Friday

Khamis - 25042013

Tertidur aku sementara menunggu hari siang, sedar-sedar dah lapan lebih. itupun sebab bunyi bising,mak menghalau anjing. Bila aku nak ke keluar aje untuk breakfast dan ke kebun, baru aku perasan yang hujan tengah turun rintik-rintik. Aku teruskan jugak ke kedai. 

Merata-rata aku mencari kacang tanah yang timbul di permukaan tanah (disebabkan hujan), untuk aku tanam di Zone 3a. Aku pindahkan jugak anak-anak kacang yang tumbuh sendiri di Zone 4 tuh, semuanya untuk memenuhkan Zone 3a yang sekarang dah dah dalam 60% dah ditanam. Aku menyangkul jugak sesikit sekadar untuk keluarkan peluh.

Lepas break aku ke Zone 2, mencabut rumput dan pokok-pokok renek yang dah mula tumbuh. Tak boleh nak dibiarkan semak tuh tumbuh berleluasa, nanti ada pulak yang suruh S sembur racun. Kalau diracun, memang tempias habislah pasal pokok-pokok kacang semuanya rapat-rapat. Aku nak pastikan yang S tak berani mendekati kawasan tanaman kacang aku. Lawak kerjanya S tuh, dia sungguh-sungguh tanam pisang, last-last bila dia meracun, semua pisang yang ditanam tuh layu kena racun. Dia meracun pakai tibai jer, sebijik macam Ghosbuster. Seriously, it's hard to take him seriously (but I'm okay with that). I guess he knows the advantages of being a village idiot.

"Bagi ke mak awak resit nih", kata Bendahari masjid masa lepas Zohor.

Resit derma, RM 200, mungkin sebab nak cover balik duit masjid yang kena curi semalam tuh. Bless my mak.

"Awak bila nak pergi tukar tayar kereta?", mak tanya.

"Esoklah", aku kata gitu. Pelik jugak aku apa pasal sekarang pulak mak tanya, dah lama dah aku sound yang tayar tub dah botak sangat, kena ditukar, tapi mak buat tak kisah jer.

"Pergi petang ni lah, esok kita nak ke Tabung Haji", kata mak lagi.

"Mana sempat, kang nak ke masjid, esok pagi jer lah", aku kata gitu.

"Dan (sempat) dak, awak hantar mak ke masjid cepat sikit kang masa Kuliah", kata mak lagi.

Gitu lah, patutnya beritahu awal-awal. Kalau beritahu pagi tadi kan ker bagus? Ker mak tak nak aku pergi mana-mana waktu pagi sebab pagi aku ke kebun? 

"Semalam saya sama Ani pyscho mak, beritahu suruh tukar tayar kereta. Kalau tak, sampai ke sudah tak bertukar", aku dapat message dari Ida. Ha, patutlah mak beria sangat.

2 setengah aku dah hantar mak ke masjid, terus aku ke Pintu Padang, ada kedai tayar yang baru bukak kat situ, tak sibuk gayanya. So aku tukar keempat-empat tayar.

Ngam-ngam Asar masa aku sampai, dan ngam-ngam jugak hujan turun mencurah-curah. Yang berlanjutan sampai ke malam. Bersyukurnya aku. Dan katalah akan datang nih panas berdenting, aku tak akan komplen, tak akan mengeluh, pasal seseminggu nih aku dah banyak bersyukur. Aku akan tetap bersyukur dalam keadaan macamana sekalipun.