Bersemangat aku harinih, hampir separuh Zone 3b dapat aku cangkul pagi nih, nasib baiklah semalam hujan, itu yang mudah sikit kerja aku. Aku tak boleh imagine macamana agaknya kalau cuaca kering, panas, mamposlah aku nak menyiapkan kawasan nak tanam kacang tuh. Tapi, masa mula-mula dulu lagi teruk, dah lah hutan belantara, tanah keras pulak tuh, tapi berjaya jugak aku kerjakan. Tak salah aku, sebulan aku ambik masa untuk membersihkan semua kawasan, sampailah menanam kacang, kesemua empat Zone tuh.
Balik dari break (mengeteh kat kedai), aku tengok mak ada menyangkul sesikit kat kawasan pokok cili yang dah penuh semak samun tuh. Lama dah mak tak ke kawasan tuh, tak berbela dah, cili pun banyak yang buruk sebab tak dipetik. Tengoklah, nanti bila dah siap projek kacang tanah aku nih, sementara tunggu dia membesar, aku akan kerjakan kawasan sayur lah pulak.
Kawan mak ada datang nak beli kacang, since tak ada kacang yang dicabut, aku suruh jer diaorang petik kacang panjang, buncis, bendi, cili semahu diaorang. Aku petikkan betik 3 bijik jugak untuk diaorang. Best rasanya dapat kasi kat orang hasil tanaman. Daripada dibiarkan begitu aje.
Lan sekeluarga balik lepas Zohor, ke Jengka 8, rumah keluarga Rozi lah pulak. Kalau tak salah aku, seseminggu dua nanti Lan akan balik ke sini sama anak-anak, sementara Rozi balik Qatar, then dalam masa 2 minggu lepas tuh Lan pulak ke Qatar, Rozi balik Malaysia. Lan ada hulur RM 100 kat aku masa bersalam, then dia peluk aku, kuat jer. Tersentuh jugak aku dibuatnya, then teringat yang semalam Rozi ada bagitahu aku yang dia nak berterima kasih kat aku sebab dulu-dulu aku banyak bantu dan influenced Lan. Aku tak tahu samada I'm still Lan's hero. I was his idol dulu tuh hehehe. Masa aku baik dulu lah kan?
Eh, dulu aku baik, sekarang pun aku baik, so bila masanya aku nih jahat hah? ekekekekke
Mak tak ada kuliah ugama kat masjid petang nih (kuliah mingguan sebelum Asar), minggu nih hampir setiap hari tak ada sessi mengaji/kuliah (malam nih sama petang esok pun tak ada jugak). Just before Asar hujan turun, tak lebat, tapi cukup membuatkan aku tak ke kebun, sebab tak kan nak menyangkul lepas hujan kan, tanahnya lembik sangat. So melepak sesambil online jer lah aku sepetangan.
Mak pulak, as if tak buat aku rasa guilty, mak menyangkul rumput-rumput kat laman. "Alah, ringan jer kerjanya, takat dua tiga kali hayun cangkul tu kang, berhenti lah tuh', kata aku dalam hati, untuk meneutralkan rasa guilty aku sebab tak ke kebun. But dang, ikut aku lah samada aku nak ke kebun atau tidak, kan?
Selamba jer malam ni, sesambil tengok The Big Bang Theory, sesambil memorex. Semenjak dua tiga menjak nih aku rileks aje trade, tak ada stress langsung. True yang ada masanya aku cut loss tapi biasanya aku akan cuba untuk recover loss aku tuh. Balance account aku pun dah bertambah nih, rasa macam nak buat 3rd withdrawal jer.
Ini aktiviti aku harinih, ada untung dan ada rugi tapi I'm getting there.
Ini aktiviti aku harinih, ada untung dan ada rugi tapi I'm getting there.