"Awak dah boleh menanang (menanam) dah (kat Zone 3a), tanang (tanam) ikut baris yang dulu, tanah dah gembur', kata mak pagi tadi, masa balik dari Subuh.
"Tapi mak kata ada orang nak kacang 2 kilo? Makcik Lijah pun nak kena hantar jugak harinih sama esok", aku jawab gitu.
Aku tak berapa puas hati dengan statement mak tuh bukan apa, aku yang buat kerja, aku tahu lah apa yang patut aku buat dulu. Ini dah masuk second round, tak payah lah nak anggap macam aku tak tahu apa-apa. Dulu masa mula-mula dulu memang aku senyapkan aje, tapi rimas jugak jadinya kalau lagu dangdut keeps blaring in my ears kan?
Aku jadi macam tak bersemangat jer harinih, breakfast pun rileks-rileks jer (kat kedai, patutnya harinih breakfast kat rumah, kan?). Then teruslah ke Zone 4, soon akan habislah kacang dicabut. Rasa macam tak percaya jer penat lelah aku selama ini dah berhasil, and soon aku akan berpenat lelah lagi.
Aku tak kisah semua tuh cuma apa yang aku kisahkan, aku tak suka orang kasi aku pressure, aku buat kerja tuh suka-suka so ikut rentak aku lah, kalau aku nak melepak, aku akan melepak. Kalau aku nak kerja sampai tengahari, aku akan kerja sampai tengahari. Ikut mood aku. Tapi, mak sama Long macam jadi excited pulak tengok kejayaan projek, itu yang diaorang selalu tanya bila aku nak start menanam kat Zone lain, bila aku nak buat itu, nak buat ini.
Kalau duit hasil kacang, sayur tuh dapat kat aku, itu lain cerita lah kan? Ooppsss, terlepas cakap pulak hehehehe. (Ok, kita tunggu apa "cerita selanjutnya")
Muda lagi kacang Zone 4 tuh, banyak yang masih putih dan masih putik-putik. Aku tahu yang kacang tuh belum sedia untuk dicabut sebab pokok-pokoknya semua masih berdiri tegak. Kalau kacang yang dah sedia untuk dicabut, semuanya dah menyembah bumi, daun-daunnya banyak yang dah mati. Macamana pun aku cuba lah cabut jugak, again, siksa mencabutnya pasal dah lah tanah keras, pokoknya subur-subur dan berkeliaran di merata-rata, so bila nak cabut satu perdu, tertarik pokok kat perdu yang lain. Aku siram air banyak-banyak pun masih susah jugak nak mencabutnya. Dan aku perasan yang banyak kacang di situ yang dimakan tikus, dari mana datangnya tikus ni hah? Both Zone 3a sama Zone 4 bersebelahan dengan anak sungai, so aku assume itulah punca nya.
Tapi, masalah yang paling besar sekali, banyak semut merah yang gigitannya menyakitkan, macam kena gigit kerengga. Terloncat-loncat aku dibuatnya, aku tukar pakai boots pun masih tak hilang masalah tuh pasal semut tuh merayap kat tangan, kat lengan. Dan yang buat tak tahannya, diaorang merayap kat betis, kat peha, as if diaorang berkejar-kejaran, as if diaorang tahu yang there are 2 real big nuts kat dalam spender aku hehehhe.
Tak jadi nih kalau macam nih, kata aku dalam hati. So aku decided nak ke rumah Makcik Lijah, nak beritahu dia yang aku tak dapat nak supply dia sebab kacangnya masih belum ready untuk diharvest. Aku cuma dapat petik/leraikan dalam 4 kilo jer, cukuplah untuk order yang sorang tuh.
"Mak, tolong ambik kunci kereta sama duit tuh, saya nak isi minyak", aku tak masuk ke rumah sebab pakaian kotor, so aku explain kat mak pasal kondisi kacang yang tak sesuai dicabut tuh.
Eh, aku lupa nak cerita pasal nih, semalam punya hal.
Semalam mak ada letakkan duit RM 200 atas meja sambil kata, "Awak ambiklah duit tuh, Ani suruh mak bagi ke awak duit sebab Ani kata "mak bagi lah duit ke Abang Tam, dia mana ada duit nak minum, nak beli surat khabar, nak buat belanja". Ok fine, masa dengar mak cakap macam tuh, aku fikir, Ani ingatkan aku tak ada duit. Ataupun Ani maksudkan, suruh mak kasi duit hasil jualan kacang tuh kat aku.
Tapi, mak memang tahu yang ada adik beradik aku hulurkan aku duit, kan?
Aku macam pelik jer and at the same time aku cuba fikir, entah-entah mak saja guna nama Ani (she's good at it, my mak), atau entah-entah memang Ani ada beritahu mak tapi ceritanya versi lain, versi yang diolah menjadi lain. So aku tak ambik duit tuh, aku biarkan aje atas meja. Then masa dalam kereta masa nak pergi sembahyang, mak tanya aku, "Baru nih Teh ada bagi duit ke awak?". And I was like, dang, tadi mak nak kasi duit, apa pasal sekarang mak tanya pasal samada Teh ada bagi aku duit? Lagi satu yang buat aku terkedu tuh, mak tahu, mak nampak Teh kasi aku duit, tapi apa pasal mak tanya jugak (samada Teh ada kasi duit kat aku atau tidak?)
Macam ni lah analoji nya, katalah aku ajak anak sedara aku Lukman, ke kedai, aku nak belanja dia aiskrim. Bila dia nak bukak jer peti aiskrim, terus aku kata, "Tadi ibu (mak Lukman, Ida) dah belikan Lukman aiskrim, kan? Even budak-budak akan teragak-agak nak menjawab. Ini kan pulak orang tua.
So aku macam "merajuk", aku kata dalam hati yang aku tak nak ambik duit tuh. Bukannya aku tak ada duit lain. Aku fikir, kalau nak kasi tuh, kasi aje lah, jangan nak ungkit dan babitkan pasal duit lain, kan?
Aku tak jawab pun soalan mak tuh, mak kata, "Teh ada bagi mak seraterh (seratus)". Aku sure sangat yang mak tak terfikir pun yang aku kaitkan soalan mak tadi dengan duit RM 200 yang mak suruh aku ambik tuh. Damn, sekarang nih, setiap perbuatan, setiap percakapan mak, aku kena tapis, kaji dan analisa dulu. Tapi tak apa, I know her like the back of my hands. Is it just her atau memang orang tua semuanya akan jadi macam tuh. Aku dah banyak kali bincang sama Ani, Ida, Akak The, Ngah, pasal mak, pasal benda-benda macam ni lah. It's so tiring lah.
Ok, that was yesterday kan, aku tak ambik duit tuh. Tapi tadi, aku kata, what the heck, but I let her know yang duit tuh aku nak guna isi minyak kereta. Isi minyak RM 70 jer, balancenya RM 130 aku ambik.
Masa mak kat surau, aku bukak tabung tempat mak simpan duit hasil jualan kacang/sayur. Aku kira jumlahnya. Mak selalu sangat kata, ""Dulu (arwah) pak dapat dekat seribu hasil jualan kacang". Dan kadang tuh aku jawab jugak, aku kata, "Tapi (arwah) pak dulu jual kacang rebus, bukan kacang mentah. Memanglah boleh dapat sebanyak itu". Walaupun sebelum ini aku dah buat calculation, anggaran, tapi bila aku kira semua duit dalam tabung tuh, lega rasa hati aku. Sebab jumlahnya way above (arwah) pak dapat dulu. Walaupun aku cuma jual kacang mentah, bukan kacang rebus.
Since semalam batuk dan aku rasa macam tak berapa sedap badan, aku telan ubat batuk, aku telan panadol. So tak heranlah masa menyiram kacang yang baru tumbuh kat Zone 2 tuh aku macam high semacam, so 5-30 pm jer terus aku balik ke rumah, nak tidur seseround. Mak baru jer balik dari surau masa tuh.
"Moh lah kita petik kacang panjang, nak hantar ke Makcik Lijah, tak daya mak nak memetiknya sorang", kata mak, masa aku tutup pintu bilik air, nak mandi.
"Petiklah", aku kata gitu, aku "tak berapa dengar" ayat terakhir mak sebab aku dah dalam bilik air. Sebenarnya aku kurang puas hati sebab masa lepas Zohor tadi mak ada beritahu tokay kedai sebelah masjid tuh yang kitaorang nak jual kacang panjang tuh kat dia borong, tapi tadi mak cakap yang nak suruh Makcik Lijah aje lah jualkan kacang panjang tuh kat Pekan Sehari. Berbelit, kan?
Lagipun, takkan semua kerja aku nak buat, even nak memetik kacang panjang tuh.
Masa kuliah lepas Maghrib, aku melepak jer, bersandar kat tiang, bawah kipas. Lepas makan lontong (jamuan Tahlil) baru aku rasa bertenaga, rasa lega sikit. Walaupun sekarang aku dah jarang bercerita pasal forex dalam blog entries aku (sebab aku dah kurang masa untuk memorex) tapi aku bersyukur sebab semenjak dua menjak nih aktiviti forex aku yang terhad tuh semuanya menjadi.