"Bukan ker kejap tadi awak dah minum?", tokay kedai tuh tanya aku bila aku order Kopi Mahkota Dewa yang macam dah jadi minuman khas aku setiap pagi. Memangah, tadinya aku dah breakfast tapi yang kali kedua nih minum masa break. Cuma masalahnya, jarak masa breakfast dengan break tuh cuma sejam setengah.
Kedai Chu Bekam tutup, so terpaksa aku mengopi di kedai Samad tuh. Biasanya kalau aku breakfast kat kedai Samad, breaknya aku minum kat kedai Chu Bekam, that way diaorang tak perasan sangat yang aku cuma kerja sejam lebih sikit jer, break nya yang lebih. Apalah diaorang nih, patutnya senyap aje lah, biarkan aje aku selalu melepak kat kedai diaorang.
Mulanya aku menanam kat Zone 3b, dapatlah 4 baris, then aku mula menyangkul kat Zone 3a, ya ampun, tanah dah keras. Kejap aje berpeluh aku dibuatnya. Dan lepas break tuh aku cadang nak sambung semula tapi kaki aku terus aje terberjalan balik ke rumah. Masa tuh belum pun pukul 10.
So lama lah jugak aku online, memorex. Aku layan sell AUDUSD since aku ada open positions sejak last week lagi. Sesambil tuh monitor Gold sama Silver jugak, they "melt" like chocolate. Kesian kat diaorang yang bullish gold, who would have thought gold akan pergi below 1500 kan?
Lambat Ustaz datang tengahari nih, sampai 4 kali aku ulang practice baca 3 pages of Quran yang aku kena baca depan Ustaz tuh.
Lepas Asar aku sambung menanam kacang tanah, dapat another 5 baris. Sesambil tuh layan Akak The yang menalipun. Masa kat Zone 1 aku perasan yang kacang kuda aku dah ada yang tumbuh, terus bersemangat aku nak continue menanam. So aku tanam kat kawasan-kawasan kecik, bukan kat main area utuk tanam kacang tanah tuh.
Pelik mak agaknya pasal aku asyik melayan talipun aje, satu tangan lagi menanam kacang, itu yang mak asyik lalu lalang aje. Aku dok melayan call dari CIMB Takaful, adalah officer nih yang rekomen suruh aku upgrade kan takaful aku tuh. Dia tak tahu yang aku nih mana ada income. Macamana pun aku setuju, so bayaran bulanannya bertambah lah another RM 48.
"Kacang yang keras ni mendenya?", mak tanya.
La, rupanya masa aku mandi, mak check bekas benih kacang, kacang kuda tuh ada aku letak dalam bekas tuh.
"Kacang kuda, saja jer nak cuba-cuba tanam", aku kata gitu.
Malam nih tak ada Kuliah, atau mengaji. Biasanya malam hari Isnin ada Imam tu ajak sama-sama mengaji tapi dia belum balik Umrah, so minggu nih free lah. Kebetulan aku rasa macam lapar, so lepas Maghrib, for the first time nya, aku keluar pergi makan. Masa wirid lepas sembahyang tu lagi dah aku asyik berangan jer, aku fikir, macam kesian jer hidup aku nih sebab tak ada kawan nak ajak pergi makan, nak ajak lepak-lepak. Itu yang aku makan kat luar tuh, saja jer lah nak tukar angin, sesekali nak jugak makan Tom Yam kan?