"Long nak balik pagi nih, semalam Ida ada beritahu", aku kata kat mak Subuh tadi.
"Itulah, mak nak ke Lurah Bilut (Bentong), anak Kak The Raub (sepupu) nak bertunang. Beria sangat menalipun ajak mak pergi", mak kata gitu. Aku dah tahu semalam dah yang mak nak ke Bentong (sama Chu, Tihah), Ida jugak yang beritahu. Mulanya aku pelik jugak apa pasal mak selalu tak beritahu aku apa plan mak, tapi, aku tak nak fikir lebih-lebih. Tanak beritahu kalu, that's fine by me.
"Dia tidur lagi agaknya...", aku terdengar mak jawab gitu masa Long talipun. Teruslah aku bangun, memang biasanya Sabtu aku akan sambung tidur lepas subuh. Hari-hari lain aku sekadar pejamkan mata sekejap aje. Aku pergi jugak Pekan Sehari walaupun mak banyak beli makanan, sate, nasi impit, lemang, kuih muih, nasi lemak.
And so mak ke Bentong, aku sama Long di kebun. Long menyangkul di Zone 3a, aku, lepas menyambung menanam kat Zone 3b (hampir siap tapi kehabisan benih), aku ke Zone 4, mencabut kacang. Kalaulah kacang kat Zone lain macam kat Zone 4 tuh, harus aku dah stop buat second round. Dari satu perdu ke satu perdu aku cabut, berapa bijik jer kacang yang dapat dipetik. Semuanya dimakan tikus, dan yang tinggal kebanyakannya masih muda belia lagi. Pelik aku, apa pasal kacang kat Zone 4 macam tu hah? Dah 4 bulan lebih. Dulu aku ingatkan kacang kat Zone 4 lah yang akan kasi hasil paling banyak sebab pokoknya subur-subur. Tapi, harapkan subur aje, isinya tak ada dah, dan mana yang ada tuh, masih muda. Dalam 5 bari kacang yang aku cabut, kacang yang elok cuma sesuku baldi, tak sampai 2 kilo pun.
"Tak nak dah tanam kacang kat sini, rugi jer. Nak tanam benda lain lah pulak kot", aku kata gitu kat Long.
"Tak apa, nanti kalau letak racun tikus, tak ada musuh dah", kata Long.
Mungkin Long boleh baca riak muka aku yang a little disappointed. Walaupun aku bersyukur dengan apa yang dapat, dengan apa yang ada tapi I cannot hide the feeling yang aku ada jugak perasaan terkilan tuh. Tapi tak apa, itu semua satu pengajaran.
"Moh ke Sungai Ruan hantar mesin potong rumput', kata Long. Rupanya tadi mak ada suruh Long hantar repair mesin tuh pasal mak dah komplen yang rumput in between pokok pisang dengan kawasan kacang aku tuh dah panjang.
"Sebenarnya tak menjejaskan langsung kacang, tapi dah mak suruh potong", kata Long.
Dalam hati aku kata, "Ya Rabbi, rumput sepanjang itu, sikit sangat pulak tuh, itupun mak nak beria sangat? Apa pasal mak lebih pentingkan benda remeh macam tuh? Banyak kerja lain yang jauh lebih penting yang perlu disapkan"
"Saspen gak nih takut tak cukup benih, buatnya kacang (Zone 4) semuanya rosak, habislah, tak tanam apa nanti nih?', aku kata gitu kat Long.
"Habis dah benih?", Long tanya. Malaslah aku jawab yang aku bukan handle Jabatan Pembenihan. Dan kalau tanya Officer kat Jabatan Pembenihan pulak, tentu dia jawab, "Awak tanam rapat sangat". Ataupun, "Banyak sangat dah kupas kacang buat benih tu dulu, habis dah?". Memang banyak, tapi bukan kacang yang banyak nya. Yang banyaknya, bekas letak benih kacang tuh, memang banyak, sebab bekas kecik-kecik. ekekekek. Tapi, tak kan aku nak jawab gitu kan, nanti marah pulak Officer di Jabatan Pembenihan tuh.
"Kena beli benih semula lah, kat Cina Sempalit tuh', kata Long.
"Tak nak lah. Habis benih, tanam benda lain lah, lada ker', aku jawab gitu.
"Cuba awak tanam ubi kayu", kata Long. Ish, tak glamer langsung.
Sementara tunggu Cina tuh repair mesin rumput, kitaorang tengok-tengok mesin/pam air, harganya dalam lingkungan RM 650 ke RM 800. Memang teruja nak ambik satu tapi Long tak bawak duit, dan aku kata kat Long, kalau nak beli apa-apa, guna duit hasil jualan kacang. Walaupun duit tuh tak dapat kat aku tapi at least aku nak suara aku didengar when comes to benda-benda macam tuh. After all aku yang tanam kacang tuh kan? Kalau aku nih bangla, dah lama aku lari waktu malam. Iyalah, kerja tak dibayar gaji.
Lepas Asar mak suruh hantar mak ke rumah Chu sebab nak tolong Chu memasak pulut/lauk untuk dibawak ke masjid malam nih. Aik lagi sekali? Apa ocassion nya kali nih?
Aku menyiram kat Zone 3b, Zone 2, Long menayngkul di Zone 3a.
"Pergilah jemput mak, kang riuh kang", aku kata kat Long, pukul 6-05 petang.
"Karang sikit lah', kata Long, selamba jer Long teruskan menyangkul. Dari kejauhan tuh tak putus-putus talipun berdering yang aku dengar, sure mak menalipun tuh. Macamana nak jawab, aku kat kebun, mana boleh masuk rumah dengan keadaan kotor macam tuh.
Rupanya makanan tuh mak sama Chu terpaksa sediakan sebab tak ada orang lain volunteer nak sediakan, malam nih kan ker ada Ustaz ajar mengaji? The same Ustaz yang ajar kitaorang setiap petang Isnin.
"Chu, kan tadi saya dah cakap, pulut tak akan cukup, air cuma secerek, telur gorengnya sikit", aku kata gitu kat Chu masa balik lepas Isyak.
Dear Diary,
Harinih, 20 April, sepatutnya harijadi (arwah) pak kan? Dan harinih jugak, 3 tahun lepas, aku ditangkap kat Niagara Falls, New York.
Dear Diary,
Harinih, 20 April, sepatutnya harijadi (arwah) pak kan? Dan harinih jugak, 3 tahun lepas, aku ditangkap kat Niagara Falls, New York.