Tuesday

Isnin - 01042013

Bersyukur sungguh lah sebab semalam hujan lebat, so senang sangat nak mencabut kacang pagi nih, guna satu tangan aje pun boleh dicabut seperdu. So guna dua-dua tangan dalam satu waktu. Mak tak puasa sunat harinih pasal nak tolong cabut kacang. Tapi, dapat 2 baris jer, terus mak berhenti. Tak sampai setengah jam pun. 

Aku jer yang kerja sampai pukul 12 lebih, lepas mencabut, terus lah meleraikan kacang tuh, tak sempat separuh pun selesainya. Itupun rasa macam nak patah pinggang. Sampai 3 kali aku ke kedai beli air asam boi, sesambil tuh bersembang jugak dengan S yang banyak merokok, lepak aje daripada bekerja. Dia memang gitu. Banyaklah yang S tanya aku, aku jawab gitu-gitu jer bila dia tanya bila nak kawin, shits like that. 

Lepas Zohor kitaorang ada mengaji kat surau, lambat Ustaz datang, aku dah resah dah. Ingatkan nak cabut gitu aje, iyalah, mana lah tahu kalau-kalau Ustaz tuh cuti sempena Easter kan?

Lepas Asar aku sambung menanam kat Zone 2, terlupa pulak nak penuhkan tupperware tuh dengan benih kacang, so dapatlah 5 baris aje. Malas aku nak pergi semula ambil benih kat rumah, kang aku tersentapz kang dengan soalan mak. Gila lah, nampak gayanya 3 hari baru dapat habiskan menanam kat Zone 2 tuh. Lepas tuh aku sambung meleraikan kacang, dapatlah dalam 5 kilo kot. Aku berhenti tuh pun pasal gaya macam nak hujan. Tapi tak hujan jugak. Tak apa lah.

Masa siap sembahyang sunat, aku nampak Ustaz Simon Cowell ada, berjubah, berserban (tandanya dia nak mengajar), sambil letakkan bag dia kat tempat mengajar. "Shit!", terpacul keluar dari mulut aku. Terus aku berustighafar. Patutnya malam nih bukan dia yang mengajar, dia bertugas mengajar cuma hari Rabu, mamposlah kalau malam nih dia mengajar jugak, kata aku dalam hati. Rupanya dia tak mengajar mengaji, tapi dia bagi kuliah ugama yang aku rasa cuma dua tiga butir perkataan jer yang masuk kat otak kepala aku yang bengap nih. Dia punya penyampaian tuh yang slow semacam, dah lah suara tak jelas. Tapi, kalau bab memperli orang masa mengajai tuh, jelas pulak kitaorang dengar. 

Malam aku tak memorex sangat pasal market kind of slow (kecuali dalam pukul 10 sebab ada data dari US yang keluar, yang ada bagi impact jugak kat Dollar), so aku layan tengok The Amazing Race sama Survivor.