"Karang moh ke Raub dalam pepukul 10, mak nak ke klinik nak ambik ubat. Pening sangat kepala nih", kata mak. Pagi tadi mak terlambat bangun, aku yang bangun dulu, tapi nak kejutkan mak, tak baik pulak, kan? Nasib baik sempat Subuh di masjid.
So cepatlah aku keluar breakfast harinih, sempatlah nak menanam barang sebaris dua nanti tuh. Masa lalu kat surau aku tengok ada ramai orang Tabligh, ada jemaah baru sampai gamaknya. Siaplah petang nih datang ke rumah nak tasykil aku ajak keluar, kata aku dalam hati. Masa minum, ada 2 orang Tabligh tu datang nak minum, Jemaah dari luar gayanya, dari India kot. Since aku tak keluar, since aku tak belanjakan duit di jalan Allah macam diaorang tuh, so aku secretly paid for their breakfast. (Sebab diaorang berdua jer, kalau segerombolan, sorrylah aku nak bayar).
Eh, apa pasal zaman aku keluar Tabligh dulu, Jemaah langsung tak boleh nak merayau-rayau, tak boleh ke mana-mana? Sekarang nih aku tengok, selamba jer Jemaah melepak kat kedai kopi. Ada yang keluar Tabligh bawak ipad pun ada, menalipun, buat benda-benda lain? Dah ada kelonggaran sikit kot?
Aku menanam kat Zone 1, tak guna cangkul pun, instead aku gali guna tangan. Sebab tanahnya lembut, semalam kan ker hujan? Tak perasan mak ada datang lalu lalang. Biasalah tuh, nak tengok samada aku tanam rapat-rapat ker tidak. Sabar jer lah kan?
And so kitaorang ke Raub, aku tinggalkan mak kat klinik, aku merayap pergi Bank Islam (nak check balance yang tak ada hehehe). Aku selalu, sejak jadi pekebun nih, bila lalu jer kedai runcit, aku akan jeling-jeling jualan diaorang, tengoj harga benda-benda macam kacang tanah gitu. So aku tanya pasal kacang kuda, tokay tu pun tak tahu macamana nak tanam, kat Malaysia nih tak ada orang tanam kacang kuda, semuanya diimport dari India. Aku beli sebungkus, aku nak cuba tanam dua tiga bijik dulu. Kalau hidup, aku nak tanam semuanya, dan kalau tak hidup, aku nak rebus jer kacang tuh.
I have nothing against Tabligh, tapi kalau di tempat orang tuh pandai-pandailah bawak diri, ambik hati orang. Tadi masa nak mengaji, jadi bengang jugak aku kat Jemaah yang ada dalam 10 orang tuh. Dah berapa kali aku explain kata yang orang perempuan nak guna laluan, diaorang selamba aje berkeliaran. Dah pulak tuh ada orang Tabligh India, dia rileks jer tak berbaju, melepak kat tangga tempat perempuan punya section. Kat dalam surau apa tah lagi, aku tahu lah lepas Zohor masa yang seronok untuk tidur tapi respect lah sikit kat kitaorang yang nak guna surau tuh.
Dapatlah another 6 baris aku menanam kat Zone 1 lepas Asar tadi, buat sikit jer sebab kesuntukan waktu, nak kena disiram lepas tuh, dan kacang Zone 2 pun nak disiram jugak. Baru aku terperasan yang peria aku dah lama berbuah, tapi malangnya kedua-dua bijik peria tuh buruk/rosak. Pokok kacang buncis batch pertama semuanya dah kering, looks like aku kena clearkan semua tuh dan tanam yang baru. Tapi, tak ada masa pulak nih nak even ke tempat sayur, nak jenguk-jenguk sayur.
Tak ada pulak Kuliah Ugama lepas Maghrib tadi, lepas Isyak pun tak ada jamuan, aku punyalah lapar. Ada aku terfikir yang once in a while kalau tak ada Kuliah atau mengaji (lepas Maghrib), nak aku ke gerai, makan-makan sambil tunggu Isyak. Tapi, takut pulak terselalu jadinya, payah pulak nanti nak kikis habit.
Mak kata esok Lan sekeluarga akan balik for a few days sebelum diaorang ke Jengka 8 untuk melawat keluarga Rozi pulak. Dengar ceritanya Lan sama Rozi akan ulang alik (2 minggu sekali) ke Qatar.