Thursday

Rabu - 03042013


Lecehnya nak prepare breakfast, nak kena masak air, rebus telur, then nak kena cuci mangkuk, gelas. Patutlah aku selalu breakfast kat luar. Mak asyik lalu lalang belakang aku, nak tengok apa ke benda yang aku makan for breakfast lah tu. Tak aman aku jadinya tau dak? 

Sebelum 7 setengah lagi aku dah di kebun, bersemangat nak siapkan mencabut pokok-pokok kacang terakhir Zone 3b. Tapi, dua tiga kali siram pun masih susah dicabut, tanah liat berketul-ketul, banyak pokok kacang yang terputus, yang terpaksa aku gali guna parang, yang terpaksa aku gali guna cangkul sebab buang masa jer guna parang.

Then terdengar siren dari masjid, tandanya ada kematian, aku agak Haji yang semalam tuh kot. Ini kematian ke 9 kat kampung nih untuk tahun ini walaupun 2 dari kematian tuh di luar daerah. The whole of last year ada 29 kematian rasanya, (arwah) pak kematian ke 23 untuk tahun lepas, kalau tak silap aku.

So teruslah aku baik rumah, tanya mak, mak kata nak ke rumah orang meninggal tuh pukul 10. So aku buat apa yang patut, timbang kacang untuk hantar rumah Makcik Lijah etc. Aku tak kira sapa, kalau janji pukul 10, aku nak pukul 10 tuh dah sedia. Sebab aku, well before 10 aku dah sedia. Tapi, pukul 10 pun masih berkemban. Aku tahu lah yang pukul berapa pun boleh pergi, tapi apa pasal janjinya pukul 10? Walaupun aku duduk kampung jer tapi when comes to janji, aku ikut style Mat Salleh. 

So sementara tunggu mak bersiap, aku ke rumah Makcik Lijah lah, sedangkan plan aku nak buat sekali harung aje, hantar kacang ke rumah Makcik Lijah, jemput Chu, then hantar mak sama Chu ke rumah orang meninggal tuh. Tak ada pulak Makcik Lijah, dia berniaga kat Pekan Sehari mana tah, mulanya aku tak nak kasi kacang yang aku bawak tuh kat menantu dia tapi nanti lain pulak ceritanya, takut nanti diaorang kata kitaorang tak percaya dia pulak. So aku tinggalkan aje lah kacang 10 kilo tuh, maknanya dah 35 kilo worth of kacang yang belum dibayar.

Tak lama kitaorang di rumah arwah Haji Wahid, balik aje aku terus sambung kerja. Sampailah 12-30, dalam dua tiga minggu kebelakangan nih, sejak aktiviti mencabut kacang, memang sampai 12 lebih aku kerja. Biasanya sebelum pukul 10 aku dah balik ke rumah. Bermakna jugak aku dah tak dapat sangat nak memorex sebab balik aje dari kebun, bersiap untuk ke masjid pulak. And for the very first time aku rasa kerja aku nih meletihkan. Bukan apa, aku kena keep moving, kerjanya tak boleh berhenti-henti, aku kena siapkan jugak, aku kena cabut jugak kacang. Kalau kerja lain, kalau aku rasa letih, rasa malas, aku boleh gantung cangkul, kan?

Mak kat luar masa Ani talipun, kitaorang cakap macam berbisik-bisik gitu, ukor keri kome bergossip, ukor keluar airmata gelak. Aku kalau dengan adik beradik aku biasanya aku tak mulakan cerita, aku tengok rentak gaya percakapan diaorang. Tapi once diaorang bukak cerita, aku pun bukak jugak lah kan? Bertukar-tukar pendapat gitu, demi kebaikan bersama so to speak. 

"Dalam adik beradik kita semua orang tahu Abang Tam yang paling sabar sekali", Ani kata gitu. Good to hear that sebab banyak kali aku terfikir yang aku nih macam kurang sabar punya orang tapi by the looks of things, aku nih sensible orangnya. 

"Aku nak tengok jer dulu, aku tak nak cakap apa-apa, nanti bila dah siap nanti, aku cerita ke deme", aku cakap gitu kat Ani. Aku pun tak nak tulis lagi kat blog apa yang ada dalam pemikiran, otak aku nih. Tunggu dulu.

Elok jer aku siap menyiram kat Zone 2 (dah ada nampak kacang yang cambah), hujan turun renyai-renyai. Terus aku ke surau sebab nak jemput mak. Syukur lah hujan, walaupun tak lebat, at least tak susah sangat nak cabut kacang, esok macamana pun aku kena siapkan jugak, habiskan jugak kacang kat Zone 3b tuh, Friday aku nak hantar ke Cina Sempalit.

Chu buat nasi impit sama kuih koci untuk dibawak ke masjid, share dengan mak sebenarnya, mak cuma kasi duit, Chu yang buatkan. Sebab lepas Isyak ada Tahlil kat rumah orang meninggal (dan kat masjid ada jamuan jugak) so mengaji malam nih dicepatkan sikit, setiap orang baca sikit jer, dan Ustaz Simon Cowell tak ada peluang nak tegur sangat sebab kesuntukan masa.