tahulah yang mak, selain dari membakar sampah, mak peratikan kerja aku. Aku dah bersedia dengan jawapan, kalaulah mak kata yang bajanya banyak sangat ker, pokok kacang rapat sangat ker. Satu persoalan yang aku dah sediakan jawapan, mak sure akan kata yang aku salah membaja sebab tuh ada kacang yang layu, yang mati. Tapi aku tahu yang itu bukan puncanya, sebab ada a few pokok kacang yang belum aku taruk baja, yang dah layu dan mati. Pelik aku, nasib baiklah cuma kat Zone 2 aje yang macam tuh. Kat Zone 3b pun ada jugak tapi tak banyak. 

Lan balik Shah Alam pagi nih, dan aku sama mak ke Raub, mak nak keluarkan duit Tabung Haji. Ida yang kasi suggestion suruh mak keluarkan duit Tabung Haji aje pasal duit kat bank tuh cuma untuk digunakan masa emergency aje, duit Tabung Haji, cuma mak yang boleh keluarkan. Pandai Ida nih hehehhe. 

Panas harinih so tak heranlah aku asyik minum ais aje. Dan tak heranlah jugak aku selsema, terbersin dan hidung berair. Sampai terkemut-kemut aku menahan air hidung dari terjurai masa sembahyang kat masjid.

Lepas hantar mak (ada majlis bacaan Yaasin untuk PAS), aku tidur sekejap. Lepas Asar sempatlah aku habiskan kerja-kerja membaja kat Zone 2, so esok pagi bolehlah aku mula kat Zone 1. Tak cukup rasanya 3 guni baja tuh sebab kat Zone 2 tuh jer seguni baja yang aku guna. Tak sempat nak menyiram, tanah dah merekah dah pasal panas, esok aje lah kot. 

"Mak nak ke majlis baca Yaasin, Sembahyang Hajat, kat Markas PAS lepas Maghrib kang tapi macamana dengan Chu, Makcik Esah? Deme nyer tak nak pergi, deme nyer orang UMNO", kata mak. 

"Tak apalah, saya hantar deme nyer dulu, lepas Isyak karang. Lepas tuh saya datang semula jemput mak", aku kata gitu.

Lepas Maghrib kitaorang (aku, mak sama sorang lagi jemaah perempuan) ke markas PAS yang tak jauh dari masjid tuh. Ada program untuk wanita, adalah dalam 10 orang jer. Aku rasa kat Sungai Ruan nih, Ah So lagi ramai yang sokong PAS dari perempuan Melayu sendiri. Melayu kampung nih susah sikit nak ubah cara pemikiran diaorang. Dapat baja sekampit pun sampai mati diaorang akan sokong UMNO.

Since tak ada apa nak buat dan kuliah pun tak ada malam nih, dan since aku pun tak berapa sihat, aku ke kedai makan lagi. Selsema macam nih, pekena tom yam pedas dan panas sama teh o limau panas, memang best. 

Monday

Ahad - 28042013

Balik dari masjid terus aku sambung tidur, sedar-sedar dah 8 lebih. Bergegas aku ke kedai cari makanan untuk breakfast. Since tak banyak kedai yang bukak hari Ahad, dan kedai yang bukak pun makanannya dah habis, terpaksa aku meronda dari satu kedai ke satu kedai di seluruh kampung. Rasanya 6 kedai makan yang aku singgah barulah dapat beli nasi lemak sama roti canai.

Pagi nih aku mula membaja kat Zone 2, dah sesuai untuk ditaruk baja, lagipun sementara tanah masih lembut nih, dan aku pun dah tak ada kerja lain dah kan? Tak sempat dua baris aku membaja, anak sedara pulak datang "mengacau" so terpaksa melayan diaorang naik kereta sorong. Lastnya dapatlah 5 baris yang dibaja, rumit jugak kerjanya (aku nih semua kerja nya  rumit ekekek) pasal baris kacang tuh rapat-rapat, lepas isi baja aku kena gembur dan tambunkan sekeliling pokok. 

Nampak gayanya, setiap kerja yang aku buat, maksima yang aku boleh selesaikan dalam satu sessi kerja, cuma 5 baris. Ada dalam 150 baris kacang semuanya, bermakna 2 minggu baru aku boleh selesaikan kerja-kerja membaja, kalau mengikut rate kerja aku lah kan? 

"Kome nak ke Kedai Cina Sempalit, nak beli benih kacang", kata mak.

Aku senyapkan aje pasal dah a few times mak ada suarakan suruh beli benih, aku tak nak pasal aku kata sure Cina tuh akan gelakkan aku dan kata aku bodoh pasal dulu aku jual kacang kat diaorang, tak sampai sebulan lepas tuh aku pulak nak beli benih dari diaorang. Tapi sebenarnya aku dah puas hati dengan jumlah kacang yang ditanam, jauh lebih banyak dari last round walaupun kawasan yang ditanam taklah seluas dulu, kat Zone 4 pun tak ditanam, kan? 

Patutnya minggu depan aku dah mula start kerjakan kawasan Zone 4 tuh tapi nampak gayanya kawasan tuh tak akan aku usik untuk sementara waktu, atau tak akan aku usik langsung sampai bila-nila. Mak tak perasan agaknya yang kacang ditanam tuh lebih banyak dari dulu, what she knows is, kali ini sikit jer yang dapat ditanam sebab tak cukup benih. 

"Silap kita, sebab kita jual semua kacang", mak kata gitu ituhari.

Excuse me, "silap kita"? Ekekekekke

Silap Jabatan Pembenihan sebab masa kacang banyak dulu tuh, konfiden sangat benih tu cukup, tak reti nak buat anggaran, tak pandai nak bajet. 

Dan, seperti yang dijangka, benih tak ada di kedai Cina Sempalit tuh. Ataupun Cina tuh tak nak jual, Cina tuh jual kat aku sorang jer sebab diaorang dah kenal aku. Orang yang diaorang tak kenal, melutut macamana sekalipun, tak kan diaorang jual. 

Lepas Asar dapatlah another 5 baris yang aku kerjakan, itupun sebab baja dah habis. Esok kena beli 3 guni baja kat kedai yang jual baja subsidi tuh. Aku perasan yang kacang kat Zone 2 tuh, ada banyak jugak yang mati, yang kering, aku pun tak tahu pasal apa. Dulu pun macam tuh, ada yang mati. Tapi dulu tuh mak kata sebab salah masa membaja, dan aku terpercaya cakap mak (dan aku salahkan mak sebab mak membaja tak hati-hati, pakai tabur sambil berdiri sedangkan aku buat kerja sambil duduk membongkok).

Masa mengeteh petang tadi ada ramai juru kempen BN yang berkeliaran di kawasan kedai, mewah diaorang nih. Dalam hati aku kata, janganlah diaorang datang ke rumah sebab aku tak reti nak handle diaorang.

Aku dah bersiap nak ke masjid for Maghrib bila aku tengok ada segerombolan juru kempen UMNO tadi datang, nak jumpa mak. Aku intai jer lah dari atas, aku dengar sebijik-sebijik apa yang diaorang cakapkan. Diaorang kasi mak baju, suruh tunggu aje waktu mengundi nanti sebab diaorang akan datang jemput. Jugak nasihat-nasihat lainlah kononnya, takut pihak pembangkang sabotaj apa-apa. 

Panas jer hati aku.

"Orang Barisan ker?", Lan tanya aku.

"Ha'ah. Mak sokong UMNO ker?", aku tanya Lan macam terkejut.

"Entah. Tak apa, nanti aku brainwash mak", kata Lan lagi.

Caya lah adik bongsu aku.

"Dah, dah, dah, nak Maghrib dah nih", aku kata gitu kuat-kuat sambil bukak pintu.

"Ok, ok", kata perempuan-perempuan talibarut UMNO tuh. Terus diaorang blah.

"Orang tak mengundi UMNO dah sekarang nih, mak", kata Lan. 

"Mak sokong UMNO?', aku tanya mak masa dalam kereta. 

"Tak lah", kata mak. "Sikit pun tak", kata mak lagi.

"Habis tuh mengapa beria sangat layan diaorang tadi tuh?", aku tanya gitu, masih tak puas hati dengan jawapan mak. I have my own reasons lah kan?

"Laaa, dah orang kita kenal, tak kan tak nak dilayan", kata mak.

"Iyalah, layan sikit-sikit dah lah, ini, baju pun ambik", aku tetap tak puas hati.

"Kita nih dah lah amalannya kurang, walaupun nampak kecik jer bendanya tapi jangan bersekongkong dengan orang yang menolak hukum ugama. Ustaz pun selalu cakap gitu masa kuliah", aku kata gitu, sampailah ke rumah Makcik Esah.

Malam nih tak ada kuliah so aku makan kat luar lagi, aku macam tak berselera jer nak makan kat rumah sebab lauk-lauknya yang direcycled, lauk yang mak bawak balik dari rumah Chu semalam.  



Sunday

Sabtu - 27042013

For the first time aku tak tidur lepas Subuh di pagi Sabtu nih. Biasanya pagi-pagi lain memang aku tak tidur dah lepas Subuh, cuma weekends jer aku tidur semula lepas Subuh. But not today. 

Sebab aku nak cepat, aku nak pastikan yang aku ke kebun awal sebab aku nak guna the remaining benih kacang yang ada. Kang nya buat mak ambik benih tuh dan mula menanam kat kawasan sayur tuh, masa aku masih di Pekan Sehari, tak ker naya?

Aku habiskan tanam sehingga benih kacang terakhir, mula tuh tanam lurus aje, ikut barisan tapi towards the end, pakai tibai aje. Kat Pekan Sehari tadi aku ada beli cangkul mini (cangkul kecik) so satu tangan guna cangkul, satu tangan lagi menanam. Itu yang cepat siapnya tuh. Aku sempat cari-cari benih kacang yang berteraburan di merata-rata, jugak yang tumbuh berteraburan, aku pindahkan semuanya ke Zone 3a. 

Mak suruh hantar ke rumah orang sakit, ada baca Yaasin, then lepas tuh mak akan ke Sekolah Kebangsaan Ulu Gali, ada mesyuarat ker apa tah, aku pun tak tahu. Secretive mak nih, lagipun mak tak akan beritahu aku, dan aku pun memang tak ada hak nak tanya apa-apa. Semalam ada orang datang bawak surat jemputan, aku cari tapi tak jumpa surat tuh, aku nak jugak tahu mesyuarat apa. Saspen jugak aku dekat-dekat Pilihanraya nih, mesyuarat tuh dibuat kat sekolah pulak tuh. 

So, mak tak ada kat rumah, apa barang aku di kebun pulak kan? Aku ke Sungai Ruan, mengeteh di situ, sambil baca The Star, sambil tengok orang. Kat sini sekarang memang bukan benda yang anih lah kalau nampak apek tua pakai seluar kancut, naik motor sambil kibar bendera PAS. Parlimen Raub nih BN (MCA) lawan DAP, calun DAP tuh Melayu. DUN Dong pulak BN lawan PAS. Seriously, aku nak demam Pilihanraya nih cepat habisnya, aku tak suka tengok Malaysians nih divided. 

The rest of the day memang membosankan. Aku tidur aje lah, hujan turun jugak tapi tak lebat. Lepas Asar sempatlah merepih di kawaan jagung, cabut rumput and all.

Mak tak beritahu pun Lan nak balik, aku tertahu tuh bila mak talipun Makcik Esah. Entah berapa lama Lan balik sini pasal minggu depan Rozi balik dari Qatar, dan lan pulak ke sana.

Lambat habisnya mengaji malam nih, ramai jemaah lelaki. Tak ada pulak jamuan, tapi kitaorang ada jemputan ke rumah Chu, anak-anak Chu ada balik so menantu-menantu Chu buat BBQ. Ngah-Raub pun ada datang, sama sepupu-sepupu aku yang lain.

Saturday

Jumaat - 26042013

Another morning yang santai, rileks jer aku buat kerja, cuaca pun redup, tanah pun lembut dan senang dicangkul. So basically selesai dah Zone 4 tuh, cuma nak tanam aje lagi sesikit, rasanya semua kacang dah mak kopekkan. 

Lepas break, sebab dah tak ada kerja lain, aku membersihkan kawasan jagung, menyangkul, mencabut semak samun , dah jadi mini hutan belantara dah kat situ. Banyak jugak pokok jagung yang tumbang, angin dan ribut kuat semalam tuh. Aku noticed yang pokok jagung di sebelah tepi, yang berjiran dengan pisang, semuanya layu. Kena tempias racun lah tu. Sabar jer lah. 

Then aku decided jugak nak repair batas, aku fikir, sementara aku ada kelapangan nih might as well aku tanam sayur. So aku bersihkan 2 batas, InsyaAllah petang nih (kalau tak hujan) aku nak tanam kacang panjang. Tak nak tanam banyak-banyak macam dulu lah, nak tanam untuk dimakan aje. Selebihnya aku masih tak tahu nak tanam apa, kacang kuda ituhari masih ada, mungkin aku tanam jugak sesebatas dua kot. Dulu aku ada semai benih terung, dah dalam 2 bulan lepas kot, ada jugak yang cambah nampak gayanya, so mungkin aku akan pindahkan ke batas.

Part of sayur area tuh macam dah clear, mak yang gembur ituhari, tak tahu lah mak nak tanam apa. Kalau boleh aku nak gunakan tanah di situ, nak tanam apa-apalah, sebab kalau mak yang kerjakan, tanamannya jarang-jarang, mak punya habit pulak, buat separuh jalan. macam kagkung, maman ituhari, tak sempat dimakan, mak musnahkan semuanya. Just because tanaman tuh hidupnya macam nak tak nak jer. Kalau aku yang kerjakan tanah situ, kalau aku yang bertanam, aku padatkan, aku tanam serapat mungkin, aku utilise seluruh kawasan, selagi ada area yang boleh disumbat benih, akan aku sumbat. terserlah ketamakan aku kan? 

Lama jugak mak di kebun, so aku intai-intai, then aku ternampak mak tengah pegang bekas tupperware yang berisi benih kacang. Laaa, rupanya mak menanam kacang, kat kawasan sayur tuh. Adusss, aku na guna benih tuh, selama ini aku tunggu mak siap kopekkan benih kacang tuh, apa pasal pulak mak pergi tanam kat situ sedangkan kat Zone 3a masih luas jugak kawasan yang belum ditanam. Bengang jer hati aku bila memikirkan yang mak selalu buat benda yang pelik-pelik, yang biasanya tak searah dengan aku. Ker mak nak jugak rasa menanam kacang sebab so far (dan dah nak siap pun dah0, tak ada sebutir zarah kacang pun yang mak tolong aku menanam, kat Zone 1, 2, 3a dan 3b. Dulu, ada lah jugak mak tolong, tapi kali ini, for a record, cuma long aje yang ada tolong menayngkul, 4 kali. Selebihnya semua aku buat sendiri. menyediakan benih, mengopek kacang, that doesn't count. 

Lepas hantar mak ke surau, terus aku bergegas ke kebun. Tak pernah-pernah aku ke kebun dalam pukul 3 gitu tapi tadi aku nak tengok keadannya, aku ada nampak kesan jalur yang bertanam, ada dalam 8 jalur pendek-pendek. rupanya mak dah mula menanam sejak dua tiga hari lepas. Geram jer rasa macam nak korek benih-benih yang baru ditanam tuh, sebab aku nak guna kat Zone 3a. So that kawasan yang mak tanam kacang tuh, boleh ditanam dengan benda lain.

Hujan turun waktu Asar, lebat selebat-lebatnya. happy jer aku sebab tak payah ke kebun. So aku lepak kat beranda jer menengok pokok-pokok kacang aku yang sakan main air hujan. 

"Cakap ker mak awak, kaji betul-betul apa yang Ustaz cakap tadi tu. Iman kita terpalit kalau kita sokong pemerintah yang tak nak laksanakan hukum Islam. Dalam Quran dah sebut, laksanakan hukum islam, laksanakan Hudud. Dah kalau Kerajaan tak nak laksanakan Hudud, lepas tu kita sokong, kita pangkah jugak dia, ha, itu nak cakap macamana tuh?", kata Imam (penyokong kuat PAS) kat aku masa makan lepas Tahlil tadi. 

Setahu aku, mak (dan arwah Pak) lama dah beralih arah. True yang zaman Pop Yeh Yeh dulu memang semua orang sokong Barisan tapi sekarang nih tak dah. Dulu-dulu aku pernah dengar yang mak memang sokong PAS sejak dua tiga Pilihanraya lepas TAPI knowing mak, aku tak tolak kemungkinan yang itu cuma rekaan mak aje (sebab most of my siblings, setahu aku lah, kitaorang condong ke arah Pembangkang). Tapi, kan ker semalam kitaorang pergi dengar ceramah PAS?

Lambat aku tidur malam nih, melayan Forex sama Survivor. I've been buying gold on dips sebab aku rasa selamat to go long masa harga masih di bawah 1500 nih. Minggu nih tak ada aktiviti sangat pasal aku concentrate kat gold aje, true yang ada masanya aku terpaksa cut loss tapi I do let some positions tuh run. 

Masalah dengan aku nih, aku cepat sangat closekan position aku, kalau aku biarkan aje, dah banyak pips aku dapat tapi the moment aku nampak yang price macam nak reverse, terus aku closekan position, dengan profits yang tak seberapa. 

Itu boleh dipanggil premature ejaculation gak kan? Ekekekkeke 

Friday

Khamis - 25042013

Tertidur aku sementara menunggu hari siang, sedar-sedar dah lapan lebih. itupun sebab bunyi bising,mak menghalau anjing. Bila aku nak ke keluar aje untuk breakfast dan ke kebun, baru aku perasan yang hujan tengah turun rintik-rintik. Aku teruskan jugak ke kedai. 

Merata-rata aku mencari kacang tanah yang timbul di permukaan tanah (disebabkan hujan), untuk aku tanam di Zone 3a. Aku pindahkan jugak anak-anak kacang yang tumbuh sendiri di Zone 4 tuh, semuanya untuk memenuhkan Zone 3a yang sekarang dah dah dalam 60% dah ditanam. Aku menyangkul jugak sesikit sekadar untuk keluarkan peluh.

Lepas break aku ke Zone 2, mencabut rumput dan pokok-pokok renek yang dah mula tumbuh. Tak boleh nak dibiarkan semak tuh tumbuh berleluasa, nanti ada pulak yang suruh S sembur racun. Kalau diracun, memang tempias habislah pasal pokok-pokok kacang semuanya rapat-rapat. Aku nak pastikan yang S tak berani mendekati kawasan tanaman kacang aku. Lawak kerjanya S tuh, dia sungguh-sungguh tanam pisang, last-last bila dia meracun, semua pisang yang ditanam tuh layu kena racun. Dia meracun pakai tibai jer, sebijik macam Ghosbuster. Seriously, it's hard to take him seriously (but I'm okay with that). I guess he knows the advantages of being a village idiot.

"Bagi ke mak awak resit nih", kata Bendahari masjid masa lepas Zohor.

Resit derma, RM 200, mungkin sebab nak cover balik duit masjid yang kena curi semalam tuh. Bless my mak.

"Awak bila nak pergi tukar tayar kereta?", mak tanya.

"Esoklah", aku kata gitu. Pelik jugak aku apa pasal sekarang pulak mak tanya, dah lama dah aku sound yang tayar tub dah botak sangat, kena ditukar, tapi mak buat tak kisah jer.

"Pergi petang ni lah, esok kita nak ke Tabung Haji", kata mak lagi.

"Mana sempat, kang nak ke masjid, esok pagi jer lah", aku kata gitu.

"Dan (sempat) dak, awak hantar mak ke masjid cepat sikit kang masa Kuliah", kata mak lagi.

Gitu lah, patutnya beritahu awal-awal. Kalau beritahu pagi tadi kan ker bagus? Ker mak tak nak aku pergi mana-mana waktu pagi sebab pagi aku ke kebun? 

"Semalam saya sama Ani pyscho mak, beritahu suruh tukar tayar kereta. Kalau tak, sampai ke sudah tak bertukar", aku dapat message dari Ida. Ha, patutlah mak beria sangat.

2 setengah aku dah hantar mak ke masjid, terus aku ke Pintu Padang, ada kedai tayar yang baru bukak kat situ, tak sibuk gayanya. So aku tukar keempat-empat tayar.

Ngam-ngam Asar masa aku sampai, dan ngam-ngam jugak hujan turun mencurah-curah. Yang berlanjutan sampai ke malam. Bersyukurnya aku. Dan katalah akan datang nih panas berdenting, aku tak akan komplen, tak akan mengeluh, pasal seseminggu nih aku dah banyak bersyukur. Aku akan tetap bersyukur dalam keadaan macamana sekalipun.

Thursday

Rabu - 24042013

3 Tabung Derma kat masjid kena curi malam semalam/pagi nih, masa Subuh tadi baru kitaorang sedar. Tapi, Jemaah semuanya rileks jer, as if tak ada apa-apa berlaku. Tabung tuh tabung besi, dikunci, dan dirantai kat tiang, tapi pencuri tuh dia umpil kunci. Masjid tuh tak dikunci malam-malam. Nasib baiklah Tabung Derma yang lain yang disimpan dalam bilik Imam, tak dikebas sama. Tak banyak rasanya duit dalam tabung yang dicuri tuh pasal last duit dikeluarkan, lepas Sembahyang Jumaat lepas. 

Lepas Subuh jer terus aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta, then breakfast. Masih gelap jugak lagi masa aku ke kebun, rasanya ini yang paling awal pernah aku buat, bukannya bersemangat tapi bila rajin datang menjengah, aku tak kira siang atau malam. Lepas sambung menanam kat Zone 3a, aku mencabut kacang kat Zone 4, sampailah ke pokok terakhir.

"Habis dah kacang kat sana tuh (Zone 4) saya cabut", aku kata kat mak sambil tunjukkan hasil yang tak seberapa tuh.

"Ha, boleh tanam di sana tu, bawak sampai ke hujung", kata mak sambil tunjuk arah depan rumah, kat sebelah Zone 1, kat tempat yang (arwah) pak tanam dulu tuh.

"Yang sini pun (Zone 3a) tak cukup dengan benih sebanyak ni", aku kata gitu.

Terdiam mak. Agaknya baru mak terperasan. Yang Department Pembenihan gagal dalam usahanya.

"Tak payah tanam lah di sana terh (tu)", kata mak sambil tunjuk kat Zone 4 (yang baru aku selesai cabut), sama kawasan yang dulu aku tanam sayur. 

Laaa, tak ada benih, memang lah tak dapat nak tanam, kan? Then mak mulalah menengok sekeliling kat Zone 3b yang dah aku tanam tuh. Ha, nak jadi Supervisor pulak ker? Ekekekeke. 

"Awak tanam dengan kulit-kulitnya ker?", mak tanya dari kejauhan. Aku jawab nak tak nak jer, sebab aku tahu yang mak tahu aku tanam dengan kulit. Sesambil menanam tuh aku jeling-jeling kat mak yang ke hulu ke hilir menengok hasil kerja aku kat Zone 2 sama Zone 3b. Aku tunggu jer mak kata, "awak tanam rapat sangat", tapi tak keluar pulak ayat tuh. 

Tak apa lah, Jabatan Pembenihan akan ditutup nanti, akan datang aku yang akan handle semuanya. By the way, Officer Jabatan Pembenihan yang akan digugurkan tuh tak perlu memberi Surat Tunjuk Sebab sebab aku tak ada masa nak baca alasan-alasan yang pastinya akan direkacipta sesedap rasa.

Lepas break, aku nak sambung aje kerja, anak Makcik Lijah datang, dia nak menangkap ikan kat anak sungai. So sembang-sembang dengan dia. Aku ambik kesempatan tuh tanya a few things pasal sebelum ini aku tak pernah sembang beria sangat denga dia. Boleh tahan jugak lelaki sembang sesama lelaki nih, banyak mengutuk orang jugak rupanya. Itu semua sebab nak menutup ego masing-masing lah kot? Unlike perempuan yang memang lumrah alam lah kan, kalau bersembang tuh, asyik nak mengutuk orang jer ekekekeke

Ada orang dari Jabatan Pertanian datang tengahari tadi, nak mintak kebenaran nak guna kebun pisang kitaorang untuk buat demo macamana nak menangani masalah penyakit MOKO yang tengah teruk melanda tanaman pisang di daerah Raub nih. Aku setuju aje, so Selasa minggu depan, dalam pukul 10 pagi, akan dibuat demonstration tuh. Untuk pekebun daerah Sungai Ruan dan Dong.

Santai jer aku kerja petang nih, nampak gayanya Zone 3a tuh akan dapat ditanam sepenuhya, walaupun aku terpaksa jarakkan sikit menanamnya sebab kena pisahkan antara pokok kacang yang tumbuh dengan sendiri, sama kacang yang ditanam dengan kulit, jugak kacang yang ditanam (belum ditanam lagi, belum habis Jabatan Pembenihan kopek kacang tuh) yang dikupas kulitnya. 

Syukur puji Tuhan, hujan turun lagi sebelum Maghrib. Dan aku pun berdoa buarlah Ustaz Simon Cowell tak datang malam nih, itu yang macam saspen jer bila masa nak tunggu Azan, asyik tengok sekeliling kalau-kalau Ustaz tuh ada. Ada datang rupanya, walaupun lambat.

Dan malam nih malam mengaji yang memalukan ekali sebab aku belum apa-apa lagi dah kena tegur, baca cepat sangatlah kononnya. Seriously, aku tak tahu apa yang tak kena nya bacaan aku, orang lain tuh jauh lah lebih teruk dari bacaan aku tapi tak ditegur pun. Bacaan emuanya nak dibaca berlagu, ikut cara dan lagu dia. Bukannya kitaorang nih nak masuk Tilawah AlQuran peringkat antarabangsa. Kefrust-an aku tuh sampai terbawak-bawak dalam sembahyang.

Ada jemptan kawin malam nih, ada majlis akad nikah. Kitaorang pergi jugaklah sebab kat sebelah rumah Chu aje. Simple sangat upacaranya, rupa-rupanya pengantin lelakinya dah berumur 60an, yang perempuannya aku tak tahu, sebab badan besar, mungkin her her 20, atau 30s. Ataupun lebih. Aku rasa yang lelaki tuh kawin more pada untuk companionship. Itu yang aku fikir, sebab kata lah aku kawin nanti, just untuk cari companion untuk hari-hari tua (itupun kalau panjang umur). 

Di Dataran Pekan Sehari ada ceramah PAS, sampai ke rumah kitaorang boleh dengar. Aku tanya kalau-kalau mak nak pergi, mak setuju, so kitaorang pergilah sekejap, dengar dari dalam kereta jer. Tak ramai orang yang datang, ada a few kerats jer. 

"Orang kat masjid tuh, sapa yang kuat UMNO, sapa yang kuat PAS?", aku tanya mak. 

Mak beritahulah nama-nama yang selalu berjemaah tuh. Dan nama-nama orang lain yang aku kenal. 

"Awak jangan cakap pasal politik dengan deme nyer terh, kuat sangat UMNO terh", kata mak.

Tuesday

Selasa - 23042013

"Awak ke Raub karang, keluarkan duit bank mak, nak bayar ke Mat Nor, nak suruh dia repair bangsal/garag tu", kata mak. Dah lama mak suruh Mat Nor repair tapi baru semalam Mat Nor bagi sebutharga.

"Berapa harganya?", aku tanya mak.

"Dua ribu empat ratus", kata mak. 

"Ya Rabbi mahalnya, dia nak buat macamana?", aku macam tak percaya dengar harga sebanyak tuh.

"Itulah, mak pun tak tahu dia nak buat macamana", kata mak.

"Patutnya tanya dia macamana bentuknya, dia nak buat macamana, baru setuju harga. RM 2400 mahal sangat tu", aku kata gitu.

Nampak gayanya setiap hari ada jer benda yang buat aku rungsing, benda yang buat aku kena fikir banyak-banyak. Benda yang selalu bermain kat kepala aku, even masa aku sembahyang. Semalam tuh aku bengang pasal makanan kat masjid tak cukup, hari nih kena fikir pasal garaj pulak. Mak selalu buat benda ikut suka dia, tak tanya pendapat orang lain. Dan yang buat parahnya, benda dan keputusan yang mak buat tuh kebanyakannya tak masuk akal langsung. 

Cepat-cepat aku breakfast, then ke kebun. Sempatlah mencabut kacang sesikit, S asyik dok tunggu sebab dia nak meracun kat kawasan semak di situ. Aku dah lah bengang nak fikir pasal nak repair garaj, dah lah seperdu demi seperdu kacang yang aku cabut semuanya tak ada isi, dan yang ada pun semuanya putih-putih belaka (aku tanam kacang tanah harimau tapi apa pasal kacang albino yang tumbuh?) dah lah semak sangat kat situ, dah lah banyak duri sampaikan luka-luka tangan aku tertarik duri, dia pulak tak menyempat-nyempat nak meracun.

Walaupun kejap jer aku kerja tapi aku puas hati sebab dapatlah 5 baris yang bertanam, ada harapan cukup benih untuk Zone 3a nih pasal tadi ada jugak aku merayau-rayau kutip kacang yang tercicir, yang timbul di permukaan tanah (bila kena hujan), dan kat Zone 3a nih banyak jugak pokok kacang yang tumbuh sendiri. 

Aku singgah kat kubur (arwah) pak sekejap, tengok-tengok Mat Nor ada, dia tengah merepair kubur orang. Sebelum ke bank aku kee Tunas Manja sebab mak ada suruh belikan orange. RM 1 .90 sebijik, so aku beli 10 bijik. Mak tak makan limau yang RM 5 selonggok tuh.

Terkejut gila aku bila aku tengok balance dalam account mak, cuma tinggal RM 1500 aje sedangkan sepatutnya ada dalam enam ribu lebih. Ini mesti Ida punya hal nih, kata aku dalam hati. Sebab selain aku (aku cuma boleh keluarkan duit melalui ATM), yang ada access ke account tuh, cuma Ida, dia guna CIMBClick. Entah-entah Ida gunakan duit tuh untuk beli emas sebab sekarang harga emas turun, Ida memang suka buat business kat Ar Rahnu. Tapi dalam hati aku rasa kesian pulak kat Ida sebab kalau adik beradik aku tahu, kalau mak tahu, habislah Ida, dan aku tak boleh imagine apa akan jadi next.

Aku susun ayat untuk tanya Ida, kena berdiplomasi sikit, macam menarik uban dalam tepung lah kan, kena buat hati-hati,dengan bijaksana. Aku keluarkan jugak RM 1000, then terus top up cellphone (cellphone aku jarang sangat ada credits), aku terus sms Ida tanya pasal duit tuh.

Memang betul pun, Ida baru semalam keluarkan duit mak tuh dalam RM 5000 lebih sebab dia beli emas. So kitaorang bercerita pasal emaslah, aku kata kalau aku jadi Ida, mungkin aku buat gitu jugak, ini aje opportunity untuk beli emas sebab harga tengah murah. Kalau harga jatuh pun, in the long run memang masih berbaloi. Ida kata dia akan masukkan semula duit tuh esok tapi aku kata masukkan seribu aje dah lah, lebihnya biarlah Ida rolling duit tuh untuk beli physical gold.

"Kalau mak tahu nih, mampos awak Ida', aku kata gitu sambil gelak-gelak.

"Dulu, lama dulu dah, saya ada beritahu mak, kalau-kalau saya nak guna duit, saya akan guna duit mak tuh. Tapi lama dah, mak lupa dah tuh', kata Ida.

"Awak tak tahu mak......", aku kata gitu. 

Lepas pada tuh sampai nak pecah perut kitaorang gelak-gelak, bercerita, bergossip. 

"Tak apa lah, yang itu biar saya fikir macamana nak beritahu mak", kata Ida. 

(Note: banyak lagi issue-issue lain yang berbangkit, apa yang aku tulis kat blog nih is nothing compared kan dengan benda-benda yang aku tak tulis. Ha?)

"So ok, aku beritahu mak yang harinih aku hanya boleh keluar seribu jer, kalau mak suruh keluarkan seribu lagi esok, aku beritahu awak. Lain kali kalau mak nak suruh keluarkan duit, aku beritahu awak dulu. Tadi tuh tiba-tiba jer mak suruh, kalau dia cakap semalam, lain cerita', aku kata gitu.

"Ituhari mak ada kata nak tukar langsir, dah 4 tahun tak bertukar", kata Ida.

"Deme jangan layan sangat benda-benda gitu, nanti mak jadi terbiasa pulak suruh aku pergi jolok duit", aku kata lagi. 

So settlelah masalah tuh, dan aku pun balik.

"Seribu sehari jer yang boleh keluar. Kalau nak keluarkan lagi, esok lah pulak", aku kata kat mak.

"Keluarkan duit Tabung Haji jer lah", kata mak. 

"Mahal sangat RM 2400 tu, dia nak pasang lantai simen ker? Tak mungkin", aku kata gitu. 

"Mak pun tak tahu, nak buat macamana, dah janji", kata mak.

Geram jer aku nak kata, lain kali bincang dulu sama anak-anak, jangan nak buat keputusan sendiri, tapi aku takut mak terasa hati. Susah, anak-anak kena memendam rasa, makan hati. 

"Mat Nor kata, "....Kalau Mak The tak percaya, pergi tengok garaj di rumah Aki Lah, RM 2400 harganya saya buat", kata mak lagi, mengajukkan cakap Mat Nor lah kononnya.
.
"Ha, karang kita pergi tengok", saja jer aku kata gitu, saja nak acah-acah mak sebab aku tahu itu jawapan yang mak reka sendiri, nak menyedapkan hati, nak bagi aku percaya. 

Mak cilok sana, aku cilok sini ekekekekek

By petang tuh aku dah tak fikir sangat dah pasal garag, macam hal semalam jugaklah, semalam tuh semalaman aku dok fikir pasal event makanan tak cukup kat masjid tuh. Bukan apa, aku asyik fikir, yang how tak lojik, tak menasabahnya, above all it shows karakter penyedia makanan. Tapi harinih aku dah tak fikir dah pasal tuh, aku kena fikir pasal garag pulak yang aku rasa by tomorrow aku dah tak akan fikir langsung dah. Llantak lah. Hopefully esok tak ada lah benda-benda lawak, remeh, tak masuk akal, yang aku kena handle. Amin.

Hujan turun petang nih, antara waktu Zohor dan Asar. Lepas Asar tuh aku cadang nak menyangkul now that tanah jadi lembut tapi hujan masih turun rintik-rintik. So aku batalkan hasrat murni aku tuh, dengan berat hati lah kan? Tak boleh main hujan, nanti demam.

Rupaya sampai ke malam hujan turun, syukur Alhamdulillah, 2 hari aku tak payah menyiram nanti nih, aku boleh concentrate menyangkul atau mencabut kacang aje. Tapi, nak tanam apa, benih ngam-ngam jer cukup agaknya sedangkan kawasan yang boleh bercucuk tanam masih luas. 

Ustaz Rugged tak ada malam nih, aku tiba-tiba rasa nak melepak aje, tapi sebab a few nights ago aku dah makan kat luar, so tak bolehlah aku melepak kat kedai lagi. Aku buat keputusan nak balik rumah, dah dua bulan lebih aku tak pernah ada kat rumah antara waktu Maghrib dan Isyak, so nak lah tukar angin pulak. Aku nih bukanlah penakut sangat orangnya tapi sebab rumah terpencil, sekeliling gelap, hujan renyai-renyai, anjing menyalak jer, so aku jadi macam tertakut sikit. Dapatlah sekejap online, nak check Forex, pastuh aku balik semula ke masjid. Tak nak buat macam tu lagi dah.

Isnin - 22042013

Malam semalam hujan turun, tak lebat tapi memudahkan kerja-kerja aku, tanah jadi lembut dan senang dicangkul dan nak mencabut kacang pun mudah.

So awal pagi lepas Subuh aku dah keluar minum, bersemangat gila nak kerja. mungkin sebab aku jadi excited jugak pasal Forex yang bukak trading for the week tadi, prices moved to my adfantage. EURUSD, Gold, semuanya gapped up seperti yang aku jangka. Apparently Italy dah elect President baru dan news dari Cyprus dan Greece pun positive jugak. So aku masih hold my buy positions, with positive stop loss of course.

Tak sempat lima minit hayun cangkul aku rasa nak cabut kacang lah pulak sebab kalau boleh aku nak habiskan kacang tuh. Tengah mencabut tuh aku dapat idea, why not tanam kacang tuh dengan kulitnya sekali? Tak payah nak dikopek, nak dijemur bagai. Sebab kalau dikopek then ditanam, banyak jugak yang dimakan semut merah tuh. Kalau ditanam dengan kulit-kulit, semut tak makan, dan ayam pun tak patuk benih yang baru tumbuh.

Idea bagus jugak tuh, way menjimatkan masa. Ada aku tengok kat internet yang orang tanam kacang sekali dengan kulitnya, lagipun banyak jugak kacang kat kebun yang tertinggal dalam tanah masa mencabut dulu tuh, banyak yang hidup. So teruslah aku jadi bersemangat, aku cabut dalam 2 kilo, aku pilih kacang yang elok-elok aje, then terus aku ke Zone 3a, dan mula menanam. 

Mak yang kebetulan ada kat kawasan cili, mak tengok jer. So far mak tak ada ambik kisah langsung bab menanam kacang. Dulu ada sekali mak suruh aku tanam kat bawah pokok pisang, kat batas yang bekas (arwah) pak tanam dulu tuh, tapi jauh-jauh antara satu sama lain dan pendek batasnya, memang tak berbaoi kalau tanam kat situ. Memang tak boleh cari makan. So aku senyapkan aje. Mak faham itu tandanya aku tak setuju. lepas dari tuh mak tak kata apa dah. 

Laju jer aku menanam kacang tuh, macam main congkak pulak. Nampak gayanya akan datang nih Jabatan Pembenihan boleh ditutup lah kot? ekekekeke Aku still tak pasti samada boleh cukup atau tidak benih kacang, kalau dapat penuhkan tanam kat Zone 3a tu pun dah kira ok, Zone 4 mungkin tanam benda lain lah kot. Kacang yang sedang dijemur, dan yang dah dikopek, masih ada sikit. Seriously, akan datang nih, nak buat lain sikit, nak sediakan benih banyak-banyak dulu. Eh, tapi akan datang dah tak payah nak kopek kacang, kan? Akan datang aku nak pastikan yang benih untuk ditanam mencukupi. Tak boleh nak salahkan Jabatan Pembenihan sangat pasal kitaorang tak jangka langsung yang kacang kat Zone 4 tuh almost habis dimakan tikus. 

"Awak pergi ke Raub beli dapur, habis rosak dah, pulas-pulas tak nak menyala', kata mak.

Lama dah cooker tuh macam tuh so aku tahu sangatlah yang kena diganti dengan cooker baru. Ada 3 lagi cooker kat setor, semuanya rosak jugak. Mak sama (arwah) pak, kalau cooker rosak, beli baru. Malas aku ke Raub so aku ke Sungai Ruan aje, rembat satu cooker harga RM 250, guna duit hasil jual kacang. 

"Uko habih lalu pokok mutan )rambutan) yang kecik-kecik tuh kena racun. Pepalih (maksud nya macam eee,teruknya) lah S tuh kerjanya", kata mak masa kitaorang nak ke masjid.

Aku senyap kan jer, sebab aku tak faham. Kan ker mak dah tahu yang S tuh memang gitu kerjanya, tak berambi (hati-hati) langsung kerjanya TAPI mak keeps asking him suruh buat semua tuh. Ramai lagi orang lain yang boleh diupah tapi mak tetap suruh S yang buat, meracun rumput-rumput yang tak sesemak mana tuh. 

Laju jer aku mengaji tengahari nih, sebab sebelum tuh aku dah praktis baca a few times. Akan datang nih aku nak buat macam tuh, nak praktis baca dulu setiap kali ada kelas mengaji, so bila kena baca, tak lah tersangkut-sangkut. Mungkin sebab dengan Ustaz tuh aku sorang jer, tak guna mike pulak, itu yang tak gelabah tuh.

Dengar ceritanya tak ada orang yang nak bawak makanan ke masjid malam nih so mak terus talipun Chu, suruh goreng meehun. Aku pergi hantar 3 bungkus mee, ingatkan Chu ada a few more bungkus. Aku ok aje mak nak selalu bawak/sediakan makanan ke masjid, tiap kali ke surau (mengaji) kitaorang akan singgah beli kuih (makan tuh part paling penting dalam sessi mengaji diaorang). At least mak akan belanjakan duit, keluarkan duit. Itu aje masa mak gunakan duit, selain kasi upah kat S. Barang-barang kat rumah sentiasa ada stok sebab tiap bila adik beradik aku balik, sure ada yang mengemaskini inventory heheheh. 

Lepas Asar dapatlah sebaris dua aku menanam sebab guruh berdentum dentam. Lagipun, dengan terus menanam tanpa kopek kulit kacang, aku dah way ahead of schedule. Kalau aku nak pergi break makan kat luar pun sempat lagi.

"Sikitnya Chu mee nih, bekas jer besar", aku kata gitu bila mengangkat makanan yang nak dibawak ke masjid.

Ustaz Simon Cowell yang bagi kuliah malam nih, macam bitter jer Ustaz nih sebab tak ramai yang dengar kuliah dia, dia asyik ulang ayat yang sama, yang dia cuma menyampaikan aje, kalau tak nak dengar, itu terpulanglah. 

"Dah 3 kali bawak makanan tapi tak pernah cukup. Malam ni paling teruk sekali", aku kata gitu kat Chu (kat mak jugak, indirectly) masa nak balik.

"Ustaz tu ada bawak geng dia", pandai jer mak reka alasan.

"Oooo patutlah, ramai orang", kata Chu.

"Lain kali kalau nak bawak makanan, bawak banyak. Kesian kat orang yang tak dapat makan. Bawak sikit nih, macam tak ikhlas jer", aku kata gitu. 

Monday

Ahad - 21043013

Long dah start menyangkul kat Zone 3a, dan mak pun merepih kat kawasan cili, sedangkan aku baru nak ke kedai for breakfast. Mak nih, bila Long atau adik bradik ada balik, mak akan ke kebun, buat kerja. Kalau tak ada siapa balik, jarang pulak ke kebun, kata aku dalam hati.

Terfikir jugak aku, apalah yang mak sama Long kata dalam hati bila tengok keadannya aku yang tak serajin macam diaorang yang awal-awal pagi lagi dah ke kebun. Argh, lantaklah, bukannya aku tak buat kerja, kan?

Serba salah jugak aku nak buat apa, nak menyiram ker? Nak tolong Long menyangkul, mak guna cangkul, cuma ada dua cangkul aje. Nak cabut kacang, kena disiram air dulu. So aku menyiram kat Zone 1, jauh sikit dari tempat mak sama Long kerja. Lama aku menyiram sebab aku make sure kawasan tuh betul-betul basah, esok petang jer aku akan siram lagi kat situ.

Terfikir jugak aku, tentu mak sama Long fikir, buat kerja yang tak macho, lama pulak tuh. Argh, lantaklah, apalah aku nih, selalu sangat fikir apa yang orang tengah fikir. 

Bila mak dah balik (kejap jer kerjanya) teruslah aku ke Zone 4, mencabut kacang. Again, frust aku bil cabut aje, cuma dapat sesebijik dua aje kacang yang elok. Damn tikus. Jagalah korang nanti,aku nak taruk racun banyak-banyak.

Aku nak pergi beli paper sesambil break bila aku tengok kat dataran Pekan Sehari tuh ramai orang tengah pasang sepanduk, bendera. Orang PAS, DAP sama PKR. Semalam aku tengok video clip Hari Penamaan Calun Putrajaya, itupun aku boleh keluar airmata, so tak heranlah bila tengok orang tua-tua, budak muda, Melayu, Cina yang bekerjasama tuh, laju jer airmata aku mengalir. 

Since aku tak ada bantu apa-apa pun so aku pergilah dekat diaorang, just nak nampakkan muka, jugak nak tengok kalau-kalau ada muka yang familiar. Ramai yang selalu berjemaah kat masjid yang ada kat dataran tuh, aku macam lega bila tengok diaorang. Dan diaorang ada yang macam terkejut, ada yang senyum, ada yang tegur aku, ada yang even datang bersalam dengan aku. Selama ini memang diaorang tak tahu yang aku nih condong ke mana, mungkin diaorang ingatkan aku nih sokong BN. Diaorang tak tahu yang aku jadi ahli PAS sejak masa student lagi. Aku tengok jugak kalau-kalau ada muka-muka yang aku rasa orang kuat BN yang kat situ. Tok Empat, dan a few others (yang datang masjid naik Mercedes, Volvo, yang pakai smart-smart, yang pencen dan berumah besar, tak ada muka-muka tuh. Aku dah agak dah diaorang nih penyokong setia BN) memang aku dah agak tak ada.

"Awak nak pergi pasang bendera? Awak mengundi di mana?", Long tanya aku bila aku kata aku nak pergi tengok orang pasang bendera, nak tolong apa-apa yang patut. 

"Parlimen New York", aku kata gitu. 

So aku pergi lah menyusur jalan, sampai ke dekat Sekolah Sains di Pintu Padang, then ke Pekan Sungai Ruan. Rupanya konvoi tuh dah ke Jelu, diaorang pasang bendera sampai kat kawasan Dong. Jelu tuh kawasan orang Kelantan semuanya.

Long balik ke Jerantut sebelum Zohor, lepas sembahyang aku tidur aje lah, sedar-sedar dah nak Asar.

Keadaan sekeliling gelap, guruh berdentum dentam tapi aku menyiram jugak. Jiran kitaorang, Rie Tabligh tengah sibuk buat gelanggang tinju Thai, betul-betul kat sebelah kebun kitaorang, so aku sembang dengan dia kejap. Pelik jugak aku orang kuat Tabligh macam dia tuh, boleh terfikir nak buat benda-benda gitu. Kalau bercucuk tanam kan ker bagus? Then again, dia selalu keluar tabligh, kan, masa bila nak berkebun.

"Daripada budak-budak muda meniarap atas motor, biarlah buat gelanggang nih", kata Rie Tabligh, macam dia tahu jer persoalan aku.

Aku cadang nak menyangkul sebab masih awal, belum pun pukul 6, tapi kaki aku terpergi ke arah kedai. 

"Aok nok koner terh? (Awak nak ke mana tu?)", Makcik Rempit tanya aku. Aku tak perasan dia tengah melepak sama Makcik Milah tokay kedai runcit. 

"Jangan kabor ke mak yerk? (jangan beritahu mak, ok?)", aku kata gitu sambil gelak, tapi dalam hati aku kata, mamposlah nanti sure dia beritahu mak, dan akhirnya melarat-larat ceritanya nanti tuh. Sedangkan aku nak minum aje. 

"Mat nyer tak boleh kabor ke mok aok? Aok takerk (takut) mok aok kata aok makan di kedei (kedai) sokmo?", Makcik Rempit tanya. Ha, tengok tuh, kan aku dah kata, geng-geng nih suka buat andaian dan cerita sendiri.

Aku makan tom yam, telur dadar. Ish, aktiviti makan kat luar aku nih dah macam parah jer, kena sekat sikit nih, nanti jadi habit pulak.


Saturday

Sabtu - 20042013

"Long nak balik pagi nih, semalam Ida ada beritahu", aku kata kat mak Subuh tadi. 

"Itulah, mak nak ke Lurah Bilut (Bentong), anak Kak The Raub (sepupu) nak bertunang. Beria sangat menalipun ajak mak pergi", mak kata gitu. Aku dah tahu semalam dah yang mak nak ke Bentong (sama Chu, Tihah), Ida jugak yang beritahu. Mulanya aku pelik jugak apa pasal mak selalu tak beritahu aku apa plan mak, tapi, aku tak nak fikir lebih-lebih. Tanak beritahu kalu, that's fine by me. 

"Dia tidur lagi agaknya...", aku terdengar mak jawab gitu  masa Long talipun. Teruslah aku bangun, memang biasanya Sabtu aku akan sambung tidur lepas subuh. Hari-hari lain aku sekadar pejamkan mata sekejap aje. Aku pergi jugak Pekan Sehari walaupun mak banyak beli makanan, sate, nasi impit, lemang, kuih muih, nasi lemak. 

And so mak ke Bentong, aku sama Long di kebun. Long menyangkul di Zone 3a, aku, lepas menyambung menanam kat Zone 3b (hampir siap tapi kehabisan benih), aku ke Zone 4, mencabut kacang. Kalaulah kacang kat Zone lain macam kat Zone 4 tuh, harus aku dah stop buat second round. Dari satu perdu ke satu perdu aku cabut, berapa bijik jer kacang yang dapat dipetik. Semuanya dimakan tikus, dan yang tinggal kebanyakannya masih muda belia lagi. Pelik aku, apa pasal kacang kat Zone 4 macam tu hah? Dah 4 bulan lebih. Dulu aku ingatkan kacang kat Zone 4 lah yang akan kasi hasil paling banyak sebab pokoknya subur-subur. Tapi, harapkan subur aje, isinya tak ada dah, dan mana yang ada tuh, masih muda. Dalam 5 bari kacang yang aku cabut, kacang yang elok cuma sesuku baldi, tak sampai 2 kilo pun. 

"Tak nak dah tanam kacang kat sini, rugi jer. Nak tanam benda lain lah pulak kot", aku kata gitu kat Long. 

"Tak apa, nanti kalau letak racun tikus, tak ada musuh dah", kata Long. 

Mungkin Long boleh baca riak muka aku yang a little disappointed. Walaupun aku bersyukur dengan apa yang dapat, dengan apa yang ada tapi I cannot hide the feeling yang aku ada jugak perasaan terkilan tuh. Tapi tak apa, itu semua satu pengajaran.

"Moh ke Sungai Ruan hantar mesin potong rumput', kata Long. Rupanya tadi mak ada suruh Long hantar repair mesin tuh pasal mak dah komplen yang rumput in between pokok pisang dengan kawasan kacang aku tuh dah panjang. 

"Sebenarnya tak menjejaskan langsung kacang, tapi dah mak suruh potong", kata Long. 

Dalam hati aku kata, "Ya Rabbi, rumput sepanjang itu, sikit sangat pulak tuh, itupun mak nak beria sangat? Apa pasal mak lebih pentingkan benda remeh macam tuh? Banyak kerja lain yang jauh lebih penting yang perlu disapkan"

"Saspen gak nih takut tak cukup benih, buatnya kacang (Zone 4) semuanya rosak, habislah, tak tanam apa nanti nih?', aku kata gitu kat Long.

"Habis dah benih?", Long tanya. Malaslah aku jawab yang aku bukan handle Jabatan Pembenihan. Dan kalau tanya Officer kat Jabatan Pembenihan pulak, tentu dia jawab, "Awak tanam rapat sangat". Ataupun, "Banyak sangat dah kupas kacang buat benih tu dulu, habis dah?". Memang banyak, tapi bukan kacang yang banyak nya. Yang banyaknya, bekas letak benih kacang tuh, memang banyak, sebab bekas kecik-kecik. ekekekek. Tapi, tak kan aku nak jawab gitu kan, nanti marah pulak Officer di Jabatan Pembenihan tuh.

"Kena beli benih semula lah, kat Cina Sempalit tuh', kata Long. 

"Tak nak lah. Habis benih, tanam benda lain lah, lada ker', aku jawab gitu.

"Cuba awak tanam ubi kayu", kata Long. Ish, tak glamer langsung.

Sementara tunggu Cina tuh repair mesin rumput, kitaorang tengok-tengok mesin/pam air, harganya dalam lingkungan RM 650 ke RM 800. Memang teruja nak ambik satu tapi Long tak bawak duit, dan aku kata kat Long, kalau nak beli apa-apa, guna duit hasil jualan kacang. Walaupun duit tuh tak dapat kat aku tapi at least aku nak suara aku didengar when comes to benda-benda macam tuh. After all aku yang tanam kacang tuh kan? Kalau aku nih bangla, dah lama aku lari waktu malam. Iyalah, kerja tak dibayar gaji. 

Lepas Asar mak suruh hantar mak ke rumah Chu sebab nak tolong Chu memasak pulut/lauk untuk dibawak ke masjid malam nih. Aik lagi sekali? Apa ocassion nya kali nih? 

Aku menyiram kat Zone 3b, Zone 2, Long menayngkul di Zone 3a. 

"Pergilah jemput mak, kang riuh kang", aku kata kat Long, pukul 6-05 petang. 

"Karang sikit lah', kata Long, selamba jer Long teruskan menyangkul. Dari kejauhan tuh tak putus-putus talipun berdering yang aku dengar, sure mak menalipun tuh. Macamana nak jawab, aku kat kebun, mana boleh masuk rumah dengan keadaan kotor macam tuh. 

Rupanya makanan tuh mak sama Chu terpaksa sediakan sebab tak ada orang lain volunteer nak sediakan, malam nih kan ker ada Ustaz ajar mengaji? The same Ustaz yang ajar kitaorang setiap petang Isnin. 

"Chu, kan tadi saya dah cakap, pulut tak akan cukup, air cuma secerek, telur gorengnya sikit", aku kata gitu kat Chu masa balik lepas Isyak.  

Dear Diary, 

Harinih, 20 April, sepatutnya harijadi (arwah) pak kan? Dan harinih jugak, 3 tahun lepas, aku ditangkap kat Niagara Falls, New York.

Friday

Jumaat - 19042013

"Minum di luar sokmo aok yerk?", Makcik Lijah tegur aku masa terserempak dengan dia sekeluarga, just lepas aku habis breakfast. 

Terfikir jugak aku, hari-hari aku breakfast kat luar (cuma 2 kali ituhari aje minum kat rumah), apa mak fikir hah? Apa orang lain kata? Tak kerja, duit adik beradik kasi, tapi hari-hari makan kat luar. Gitu kot? Ah, lantak lah, I'm not going to give a flying fuck apa orang nak fikir, nak kata. Walaupun there's a little truth in it. 

Macam nih, selagi aku ada duit, aku akan tetap minum kat luar, nanti bila aku tak ada duit, atau katalah aku sengkek sangat nanti, sure aku tak mengeteh dah kan? Sure aku akan beli roti, bancuh air sendiri, kan? Lagipun, keadaan aku di kampung nih, itu jer time yang aku look forward to setiap hari, kalau tak memang bosan gila hidup aku, dah lah tak ada kawan, tak bercakap. Dengan pergi minum kat luar setiap hari tuh at least aku ada jugak menengok dunia luar, kan? 

Anak makcik Lijah kasi duit beli kelapa ituhari, dapatlah RM 70. Tapi itu bukan duit aku, itu duit mak. Pelik sungguh aku, kat kampung nih ramai sungguh pembeli kelapa, almost setiap hari ada yang datang tanya-tanya kalau ada kelapa. Kitaorang punya kelapa, anak Makcik Lijah dah book, every 2 months dia datang jolok. 

"Hari-hari aok nyirang (menyiram)?", S tanya aku, semalam aku dah siram kat Zone 1 tapi pagi nih aku menyiram lagi sedangkan aku ada beritahu dia aku menyiram 2 hari sekali. Sebenarnya aku menyiram tuh bukan apa, aku nak "bersihkan" some of the anak kacangs yang kena semburan racun. Geram aku S nih, dia meracun tuh tak hati-hati langsung, jadi macam dulu jugak, tempias kat pokok kacang yang baru naik tuh. 

Kering sangat tanah so terpaksalah aku menyiram jugak kat Zone 3b, cadangnya nak terus aje sambung menanam. Itu yang habis masa tuh, cuma dapat 3 baris aje. Tak apa lah, dah tinggal sikit jer lagi, aku punya deadline Sunday nih so kiranya aku masih ahead of schedule lah kan? 

Petang nih gelap sekeliling, macam nak hujan sangat. Aku mulanya tak nak ke kebun sebab gaya macam nak hujan sangat dah, macam any moment jer hujan akan turun. Tapi, kalau aku tak turun ke kebun sebab aku ingatkan hujan akan turun, biasanya hujan tak turun. So terpaksalah aku tukar pakaian kerja, dan ke kebun jugaklah akhirnya. Dapatlah another 2 batas bertanam. Then hujan turun, tak lebat, cuma rintik-rintik. 

Masa Maghrib nak mula barulah hujan lebat, bersyukur aku pasal esok bolehlah menyangkul kat Zone 3a, lepas habiskan menanam kat Zone 3b tuh. Long pun akan balik esok, so just nice lah. 

Since hujan lebat membawak ke Isyak, tak ramai orang datang masjid for Kuliah Maghrib, lagipun Ustaz yang bagi kuliah tu slow sangat, cakap pun meleret-leret, memang 4 lima orang jer yang datang. 

Dan bermakna jugak, banyak makanan yang berlebih. Satu talam sorang harinih, biasanya 1 talam untuk 4 orang. Tihah suruh aku tunggu mak, Chu dan Makcik Esah sebab dia nak balik cepat, so lama lah jugak aku menunggu dalam kereta, sesambil dengar lagu. 

Khamis - 18042013

"Mak rasa kita caberk (cabut) jer lah kacang (Zone 4) terh (tuh), semak ngat (sangat) dah jadinya", kata mak Subuh tadi.

"Lain kali jer lah, banyak kerja lain nak buat", aku jawab gitu.

"Besok nanti habis dimakan tikerh (tikus), (arwah) pak kemarin uko habih (sampaikan habis) nya makan der (dek) tikerh", kata mak.

"Lepas saya siap menanam (Zone 3b) lah, kacang tu tak tua lagi, daun dia belum kering", aku jawab lagi.

Now, aku tahu sangat mak buat cerita. (Arwah) pak dulu tanam kacang kat depan rumah, kat situ mana ada tikus, kacang yang aku tanam kat depan rumah dulu tuh, semuanya elok-elok belaka. Uko habih? Ha, itu satu lagi term yang ditambah sesedap rasa. 

"Jauh ne'ngu (termenung/khayal/berangan - Bahasa Kelantan)", bini Samad tegur aku masa aku minum.

Lamunan aku terhenti. Aku ada terfikir yang sekarang nih, setiap ayat mak, setiap percakapan mak, aku kena kaji, aku kena tapis, fikir masak-masak dulu. Aku tak boleh terima bulat-bulat macam dulu. Dulu masa aku tak tahu, memang aku percaya, aku terima apa jer mak cakap, cerita mak. Tapi sekarang nih tak boleh lah aku nak terima bulat-bulat, dah dekat 5 bulan aku duduk kampung, aku rasa aku dah faham mak punya style. Aku rasa "kesian" pulak dengan adik beradik aku yang percaya totally dengan apa yang mak cakap. Now, bukan aku kata mak kuat kelentong, bukan! Cuma percakapan, cerita mak mak banyak perisa. Semuanya jadi lazat-lazat belaka. Even benda basi pun, bila diletak flavor, akan jadi sedap. 

Bersemangat aku nak teruskan menanam pagi nih, so aku siapkan 6 baris, then mula menyiram kat semua kawasan. Tak henti sikit pun dari 7-45 tuh, sampailah pukul 11 baru aku pergi minum. Cadangnya nak sambung lagi menanam a few more baris tapi benih habis lah pulak, malas nak pergi ambik kat dalam frdige sebab aku berpakaian kerja, yang kotor teramat.

Masa hantar mak ke masjid untuk Kuliah Ugama, mak suruh aku beli tembikai untuk dibawak ke masjid malam nih, mak kata Chu yang suruh. 

Kuliah Ugama belum habis masa aku sampai masjid for Asar, bertembung pulak dengan Ustaz Simon Cowell, selama ini aku belum berkesempatan nak sembang dengan dia. Biasalahkan, dia being macam Simon Cowell and stuff kan? Tapi tadi tuh aku tegur dia, aku ambik kesempatan tuh tanya dia, apa sebenarnya salah yang aku baca semalam tuh. So dia ajar lah aku macamana nak menyebutnya, which to me memang tak ada bezanya pun, biasalah kadang tuh macam lain sikit yang keluar dari mulut. 

"Betul dah awak baca cuma kena tune kan sikit lagu nya", kata Ustaz tuh. "Makin lama makin bagus dah bacaan awak, belajar memang macam gini, jangan putus asa", kata Ustaz Simon Cowell lagi. And then dia bagi contoh a few orang yang pernah belajar mengaji dengan dia, ada yang langsung tak datang dah ke masjid, ada yang belajar dah lama tapi tak ret-reti nak menyebut dengan betul, macam-macam lah.

"Ayah awak kemaren terh (tu) tak datang jugerk (jugak) belajor mengaji tapi ada sekali terh (tu) dia datang. Pelik lah kome, "buang tebiat dah Pok De nih", kome kata dalang (dalam) hati. Rupa-rupanya mati sungguh", kata Ustaz tuh.

Sabar jer lah Ustaz Simon Cowell nih.

Aku ada dengar cerita tu, (arwah) pak, macam kebanyakan orang lain, tak join mengaji kalau Ustaz tuh yang ajar (ada Ustaz lain jugak yang mengajar, malam Sabtu. Ha, yang tuh memang arwah pak tak ketinggalan join). 

"Banyok mengaji malang 9malam) nih Pok De?", one of the jemaahs tanya (arwah) pak.

"Malam esok koi tak mengaji dah", (arwah) pak berseloroh.

Tuhan punya kuasa, esoknya (arwah) pak accident, dan meninggal.

Pelik aku, lepas Asar tuh mak kata nak ke rumah Chu, nak tolong-tolong Chu memasak untuk jamuan di masjid malam nih. Mulanya aku dah tak nak ke kebun sebab dalam sejam lepas tuh aku dah kena jemput mak, tapi aku kuatkan semangat, so dapatlah another 2 baris yang aku tanam. Rasanya petang esok boleh siap menanam kat Zone 3b tuh, atau kalau benih habis. Dah tak ada benih dah sekarang nih, aku terpaksa cabut kacang Zone 4 yang tinggal sikit tuh untuk dibuat benih.

Aku rasa mak share dengan Chu untuk jamuan kat masjid tuh pasal mak beria-ia sangat menolong Chu, ada sorang lagi kawan mak yang tolong. 

Lepas Kuliah Maghrib, Imam buat announcement macam selalu, malam nih ada 2 majlis Tahlil, satu tuh yang semalam (malam ni malam ke 2), dan satu lagi dibuat di masjid. Terkejut jugak aku bila Imam tuh baca nama mak, rupanya mak yang sponsor khenduri malam nih, untuk tahlil arwah pak. Ish, aku tak tahu menahu, mak tak kasi tahu aku pun.

Oooo, patutlah tadi aku nampak mak bercakap dengan Ustaz yang kasi ceramah, then aku nampak mak bercakap jugak dengan Imam. 

Oooo, patutlah mak beria sangat menolong Chu memasak, rupanya mak bayar kat Chu untuk sediakan makanan. 

Oooo, patutlah tadi mak ajak kawan mak yang tolong masak tuh, as if mak yang 'tuan punya" khenduri. 

Lepas makan, mak suruh aku balik dulu sebab mak nak membasuh pinggan mangkuk, Tihah akan hantar mak balik. Happy aku dengan arrangement macam tuh, tiap-tiap petang aku yang tumpangkan Chu ke masjid, malam pulak selalunya Tihah akan datang jemput Chu. 

"Tak cukup nasi nya, air tak cukup, tembikai pun tak dan ke mende", aku kata gitu masa Tihah/Chu hantar mak balik.

"Silap teknik", kata Chu. "Dengar katanya orang yang buat Tahlil arwah tu nak bawak makanan ke masjid jugerk (jugak), itu yang masak sikit tuh. Ramai pulak orang malam ni", kata Chu lagi.

"Malam Jumaat, memang ramai orang", aku jawab gitu. 

"Itulah awak, beli tembikai sebijik jer", kata Chu lagi. Malas lah aku kata yang aku beli tembikai yang besar tapi mak tak potong/bawak kesemuanya ke masjid.