Terlewat aku bangun masa tidur lepas Subuh tadi, mak ingatkan aku dah ke Pekan Sehari. Pui merayau-rayau cari aku, lepas breakfast, kitaorang beli barang yang mak pesan.
Then ke kebun, mencabut kacang kat Zone 4 sama Pui, sesambil tuh bersembang pasal kehidupan seharian duduk di kampung ni lah. Dalam ramai-ramai adik beradik lelaki, dengan Pui (selain Long) ajelah aku banyak bersembangnya sebab Pui nih dia suka tanya. Dengan Lan ituhari, dua ayat jer rasanya kitaorang bercakap, satu tuh masa Lan beritahu aku yang Pilihanraya 5hb Mei nanti, satu lagi tuh masa Lan dah nak balik. Itu aje.
Banyaklah yang kitaorang sembangkan pasal mak, pasal aku, pasal adik beradik yang lain. "Mak nampak kita bersembang nih", kata Pui. Masa tuh mak tengah memilih belimbing, kitaorang lepak-lepak kat kawasan sayur, lepas mencabut kacang tuh.
"I'm surprised awak boleh tahan selama ini, kalau aku agaknya, seminggu jer dah cabut", kata Pui.
"Cuba awak pergi Sungai Ruan, cari tin besi. Chu dulu beli tin besi di kedai Cina di Sungai Ruan tuh. Senang sikit nak mereberh (merebus) belimbing nih", kata mak.
Lepas tuh mak suruh aku panjat pokok belimbing. Setakat pokok belimbing, pokok yang ada cabang dan dahan, memang aku boleh panjat. Tapi kalau pokok yang lurus, pokok betik for example, itu aku tak reti nak panjat. Senang jer memanjat, mengutip belimbing rupanya. Panjat pokok tuh, then gegar kuat-kuat, berteraburan buah yang gugur. Kejap jer penuh 3 tong yang kitaorang dapat, aku sama Pui. Then teruslah aku sama Pui ke Sungai Ruan. Dari satu kedai runcit ke kedai runcit yang lain, ke kedai hardware, kedai peralatan pertanian, tak ada pun orang jual tin besi tuh.
"Talipun Chu, tanya dia beli kat mana", aku kata gitu.
"Awak tengok tuh, pandai jer mak buat cerita, tambah-tambah cerita. Chu kata tin tu kawan dia bagi kat dia tapi mak kata Chu beli kat Sungai Ruan nih", aku kata kat Pui.
Lega aku bila petang nih hujan, angin kuat. Tapi bila aku turun ke kebun lepas Asar, tanah kering, macam tak kena hujan pun. Dapatlah menyangkul sesikit, by tomorrow aku kena siapkan Zone 3b nih sebab Isnin aku akan mula menanam. That will take like 2 days kot (4 sessi, pagi dan petang), so dah siap tuh baru aku mula menayngkul kat Zone 3 a pulak, diselang seli kan dengan menyiram kat Zone 1, 2 dan 3 b. Kali ini, Zone 3b akan ditanam lebih awal dari Zone 3a.
Masa Long menalipun mak petang nih, aku terdengar yang mak kata mak tak tahu apa pasal aku belum mula menanam kat Zone 3b tuh (kan ker belum betul-betul siap kawasannya? Boleh kalau aku nak mula menanam tapi, aku yang buat kerja, so ikut cara aku lah kan?)
Tak ada pulak Ustaz mengajar mengaji malam nih, dan tak ada lah jugak jamuan makan.