Sunday

Sabtu - 06042013

Duduk kampung nih, hari Sabtu lah hari yang dinanti-nantikan. Sebab hari Pekan Sehari. Jugak sebab aku akan dapat tidur lepas Subuh tanpa ada rasa "guilty". Jugak sebab aku akan cuma turun ke kebun selepas breakfast kat Pekan Sehari tuh.

Long ada balik, sorang jer, bersemangat Long nak menyiapkan Zone 1, Long sorang jer yang nak ambik port bahagian cangkul-menyangkul nih, Long suka nak keluarkan peluh. Aku tak mencabut kacang walaupun mak ada beritahu yang ada orang nak order 4 kilo kacang, esok hari. Tunggu esok jer lah, takat 3 kilo tuh memang boleh dapat, balance semalam pun ada sikit lagi rasanya. 

So aku dengan Long lah kerja kat Zone 1 tuh, aku sembur air mulanya, sembur kat semua kawasan, then barulah mula menyangkul. Kalau dulu kat satu kawasan dapat 2 batas (2 baris tanaman), tapi kali ini rasanya boleh ditanam 5 baris sebab kitaorang besarkan sikit kawasan, tanah kat situ subur. So Zone 1 nih lebih luas dari Zone 2 akhirnya. Lepas menyangkul barulah aku ratakan tanah, rasanya petang nih dah boleh start menanam, it will take a few sessions tuh nak menanam, nampak jer gaya macam mudah tapi leceh jugak sebenarnya. 

Lepas Zohor masing-masing terlantar keletihan, best pulak tidur tanpa ada gangguan, mak pun tak payah dihantar ke Surau pasal Sabtu tak ada sessi mengaji. 

Elok jer selesai Asar, hujan turun. Yang amat lebat. Bersyukur sungguhlah kitaorang sebab senanglah nak menyangkul besok nih, tanah jadi lembut. Nak mencabut kacang kat Zone 4 pun senang jugak. Berlarut-larutan sampai Isyak hujan turun. 

Ustaz tak ada malam nih, kelas mengaji dikensel. Lepas Isyak kitaorang singgah makan kat rumah Chu sebab Chu ada pelawa, anak menantu Chu ada dua keluarga yang balik, so makan besar lah malam nih. Aku ada ajak menantu Chu datang cabut kacang esok pagi sebab diaorang nak kan experience macamana nak mencabut kacang.