Kat sekitar Sungai Ruan nih memang banyak ladang, kawasan pertanian besar-besaran, so tak heranlah ramai Indons yang berkeliaran di sini. Kat Bandar Raub tuh kalau weekend, penuh dengan Indons kat stesyen bas. Dah jadi macam habit diaorang pulak, pagi-pagi berkumpul ramai-ramai mengeteh kat one of the kedais tempat aku mengeteh tuh. That's fine. Cuma yang aku tak tahannya, diaorang semuanya cuba cakap Bahasa Malaysia standard. Buruk sangat bunyinya.
Boleh tahan jugak aku menyangkul kat Zone 3b pagi nih, semangat semalam masih belum pudar. Cuma aku tak dapat nak kerja lama sikit pasal aku kena menyiram etc sebab mak pun ada turun ke kawasan sayur, mak menanam sebaris dua kacang tanah yang dah tumbuh benihnya.
Aku peratikan aje mak buat kerja, kalau aku, sure dalam masa tak sampai 5 minit akan siap semuanya tapi mak bersungguh-sungguh kerja nya. Memang tak boleh cari makan gayanya mak kerja tuh. But that doesn't stop her from kata, "penuhkan tong air tuh, mak nak siram kacang tu nanti". Means nothing to some (and to her kan?) tapi dalam hati aku kata, this is my mak, I have to deal with this kind of thing setiap hari.
Panas sungguhlah petang nih, aku tidur di beranda tak berbaju. Nak makan pun tak lalu, asyik minum aje. Seseminggu dua nih aku dah kurang minum ais, so dah lama jugak aku tak kena selsema. Infact sekarang nih hidung tak berair dah, bersin pun dah tak ada, kalau dulu tuh, setiap bangun pagi aku berair hidung.
Lepas Asar aku menyiram kat Zone 2, jugak kat jagung. Tak sempat nak meyiram Zone 1, esok lah.
Pui sekeluarga ada balik malam nih, dah pukul 10-30 pm baru sampai dari Ampang. Aku tak berjaga sampai lewat sebab Forex aku macam tak ada ong harinih, almost semua profits yang aku dapat semalam tuh, habis lebur. Padan muka aku sebab aku jadi macam tamak sikit. Macamana pun account aku ok, cuma open positions dah tak banyak.