3 Tabung Derma kat masjid kena curi malam semalam/pagi nih, masa Subuh tadi baru kitaorang sedar. Tapi, Jemaah semuanya rileks jer, as if tak ada apa-apa berlaku. Tabung tuh tabung besi, dikunci, dan dirantai kat tiang, tapi pencuri tuh dia umpil kunci. Masjid tuh tak dikunci malam-malam. Nasib baiklah Tabung Derma yang lain yang disimpan dalam bilik Imam, tak dikebas sama. Tak banyak rasanya duit dalam tabung yang dicuri tuh pasal last duit dikeluarkan, lepas Sembahyang Jumaat lepas.
Lepas Subuh jer terus aku ke Sungai Ruan, isi minyak kereta, then breakfast. Masih gelap jugak lagi masa aku ke kebun, rasanya ini yang paling awal pernah aku buat, bukannya bersemangat tapi bila rajin datang menjengah, aku tak kira siang atau malam. Lepas sambung menanam kat Zone 3a, aku mencabut kacang kat Zone 4, sampailah ke pokok terakhir.
"Habis dah kacang kat sana tuh (Zone 4) saya cabut", aku kata kat mak sambil tunjukkan hasil yang tak seberapa tuh.
"Ha, boleh tanam di sana tu, bawak sampai ke hujung", kata mak sambil tunjuk arah depan rumah, kat sebelah Zone 1, kat tempat yang (arwah) pak tanam dulu tuh.
"Yang sini pun (Zone 3a) tak cukup dengan benih sebanyak ni", aku kata gitu.
Terdiam mak. Agaknya baru mak terperasan. Yang Department Pembenihan gagal dalam usahanya.
"Tak payah tanam lah di sana terh (tu)", kata mak sambil tunjuk kat Zone 4 (yang baru aku selesai cabut), sama kawasan yang dulu aku tanam sayur.
Laaa, tak ada benih, memang lah tak dapat nak tanam, kan? Then mak mulalah menengok sekeliling kat Zone 3b yang dah aku tanam tuh. Ha, nak jadi Supervisor pulak ker? Ekekekeke.
"Awak tanam dengan kulit-kulitnya ker?", mak tanya dari kejauhan. Aku jawab nak tak nak jer, sebab aku tahu yang mak tahu aku tanam dengan kulit. Sesambil menanam tuh aku jeling-jeling kat mak yang ke hulu ke hilir menengok hasil kerja aku kat Zone 2 sama Zone 3b. Aku tunggu jer mak kata, "awak tanam rapat sangat", tapi tak keluar pulak ayat tuh.
Tak apa lah, Jabatan Pembenihan akan ditutup nanti, akan datang aku yang akan handle semuanya. By the way, Officer Jabatan Pembenihan yang akan digugurkan tuh tak perlu memberi Surat Tunjuk Sebab sebab aku tak ada masa nak baca alasan-alasan yang pastinya akan direkacipta sesedap rasa.
Lepas break, aku nak sambung aje kerja, anak Makcik Lijah datang, dia nak menangkap ikan kat anak sungai. So sembang-sembang dengan dia. Aku ambik kesempatan tuh tanya a few things pasal sebelum ini aku tak pernah sembang beria sangat denga dia. Boleh tahan jugak lelaki sembang sesama lelaki nih, banyak mengutuk orang jugak rupanya. Itu semua sebab nak menutup ego masing-masing lah kot? Unlike perempuan yang memang lumrah alam lah kan, kalau bersembang tuh, asyik nak mengutuk orang jer ekekekeke
Ada orang dari Jabatan Pertanian datang tengahari tadi, nak mintak kebenaran nak guna kebun pisang kitaorang untuk buat demo macamana nak menangani masalah penyakit MOKO yang tengah teruk melanda tanaman pisang di daerah Raub nih. Aku setuju aje, so Selasa minggu depan, dalam pukul 10 pagi, akan dibuat demonstration tuh. Untuk pekebun daerah Sungai Ruan dan Dong.
Santai jer aku kerja petang nih, nampak gayanya Zone 3a tuh akan dapat ditanam sepenuhya, walaupun aku terpaksa jarakkan sikit menanamnya sebab kena pisahkan antara pokok kacang yang tumbuh dengan sendiri, sama kacang yang ditanam dengan kulit, jugak kacang yang ditanam (belum ditanam lagi, belum habis Jabatan Pembenihan kopek kacang tuh) yang dikupas kulitnya.
Syukur puji Tuhan, hujan turun lagi sebelum Maghrib. Dan aku pun berdoa buarlah Ustaz Simon Cowell tak datang malam nih, itu yang macam saspen jer bila masa nak tunggu Azan, asyik tengok sekeliling kalau-kalau Ustaz tuh ada. Ada datang rupanya, walaupun lambat.
Dan malam nih malam mengaji yang memalukan ekali sebab aku belum apa-apa lagi dah kena tegur, baca cepat sangatlah kononnya. Seriously, aku tak tahu apa yang tak kena nya bacaan aku, orang lain tuh jauh lah lebih teruk dari bacaan aku tapi tak ditegur pun. Bacaan emuanya nak dibaca berlagu, ikut cara dan lagu dia. Bukannya kitaorang nih nak masuk Tilawah AlQuran peringkat antarabangsa. Kefrust-an aku tuh sampai terbawak-bawak dalam sembahyang.
Ada jemptan kawin malam nih, ada majlis akad nikah. Kitaorang pergi jugaklah sebab kat sebelah rumah Chu aje. Simple sangat upacaranya, rupa-rupanya pengantin lelakinya dah berumur 60an, yang perempuannya aku tak tahu, sebab badan besar, mungkin her her 20, atau 30s. Ataupun lebih. Aku rasa yang lelaki tuh kawin more pada untuk companionship. Itu yang aku fikir, sebab kata lah aku kawin nanti, just untuk cari companion untuk hari-hari tua (itupun kalau panjang umur).
Di Dataran Pekan Sehari ada ceramah PAS, sampai ke rumah kitaorang boleh dengar. Aku tanya kalau-kalau mak nak pergi, mak setuju, so kitaorang pergilah sekejap, dengar dari dalam kereta jer. Tak ramai orang yang datang, ada a few kerats jer.
"Orang kat masjid tuh, sapa yang kuat UMNO, sapa yang kuat PAS?", aku tanya mak.
Mak beritahulah nama-nama yang selalu berjemaah tuh. Dan nama-nama orang lain yang aku kenal.
"Awak jangan cakap pasal politik dengan deme nyer terh, kuat sangat UMNO terh", kata mak.